Cara mudah untuk kurus dan kempiskan perut supaya nampak segak beruniform

9/28/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mudah nak kurus


Kebiasaanya, kaum lelaki ni bila dah berumah tangga mesti cepat je perut naik. Dah mengalahkan isteri yang tengah hamil 6 bulan. Akibatnya suami-suami yang beruniform dah nampak lebih tua dari usia sebenar. Lebih teruk lagi baju uniform yang membuatkan mereka nampak lebih kacak tapi kelihatan menyeksakan pulak.

Seperti yang kita tahu, terlalu banyak produk perlangsingan yang dijual di pasaran. Akibatnya ramai jugalah yang mudah terpengaruh dengan testimoni dan ingin memcuba produk tersebut. Sebenarnya produk-produk ini sekadar membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Anda tetap perlu menjaga pemakanan dan bersenam untuk tampil kurus secara sihat.

Bukan mudah jugak nak cantik dan kembali kurus buat encik suami yang dah selesa ada tukang masak di rumah ni. Kalau tak makan nanti isteri merajuk pula yer.

Tapi seandainya anda berdisiplin dan memberikan sepenuh komitmen ianya menjadi mudah. Amalkan dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurang 30 minit setiap hari dan diikuti dengan pengambilan makanan yang sihat.

Bagi membantu anda kembali kurus secara sihat laksanakanlah cara ini.

Ajak isteri bersama-sama berdiet


Program berdiet akan jadi lebih menyeronokkan dan menarik jika masing-masing dapat memberi sokongan antara satu sama lain. Jadi ajak isteri untuk sama-sama menyertai anda.

Segerakan diet yang seimbang


Sekiranya anda sudah nekad nak berdiet, jangan tangguh-tangguh lagi. Lagi lambat anda mulakan atau menangguh lagi malas anda nak buat. Lagi pula lagi cepat anda mulakan lagi cepat juga hasilnya.

Tentukan matlamat dengan jelas


Tentukan matlamat anda secara jelas pada awal-awal sebelum memulakan program diet. Anda boleh gantungkan baju atau seluar kegemaran anda suatu ketika dulu. Atau boleh jugak gantungkan poster artis atau model kegemaran anda.

Jangan abaikan sarapan


Kajian menunjukkan orang yang berjaya menurunkan berat badan adalah terdiri daripada mereka yang tak pernah tinggalkan bersarapan. Jika anda skip waktu sarapan anda kebarangkalian anda akan mengambil jumlah makanan yang banyak ketika makan tengahari.


Awasi menu yang diambil


Pastikan anda mengambil makanan dengan jumlah kalori yang sesuai. Terdapat banyak aplikasi yang boleh di'instal' di dalam smart phone anda untuk membantu mengira kalori setiap makanan yang diambil.

Pastikan hanya segenggam nasi dan lebihkan ptotein dan sayur setiap kali makan tengahari. Dan elakkan makanan berat pada lewat malam.


Mengunyah 40 kali setiap suapan


Sunnah juga mengajar kita untuk mengunyah 40 kali. Ini supaya makanan yang dikunyah lebih cepat dihadam dan diserap oleh tubuh. Ia membuatkan anda berasa lebih kenyang.


Banyakkan minum air putih


Proses dehidrasi boleh mengganggu sistem metabolisme. Cara mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengambil 8 gelas air kosong  atau 2 liter setiap hari. Anda mampu menurunkan 2.5 kg setiap tahun jika mengamalkan pengambilan air yang cukup.


Lakukan aktiviti fizikal


Bersukan selama 60-90 minit atau 3-4 kali seminggu harus diamalkan. Anda boleh berjoging, berjalan kaki, mengayuh basikal atau bersenam aerobik. Aktiviti fizikal juga dapat menjadikan badan anda lebih aktif.

Amalkan juga buat sit up sekurang-kurang 5 minit setiap sesi.


Tambahkan protein dalam hidangan


Sebenarnya untuk diet yang yang seimbang, tidak cukup jika anda hanya mrngambil buahan dan sayuran. Pengambilan protein juga penting untuk membina otot dan meningkatkan metabolisme badan.

cara mudah nak kurus

Lihat bagaimana Encik Fahmi (bukan nama sebenar) telah berjaya mendapat berat idaman dengan mengamalkan tips di atas di samping mengamalkan set kurus shaklee.

cara nak kempiskan perut

Kebiasaanya, kaum lelaki ni bila dah berumah tangga mesti cepat je perut naik. Dah mengalahkan isteri yang tengah hamil 6 bulan. Akiba...

0 comments: