Manfaat pengambilan kolagen pada tubuh yang anda tidak tahu

12/27/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

tips kecantikan wanita

Makanan tambahan berasaskan kolagen kini banyak dipasaran dan mudah didapati dengan harga yang mampu milik. Hampir setiap wanita mengambil makanan tambahan ini kerana mereka percaya manfaatnya dari segi kesihatan.

Jesteru itu bagi mengekang kedutan dan kelancaran sendi, pengambilan makanan tambahan dengan kolagen akan membantu. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum mengambilnya kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan kepada tubuh. Berikut ialah kelebihan pengambilan suplemen kolagen kepada tubuh:

Kulit


Kesan pengambilan kolagen akan; -menegangkan kulit yang berkedut sehingga 13%.
-menghaluskan kulit melambatkan kekenduran kulit
-mengecilkan pori-pori
-menghilangkan selulit

manfaat kolagen kepada tubuh

Pengambilannya dalam jangka masa tertentu akan memberikan impak pada kulit di mana ia kelihatan tegang dan awet muda. Kulit menjadi semakin cerah, lembap dan terhidrat.

Rambut dan kuku


Sama seperti kulit, rambut dan kuku turut mengalami kemerosotan akibat penuaan. Kuku menjadi semakin tipis dan rapuh manakala rambut pula mudah putus. Hal ini terjadi kerana kesan berkurangnya kolagen dalam tubuh. 

Kolagen sangat penting untuk pertumbuhan kuku dan rambut yang sihat di mana dapat mengurangkan rambut putus dan menguatkan bahagian akarnya.

Tulang dan sendi


Kolagen juga memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang rawan dan sendi. Kajian diterbitkan di dalam Journal of the International Society of Sports Nutrition 2013 mendapati pengambilan suplemen kolagen dalam bentuk serbuk minuman mampu mengurangkan ketidakselesaan akibat penyakit berkaitan sendi dan tulang iaitu osteothritis dan rheumatoid athritis. Ligamen dan sendi lebih fleksibel dan mudah digerakkan.

Ia juga berfungsi memperbaiki kerosakan tisu dan kecederaan dalam masa singkat. Oleh kerana itulah, mereka yang mengalami kecederaan pada ligamen / ligamen terkoyak amat digalakkan untuk mengambil kolagen cepat sembuh. Aliran darah dalam tubuh juga semakin baik.

Kesan sampingan ambil kolagen


Setiap makanan tambahan akan mempunyai kesan sampingannya. Kesan sampingan ini dinamakan sebagai krisis pemulihan (healing crisis) yang mana menunjukkan interaksi antara tubuh dengan suplemen tersebut.

Kesan yang mungkin dirasai selepas mengambil kolagen adalah; (bergantung kepada tubuh badan masing-masing. 

Setiap orang akan mengalami kesan yang berbeza)

-rasa payau dalam mulut selepas 30 minit hingga sejam selepas pengambilan.

-reaksi alergi kesan kepada punca kolagen tersebut seperti ikan, kerang-kerangan atau ayam.

-pengurangan selera makan juga boleh berlaku bergantung pada situasi dan tubuh individu itu sendiri.

-merangsang penghasilan kolagen secara semula jadi oleh tubuh.

Makanan tambahan berasaskan kolagen kini banyak dipasaran dan mudah didapati dengan harga yang mampu milik. Hampir setiap wanita meng...

0 comments: