Anda MESTI turunkan berat badan jika ada salah satu daripada 10 Tanda ini

9/27/2015 nurul husna 0 Comments

cara menurunkan berat badan


Setiap orang memerlukan lemak tubuh untuk melindungi organ-organ tubuh. Kira-kira 25-31% daripada tubuh adalah lemak. Jika terlalu banyak kandungan lemak dalam tubuh pun tak bagus juga kerana akan menyebabkan kesan sampingan yang sangat serius. Ini termasuklah penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

Pengurangan berat badan boleh membantu mengurangkan gejala-gejala penyakit kronik di atas seterusnya memperbaiki kerosakan yang telah berlaku.

Tetapi bagi kebanyakan daripada kita memandang remeh terhadap kepentingan berat badan yang ideal. Bagi mereka selagi tidak menghidap sebarang penyakit bermakna tubuh badan masih dalam keadaan sihat. Sedarkah anda bahawa kebanyakan penyakit ini menyerang dalam senyap? Tetapi apabila ia mula dikesan ianya telah pun berada dalam keadaan yang amat serius.

Semoga 10 tanda ini menjadi panduan kepada anda sebagai persediaan ke arah tubuh badan yang lebih sihat. Dan semoga anda terhidar daripada segala penyakit.

#1 Masih lagi BERASA LAPAR walaupun telah makan yang banyak.


#2 MALAS atau keberatan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.

#3 TIDUR BERDENGKUR sehingga mengganggu orang sekeliling walaupun pada asalnya anda tidak tidur berdengkur. Dan setelah bangun daripada tidur masih berasa tidak bermaya dan mamai.

#4 Berasa letih dan penat sepanjang masa. Tidak mampu untuk berjalan atau berdiri lama.


#3 Sering merasa sengal atau merengsa setiap kali disentuh di setiap bahagian tubuh badan.

#6 Doktor mengesahkan anda mengalami tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi.

#7 Lilitan pinggang melebihi 35 inci.

#8 Anda telah kehilangan keluarga terdekat akibat kanser. Ini kerana lemak berlebihan menghasilkan estrogen berlebihan. Estrogen berlebihan punca kepada kanser payudara, cyst dan fibroid.

#9 Lutut, pinggul dan belakang kerap sakit. Berat yang berlebihan telah memberikan tekanan berlebihan pada sendi.

#10 Berat badan anda bertambah setiap tahun.

Dengan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat boleh membantu mencegah berat badan yang berlebihan. 

Badan yang sihat membawa kepada otak yang cerdas.

Semua ibu bapa sudah semestinya inginkan anak yang sihat dan bijak kan, jadi didiklah dan galakkan mereka dengan gaya hidup yang sihat sejak kecil supaya mereka terhindar daripada penyakit kronik.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan dengan segera, mungkin ini boleh membantu anda.

Setiap orang memerlukan lemak tubuh untuk melindungi organ-organ tubuh. Kira-kira 25-31% daripada tubuh adalah lemak. Jika terlalu ba...

0 comments: