Cara atasi sembelit semasa berpantang yang paling cool supaya tak perlu bertapa lama-lama dalam toilet
Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil dan juga dalam pantang. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil dan dalam peringkat awal berpantang mengalami sembelit.
Ini diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi yang diambil pada masa ini juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.
Sebenarnya saya juga tak terkecuali mengalami sembelit semasa berpantang anak sulong. Tidak silap saya selepas bersalin saya diberikan suntikan oleh nurse untuk elak membuang. Dan ubat itu bertahan selama seminggu. Bayangkan seminggu tak membuang..memang penuh toksin dalam badan. Masuk hari ke 7 nurse bagi saya ubat minum untuk lawas tapi saya tak ambil pun sebab ngilu tu nak membuang dah la luka tak baik lagi.
Tapi, elak punya elak malam tu jugak perut memulas padahal tak ambil ubat apa2 pun. Naik lenguh pinggang dan kaki semua sebab terpaksa berkurung dalam bilik air selama sejam. Memang menyeksakan. Syukurla anak tengah tidor masa tu.
Tapi pengalaman tu tak berlaku semasa berpantang anak kedua. Pengalaman semasa anak ke2, lepas discaj je dari hospital balik rumah terus je perut minta dikosongkan. Bukan tu je, kalau sehari tak membuang memang tak sah. Dan setiap sesi kurang 5 minit dah setel. Sangat smooth dan selesa.
Nak tau rahsia saya?
Jom saya share beberapa tips Mencegah/Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin
Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.
Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.
Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar. Cuma awasi agar anda tidak keterlaluan ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Jgn sampi BENTAN plak ye heheheh...
Pengambilan supplement juga dapat membantu.
Ibu digalakkan berpantang dengan OSTEMATRIX, mengandungi Kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar.
Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit.
Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.
Ia juga mngandungi Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.
Testimoni Ostematrix
Testimoni Ostematrix
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee boleh hubungi saya pada no. di bawah;
NURUL HUSNA (follow saya FB)
call/sms/whatsapp 016 2222 531
penghantaran percuma bagi kawasan sekitar Batu Pahat dan sekitarnya.
0 comments: