Produk untuk mengatasi masalah kejang kaki semasa hamil dengan cepat dan berkesan

1/20/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

cara mengatasi hb rendah



Setiap orang akan mengalami pengalaman sepanjang tempoh kehamilan yang berbeza-beza. Bahkan setiap anak juga tak sama pengalaman nya.


Apa yang kita harapkan, ibu dan bayi diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semasa kelahiran. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik bermula dengan amalan gaya hidup yang baik juga.


Namun begitu, ada juga sebahagian daripada kita diuji dengan pelbagai komplikasi di sepanjang kehamilan dengan masalah kencing kotor, darah tinggi dan kencing manis. (Ikuti artikel ini untuk mengenali penyakit yang biasa dialami oleh ibu hamil) Tahu tak anda bahawa masalah-masalah ini adalah petanda bahawa keperluan nutrisi oleh tubuh ibu dan bayi telah diabaikan.


Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi rahsia seorang supermom yang berjaya mengatasi pelbagai komplikasi kehamilan nya dan Alhamdulillah dipermudahkan semasa proses kelahiran dan berpantang. Semoga anda enjoy mengikuti kisah beliau.



*********************************************************

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

cara mengatasi bengkak kaki

Saya Siti Ruqaiyah Mohamad Zaid, dari www.sitiruqaiyah313.blogspot.com. Pada hari ini saya ingin berkongsikan cerita tentang testimoni terhadap diri saya selepas consume makan set hamil, set berpantang dan set menyusu Shaklee.


Komplikasi ketika mengandungkan anak pertama (kejang kaki, kaki bengkak, berat badan bertambah, sembelit)


Masa saya mengandung anak pertama, saya mengalami kekejangan kaki, kaki bengkak, mengalami pertambahan berat badan yang sangat banyak.


Sebelum hamil, berat badan saya 48kg. Pada ketika hamil, berat badan saya naik 74kg disebabkan saya susah nak kawal pemakanan saya (risau baby dalam kandungan tak cukup zat & nutrisi).


Saya juga selalu sembelit. Kadang-kadang 3 hari sekali baru buang air besar. Saya juga mengalami masalah kencing kotor. Setiap bulan mesti kena jumpa doktor sebab kencing kotor saya terlalu teruk.


Komplikasi lebih teruk ketika mengandungkan anak ke-2 (kejang kaki, berat badan bertambah, sembelit, tekanan darah rendah, pitam, morning sickness, stress)


Masa hamil anak ke-2 ni, komplikasi lagi teruk. Pada awal trimester (3 bulan pertama), saya dah mula kejang kaki. Berat badan sebulan naik 4kg. Walaupun saya kawal pemakanan saya, tapi tak tahu kenapa, sebulan boleh naik 4kg. Sembelit lagi teruk. Kadang-kadang, dalam bilik air tu, 1-2jam baru boleh keluar.


Paling saya tak sangka, tekanan darah saya rendah. Walaupun sebelum saya memulakan satu kerja, saya akan makan dahulu untuk bagi tenaga, tapi saya masih rasa pening kepala. Tengah-tengah masak tiba-tiba rasa macam nak pitam. Ditambah pula dengan penjagaan anak saya Khaulah Amrina si Mujahidah yang sangat-sangat aktif walaupun perempuan. Saya juga mengalami ‘morning sickness’. Muntah-muntah, loya, stress pun ada.


Suami mencadangkan mengambil supplement shaklee seperti yang diambil oleh isteri kepada kawannya. Sebelum try tu saya search serba sedikit tentang produk Shaklee.. Dalam pada itu saya mendapat kesedaran bahawa komplikasi yang saya alami sepanjang kehamilan adalah berpunca daripada badan yang kekurangan nutrisi. Jadi ia amat memerlukan makanan tambahan/suplemen.


Malam tu, husband saya bawa saya pergi berjumpa dengan isteri kawan dia iaitu Puan Hadhatina.. Pertemuan pertama kami pada masa itu rupanya kak Hadhatina sedang menunggu hari untuk bersalin. Tapi beliau tetap nampak kuat dan bersemangat walaupun hakikatnya 3 orang lagi anaknya masih kecil.


Saya diperkenalkan dengan dua supplement Shaklee iaitu Multivitamin @ Vita Lea dan satu lagi ostematrix iaitu kalsium sebab saya selalu kejang kaki akibat tak cukup kalsium. Vitalea berfungsi untuk atasi masalah pitam saya kerana ianya berpunca daripada hb darah yang rendah. Kandungan zat besi di dalam Vitalea membantu meningkatkan kuantiti hemoglobin dalam darah. Manakala ostematrix membekalkan keperluan kalsium kepada tulang untuk atasi masalah kejang kaki.


Nampaknya sejak saya amalkan 2 vitamin ni, terdapat perubahan yang positif dan baik. Tiada lagi komplikasi seperti sebelum ini bahkan saya rasa semakin sihat dan bertenaga.


Setiap malam tu sebelum tido saya akan makan 4 biji ostematrix dan bangun esok paginya Alhamdulillah saya dah tak kejang kaki. Walaupun saya buat banyak kerja macam basuh pinggan, basuh baju, masak, jaga Khaulah si Mujahidah, saya berjalan ke sana ke mari, saya dah tak rasa kejang. Juga tidak rasa sakit sendi tulang lagi.


Kemudian esok paginya saya makan vita lea selepas sarapan, Alhamdulillah sepanjang hari saya buat kerja rumah saya sudah tak rasa pening walaupun buat banyak kerja. Malah saya dah tak rasa pitam ketika melakukan banyak kerja atau masak..


