Tips menjaga kebesihan miss v yang perlu diamalkan setiap wanita supaya tidak berisiko mendapat penyakit yang serius

2/23/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Menjadi kelaziman bagi setiap pengguna di bilik air, sabun adalah satu kemestian. Sabun dijadikan sebagai bahan asas untuk mencuci dan membersihkan tubuh badan.
Sabun juga telah didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti cecair, berbuih, gel dan lain-lain.

tips menjaga kebersihan miss v

Ada di antara kita yang menggunakan sabun sebagai pengganti syampu, pencuci muka hinggalah kepada mencuci bahagian yang sensitif seperti vagina atau alat sulit.
Penjagaan kebersihan yang sempurna adalah sebahagian daripada tuntutan Islam. Amalan kebersihan peribadi adalah amat penting bagi menjaga kesejahteraan bahagian vagina dan seterusnya menjaga kesihatan secara keseluruhan. 
Maklumlah wanita mempunyai tanggungjawab untuk menimang zuriat.

Berikut adalah antara tips menjaga kebersihan miss v anda. Semoga ia memberi manfaat dan dapat menghindari anda daripada penyakit yang lebih serius di masa akan datang.

1. Anda mestilah memastikan bahagian luar vagina sentiasa bersih dan kering. Bakteria mudah merebak pada persekitaran yang lembap. Jika anda terlalu lama terdedah kepada cuaca yang panas dan baju pun sudah lencun dengan air peluh, segera tukar pakaian.

2. Bersihkan bahagian vagina setiap hari bagi mengelakkan bakteria daripada membiak. Jangan gunakan sabun. Gunakan cucian khas yang mempunyai imbangan pH yang sesuai. Sebaiknya, pastikan cucian itu anti alahan.

tips menjaga kebersihan miss v

3. Bersihkan bahagian dubur dari depan ke belakang untuk mengelakkan penyebaran bakteria.

4. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas kerana ia dapat menyerap lembapan dengan lebih baik dan memudahkan kulit untuk bernafas.

5. Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Pakaian ketat akan memerangkap lembapan dan seterusnya mewujudkan satu persekitaran yang sesuai untuk yis dan bakteria membiak.

6. Taburkan bedak khas berasaskan tepung jagung (100% bebas talkum) pada seluar dalam untuk menyerap lembapan yang boleh menyebabkan kegatalan dan melecet. Ia juga meneutralkan bau.

7. Jangan gunakan krim spermisidal atau jeli pelincir jika anda dapati ianya menyebabkan iritasi pada bahagian vagina.

8. Gunakan pelembap vagina untuk melegakan yang tidak selesa jika anda mengalami masalah kekeringan vagina.

9. Sentiasalah berjumpa dengan pakar sakit puan. Pastikan 
anda menjalani ujian 'pap smear' setahun sekali bagi mengesan sebarang penyakit pada peringkat awal.

Sumber: Majalah Rapi

Menjadi kelaziman bagi setiap pengguna di bilik air, sabun adalah satu kemestian. Sabun dijadikan sebagai bahan asas untuk mencuci dan ...

0 comments: