Tanda-tanda bahawa kelahiran sudah dekat yang perlu suami isteri tahu

9/29/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 2 Comments

tips untuk ibu hamil

Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran pertama mesti tertanya-tanya macam mana nak tau yang saat bersalin atau kelahiran dah nak dekat. Maklum la belum ada pengalaman. Even yang dah ada pengalaman pun kadang-kadang still lupa bagaimana rasanya sakit contraction.

Actually sebelum nak rasa sakit contraction tu, ada beberapa gejala awal untuk mengetahui saat bersalin dah nak dekat. Ianya sebagai persediaan untuk melengkapkan peralatan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital dan secara tak langsung membuat persediaan dari segi emosi dan mental.

Berikut merupakan tanda-tanda awal sehingga kelahiran sudah mula hampir. Bagi yang sedang menunggu hari boleh tick sebagai checklist anda yer.


#1 Perubahan bentuk tubuh

Perubahan pada hormon akan merubah bentuk tubuh ibu hamil. Bahagian punggung akan melebar dan mempermudahkan laluan untuk kelahiran si kecil. Payudara juga akan kelihatan lebih besar untuk proses penghasilan susu badan.

#2 Sakit punggung

Ini merupakan gejala paling umum akan dirasakan sebelum melahirkan atau melalui proses bersalin. Oleh kerana itu, ibu hamil harus dapat membezakan antara sakit bahagian punggung yang normal atau merupakan salah satu daripada tanda-tanda mahu melahirkan.

Bagi ibu yang baru pertama kali sudah semestinya masih tidak arif dengan perbezaan nya. Jadi, jika anda rasakan ianya sakit di luar kebiasaan adalah lebih baik anda bersiap sedia sahaja.

#3 Perut terasa mengeras

Perut ibu hamil terasa mengeras disebabkan bayi mulai turun ke bawah rahim. Selain itu, rasa memulas itu akan membuat perut terasa makin keras.

Bagi sesetengah ibu akan merasai sakit setiap kali perut terasa mengeras. Tapi berdasarkan pengalaman saya tak rasa sakit pun dan tak perasan pun perut mengeras sehinggalah nurse bagitau perut tengah mengeras.

#4 Contraction

Dinding rahim akan semakin mengeras sebelum proses bersalin berlaku. Sama seperti bila perut mengeras, contraction kadang-kadang tidak terasa menyakitkan dan ibu-ibu tak sedar pun yang contraction sedang berlaku. Kadang-kadang pula terasa sangat menyakitkan seolah-olah memang dah nak bersalin.

Untuk mengenali sakit contraction hendak bersalin apabila sakit semakin kerap daripada 30 minit sekali menjadi 10 minit dan akhirnya 5 minit sekali. Pada saat ini anda perlu bersiap sedia dari segi emosi, mental dan tenaga kerana kelahiran akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Bagi yang belum mengenal sakit contraction, pasti tertanya-tanya kan. Setengah cakap sakit seperti nak buang air besar. Bagi saya sebenarnya lebih sakit daripada tu, sehingga kan rasa menggigil-gigil seluruh badan untuk tahan sakitnya. Sampaikan tanpa sedar air mata mengalir kerana menahan rasa sakit.

Anda mungkin berminat dengan topik ini.



#5 Keluar lendir daripada vagina


Ini merupakan tanda-tanda yang proses kelahiran semakin dekat. Apabila proses untuk bersalin semakin dekat, lendir akan bertukar menjadi air. Air ini akan keluar sebaik sahaja tiba saat untuk bersalin.

#6 Ada cairan darah


Jika terdapat cairan darah atau tompok darah pada vagina terus dapatkan rawatan. Ini menunjukkan proses bersalin tidak lama lagi.

Berdasarkan pengalaman saya melahirkan anak sulong, walaupun dah keluar darah tapi esoknya baru selamat melahirkan. Manakala semasa anak kedua, selama seminggu tompok darah sedikit demi sedikit barulah proses kelahiran berlaku. Biasanya darah yang keluar tidak disertai sebarang sakit.

Jika berlaku pendarahan yang banyak, jangan tunggu lagi terus segera dapatkan rawatan.

#7 Tidak tahan buang air kecil


Walaupun ia sememangnya gejala yang sering dialami semasa hamil, tapi kali ini anda akan rasakan bahawa anda tidak pernah puas air kecil. Dan apabila terasa nak membuang ianya tak boleh ditahan-tahan lagi.

Ini kerana bayi telah pun berada di laluan dan pada masa yang sama menekan salur kencing.

#8 Gerakan bayi perlahan


Setiap hari jururawat akan minta ibu membuat kiraan pergerakan bayi. Jika masanya telah hampir pergerakan bayi terasa perlahan. Jika biasanya jam 2 petang dah cukup 10 pergerakan tapi kali menjadi lebih lambat. Ini kerana bayi sedang menuju ke kedudukan untuk kelahiran.

#9 Pecah air ketuban


Air ketuban yang keluar adalah lebih banyak daripada air kecil. Dan ianya keluar tanpa sedar. Warnanya pulak saya tak sure, sebab berdasarkan pengalaman saya, air ketuban saya dipecahkan oleh doktor/jururawat sebaik sahaja nak bersalin.

Tapi kalau ini berlaku segeralah ke hospital kerana jika anda berlengah amat berisiko kepada bayi.


#10 Pembukaan laluan


Tanda kelahiran yang terakhir apabila bukaan semakin besar dari semasa ke semasa. Bukaan ini akan diperiksa oleh doktor terlebih dahulu untuk memastikan fasa untuk proses bersalin.

Fasa ini berbeza untuk setiap ibu dan anak. Ada yang dah buka 7 cm pun masih belum rasa sebarang sakit. Ada pulak yang baru buka 3 cm dah rasa sakit seperti nak bersalin. Untuk kes seperti ini biasanya akan mengambil masa yang amat lama di dalam labor room.

Nasihat saya banyak-banyakkan berdoa dan berzikir, minta ampun daripada suami terlebih dahulu dan jangan lupa makan sebagai bekalan tenaga untuk proses bersalin nanti.

Setiap ibu akan mengalami pengalaman bersalin yang berbeza untuk setiap anak-anaknya.

Nervous nak tunggu saat-saat nak bersalin?
Apa kata tenangkan fikiran anda dengan TIPS MUDAH BERSALIN TANPA KOYAKAN.

Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran pertama mesti tertanya-tanya macam mana nak tau yang saat bersalin atau kelahiran dah nak de...

2 comments:

  1. Uii memang cuak kalu dah ada tanda-tanda ni kan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuak tapi excited sebab tak sabar nak tunggu orang baru datang dalam family kita.

      Delete