Bulan depannya saya cuba pula B complex, Vita C, Esp dan Omega Guard.. Sejak saya consume set hamil nie, walaupun saya makan macam biasa, still makan nasi 3kali sehari, tapi berat badan saya tak naik. Kalau naik pun, sebulan 1kg, tak macam awal mengandung (sebulan naik 4kg).


Bila pegi check up Alhamdulillah HB saya kembali normal.. Saya juga sudah tidak mengalami sembelit. Sejak mengamalkan supplement ini, sehari 2 kali saya masuk tandas, sekejap sahaja dah boleh keluar.


Alhamdulillah, walaupun usia kandungan saya sudah lebih 33minggu, saya tetap berpuasa, tetapi badan saya tidak rasa terlalu letih, bahkan makin bertenaga, perut pun taklah asyik berbunyi, dan boleh bertahan sehingga berbuka puasa.


Pengalaman Sewaktu Berpantang


Alhamdulillah, saya bersalin betul-betul ikut due.. Actually semasa berpantang saya dah tak payah beli set bersalin sebab set hamil yang saya makan tu pun set berpantang dan set menyusu juga.. Itulah yang saya suka dengan Shaklee, bukan sahaja harganya berpatutan malah menjimatkan..


Lepas jer bersalin, saya terus minum ESP dengan roti kemudian makan vita lea, b complex dan vita C.. Selepas makan tengah hari saya ambil omega guard sebab nak bagi kurangkan rasa sakit pada jahitan.. Alhamdulillah apabila saya makan set bersalin shaklee ni , badan saya rasa bertenaga, penat tu memang ada tapi kita rasa kuat dan tak lesu..


Dan perkara yang paling saya bersyukur dan seronok, hari first bersalin susu badan dah ada.. Tak payah nak kena urut, susu badan dah keluar..


Berbeza dengan pengalaman semasa anak first dulu. Hari first bersalin susu tak keluar sebab tu anak saya tak berhenti menangis.. tido pun sekejap je dah bangun.. Sehinggakan anak saya kena tahan kat hospital dalam seminggu sebab kuning tinggi sangat.. Tapi anak kedua nie, Alhamdulillah sehari bersalin dah boleh keluar hospital sebab saya dan baby sihat serta baby pun tak kuning masa dekat hospital..


Masa pantang anak kedua nie, seronok sebab dah la badan bertenaga, lepas tu baby tak kuning, tido lena pulak tu.. Saya pun cukup rehat.. Sebab tu 3 hari pantang saya dah rasa bertenaga dan aktif.. Lepas 2 minggu pantang, baru saya makan alfalfa.. Makin bertambah susu badan saya.. sekali pam dua botol penuh.. Allahuakhbar.. berbeza sangat masa pantang anak pertama.. Susu badan saya pun pekat, sebab tu baby saya tido lena..


Syukur, masalah saya ketika hamil, berpantang dan juga masalah susu badan untuk anak saya yang kedua ni dapat di’settle’kan dengan consume makan set hamil, set berpantang dan set menyusu Shaklee, dengan izin Tuhan. Anak saya makin hari makin tembam, tapi tak pe yang penting dia sihat dan cukup minum dan cukup zat.. Saya pun menjadi cergas dan bertenaga.. Alhamdulillah..


Oleh kerana kesan yang sungguh positif pada kesihatan saya apabila amalkan supplement Shaklee, saya tanpa berlengah terus mendaftar menjadi ahli dan pengedar Shaklee yang sah (ID = 1192906). Saya juga dapat membantu family dan rakan-rakan saya meningkatkan kesihatan mereka dengan memperkenalkan dan mencadangkan set Shaklee mengikut tahap kesihatan mereka.


Inilah kisah testimoni saya apabila saya consume makan set hamil, set berpantang dan set menyusu Shaklee. Selain dari mengamalkan gaya hidup sihat, makanan seimbang, saya menyarankan dan mencadangkan kepada pembaca, saudara-mara dan rakan-rakan untuk mengambil makanan tambahan / supplement semulajadi dan bebas kimia (Shaklee terutamanya) untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita, dengan izin Tuhan.


Alhamdulillah...

*********************************************************


Panjang betul perkongsian kali ini. Nampak sangat Puan Siti ni benar-benar berpuas hati dengan set vitamin Shaklee yang beliau telah amalkan. Ketika kita baca pun kita dapat rasakan yang beliau sangat excited untuk berkongsi pengalaman beliau dan dapat merasakan perbezaan ketika hamil dengan vitamin Shaklee dengan tidak. Sebab itulah macam-macam yang nak dikongsikan.
Kredit : Supermom Shaklee Story



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan konsultasi mengenai atau ingin membuat pesanan produk- produk yang diamalkan oleh Puan Siti, bolehlah menghubungi saya;



call/sms/whatsapp 016 2222 531


NURUL HUSNA (follow saya FB)


Ingin dapatkan diskaun penjimatan sehingga 20% dengan setiap pembelian di atas?


Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran keahlian sebanyak RM79.50 untuk seumur hidup. Selain itu anda boleh menikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli shaklee. Hubungi saya 0162222531 untuk lebih lanjut.



Saya juga ingin tawarkan kepada anda peluang untuk menjana pendapatan sebagai pengedar shaklee seperti Puan Siti dan berpeluang mendapatkan pendapatan tambahan sehingga lebih 4 angka sebulan. Jika berminat anda boleh juga menghubungi nombor yang sama. Anda akan dibimbing menjadi seorang usahawan yang berjaya tanpa memerlukan modal yang besar. Anda boleh memilih samada secara sambilan atau sepenuh masa.

Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini.

Setiap orang akan mengalami pengalaman sepanjang tempoh kehamilan yang berbeza-beza. Bahkan setiap anak juga tak sama pengalaman nya....

0 comments: