Pak yus dalam kenangan; perginya seorang seniman berbakat besar

12/15/2015 nurul husna 0 Comments


Sebenarnya entri ni dah ditaip sehari selepas pemergian arwah, tapi baru sekarang saya berkesempatan untuk publish.

Perginya seorang pelawak Malaysia yang berbakat besar, seolah-olah terasa dunia lawak Malaysia jadi sunyi dan suram. Walaupun saya sekadar salah seorang daripada berjuta peminatnya, dan arwah bukan kenal saya pun..entah kenapa saya rasa sebak. Seolah-olah ahli keluarga terdekat saya yang pergi menemui Allah. Mungkin disebabkan selama ni hari-hari saya diceriakan dengan lawak-lawaknya yang bersahaja.










Daripada rancangan Karut Komedia, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan yang terbaru Juara Parodi setiap minggu saya mesti tunggu nak tengok persembahan arwah. Even kalau ada rancangan temu bual seperti "..." mesti saya tak sabar nak tengok. Lawaknya simple je...tak perlu nak perli orang lain..even babak makan nasi pun boleh jadi kelakar. 



Betul tak? Macam-macam trend yang arwah tinggalkan pada kita..daripada 'sempoi mempoi nyempoi kelempoi', 'bungkus ikat tepi', 'boleh tuju lagu tak'...(banyak lagi sebenarnya) dah jadi ikutan kebanyakan daripada kita. Arwah dah tinggalkan banyak kenangan buat kita semua.



Masa saya tengah taip ni satu persatu persembahan dia datang dalam memori saya. Rasa sebak pulak sebab arwah pegi tiba-tiba. Sama macam arwah mak dulu. Sampaikan orang kampung tak percaya mak dah tak ada. Sememangnya ajal tak mengenal siapa dan usia. Bila dah tertulis bila, tak pernah terlewat walau sesaat.



Semoga arwah Pak Yus Jambu atau Yusri bin Eedo ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Bagi muslim, yang mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah.

Kepada sahabatnya Tauke Jambu @ Muhammad Tauke (panggilan arwah kepada sahabatnya) dan ahli keluarga arwah, salam takziah daripada saya. Sesungguhnya Allah terlalu sayangkan insan-insan yang baik dan istimewa seperti arwah.




" Mama, kenapa orang yang baik selalu diambil Allah awal?"

"Cuba tengok di taman bunga, bunga mana yang orang suka nak petik?"

"Mestilah bunga yang cantik."

"Macam tu lah jugak. Allah akan ambil orang yang sayang dulu."


Betapa ramainya orang yang memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Sebenarnya entri ni dah ditaip sehari selepas pemergian arwah, tapi baru sekarang saya berkesempatan untuk publish. Perginya seorang...

0 comments: