Panduan merawat lelaki tidak subur yang tertekan sebab tak sabar nak zuriat
"Bila nak kahwin? Umur dah meningkat tak kan nak membujang lagi kot.."
"Bila nak ada anak? Tak kan dok honeymoon lagi.."
Ini antara soalan paling famous setiap kali raya bila berkumpul dan berjumpa sanak sedara.. Soalan yang tak pernah ada jawapan nya.
Bagi yang tak kahwin mungkin akan dicop terlalu memilih, manakala yang dah berkahwin dikatakan mandul pulak. Tanggapan macam ni la yang buatkan ramai di antara kita memilih untuk jadi anti sosial je. Mana tahan kalau tiap-tiap tahun nak menjawab soalan yang sama. Bila dah stress, emosi jadi tak stabil akibatnya mereka yang dah rumah tangga boleh jadi gaduh.
Sebelum ianya jadi lebih teruk apa kata cari penyelesaian segera. Masalah tidak subur tidak boleh hanya menyalahkan wanita sahaja kerana berdasarkan kajian 20% daripada masalah ketidak suburan datangnya daripada suami. Jadi buangkan ego anda, pergi bersama-sama isteri anda untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah yang sebenar.
Antara punca masalah lelaki tidak subur adalah;
- ejakulasi pramatang
- kurang bilang sperma
- sperma yang tidak aktif
- bilangan sperma yang sedikit
- terdapat sebahagian sperma yang berbentuk tidak normal
- tiada sperma dalam air mani
Punca tidak subur
- Merokok
- Kegemukkan
- Amalan gaya hidup yangkurang sihat
- Pengambilan dadah dan ubatan tertentu
- Kesan toksin secara terus kepada sperma
- Peningkatan suhu kepada sperma disebabkan oleh kegemukkan, pendedahan kepada haba panas yang lama seperti memandu, berbasikal, spa dan persekitaran kerja
- Pendedahan kepada bahan kimia, asap berbahaya dan radiasi
- Jangkitan penyakit seksual yang mengakibatkan laluan sperma tersekat
- Genetik
Bagaimana mengesahkan ketidak suburan ?
#1 Ujian analisa air mani adalah satu-satunya ujian yang perlu dilakukan. Adalah dinasihatkan agar ujian ini dilakukan di tempat yang dilengkapi dengan makmal. Ia hendaklah dilakukan selepas 3-5 hari tanpa hubungan seks.
#2 Jika sampel dikeluarkan di tempat lain selain tempat ujian, ia hendaklah segera dihantar dalam masa 1 jam pada suhu 37°C.
#3 Sekiranya keputusan tidak normal, ujian akan diulangi selepas 3 bulan. Mereka yang mempunyai ujian tidak normal akan dirujuk kepada doktor untuk ujian klinikal seperti pemeriksaan pada bahagian kemaluan.
#4 Berpandukan pemeriksaan tersebut, ujian seterusnya mungkin akan dijalankan seperti ujian darah bagi menilai paras hormon, ultasound, ujian genetik atau ujian ke atas sperma secara lebih terperinci.
Langkah pencegahan
#1 Kekalkan gaya hidup yang sihat, mengurangkan berat badan, bersenam, amalan pemakanan yang sihat, berhenti merokok dan pengambilan dadah.
#2 Elakkan testis terdedah kepada haba secara berpanjangan.
#3 Pengambilan suplemen dan antioksidan
Vitamin E complex dengan Selenium
- Vitamin E dengan tambahan Selenium berperanan meningkatkan kualiti air mani
- meningkatkan kadar pergerakan sperma.
- Pengambilan 600IU - 800 IU sehari mampu menambahkan bilangan sperma.
- Vitamin E juga membantu meningkatkan tenaga seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.
Zinc Complex
- Pengambilan zinc dalam jangka masa yang panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki dengan meningkatkan bilangan sperma yang normal.
- Zinc juga berperanan penting di dalam prostat lelaki. Kandungan zinc di dalam prostat adalah 10 kali ganda lebih banyak berbanding organ lain.
- Kekurangan zinc mengakibatkan kematangan organ seks yang lambat. Akibatnya organ lambat membesar, kurang sperma dan kurang nafsu.
Omega Guard /CoQ-Health
- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan memelihara jantung yang sihat.
- Jantung yang sihat mempengaruhi stamina yang mantap. Ini akan meningkatkan tempoh ejakulasi.
- Membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya.
- Menggalakkan dan melindungi arteri yang sihat.
- Meningkatkan stamina dan mengurangkan kelesuan.
Rawatan alternatif untuk hamil
Kaedah permanian berhadas (IUI)
Sekiranya hanya terdapat sedikit pengurangan dalam bilangan sperma, kehamilan semula jadi masih boleh berlaku atau kaedah permanian berhadas (IUI) boleh menjadi pilihan.
Persenyawaan secara bantuan (Icsi)
Dalam kes-kes yang teruk, kaedah persenyawaan secara bantuan adalah diperlukan iaitu suntikan sperma ke dalam telur atau ICSI (Intra-cytoplasmic sperm injection)
Pembedahan kecil
Dalam kes ketiadaan sperma dalam pengeluaran air mani, pengambilan sperma secara terus dari testis melalui pembedahan kecil akan dilakukan.
Sumber : Mingguan Wanita, Karangkraf
******************************************************
Diharap semoga perkongsian kali ini dapat memberi sinar baru kepada and suami isteri. Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh hubungi saya;
call/sms/whatsapp 016 2222 531
NURUL HUSNA (follow saya FB)
0 comments: