Kenapa kita perlu bersyukur?? Bagaimana untuk melatih diri bersyukur?

2/24/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

The Power of Syukur


Dan ingatlah pesan Tuhanmu

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku padamu. Dan jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azabku amatlah keras."
(Surah Ibrahim, 7)


Bagaimana syukur mampu menjadikan hidup anda bahagia?


Syukur menyimpan rahsia terbesar bagaimana menjalani kehidupan yg WONDERFULL.


Kebahagiaan sebenarnya tak perlu dicari kerana ia sentiasa ada didepan kita, asalkan kita tahu mensyukuri setiap perkara yang kita ada dan mengambil hikmah dari setiap yang berlaku dalam hidup kita.


Lihat segenap perkara dari kacamata "TIADA" kepada melihatnya melalui teropong "SYUKUR"


TETAPI, MENGAPA MANUSIA JARANG BERSYUKUR?


Normalnya manusia hanya mensyukuri perkara baik yg diperolehinya.


Tetapi dalam kehidupan, perkara baik tidak 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun berlaku. Ramai yg mula bersungut ..merungut..menyalahkan dan bersikap negatif ketika diuji .. mudahnya manusia lupa untuk bersyukur atas kesenangan dan rahmat yang pernah diperoleh sebelum diuji.


Semakin kita ingkar nikmat, semakin banyak masalah akan timbul.


Nasihat para BIJAKSANA..CONTROL YOUR MIND..

Fokuskan pada perkara perkara baik yg terpapar depan mata.


Alihkan perhatian daripada perkara negatif kepada perkara positif


Sentiasalah belajar bersyukur walaupun hikmahnya belum kita ketahui.


Ia mampu membuka minda kita utk kekal melihat jauh kedepan dengan penuh rasa optimis.


"Kami tidak pernah membebani manusia melebihi kemampuannya"

(Al baqarah, 286)


3 Teknik Berlatih Bersyukur


1) Latih diri untuk bersyukur setiap saat walaupun dengan nikmat yang kecil sekecilnya.


Dapat bangun pagi buka mata dalam keadaan yang sihat adalah sekecil kecil nikmat yang mungkin tidak pernah kita sebutkan.


Kita hanya akan sebut "syukur" apabila mungkin tiba2 kita sakitleher akibat salah bantal. Atau tiba tiba kaki kebas tak terasa ketika memijak lantai.


Jarang sekali kita peka terhadap nikmat kecil yg Allah anugerahkan.


Berhenti sebentar. Pandang sekeliling. Semua yg dapat kita lihat adalah nikmat. Anda akan rasakan perbezaannya dan lebih mudah tersenyum walaupun terstuck di atas kesesakan jalan raya.


Lakukan sekerapnya, & dont be surprise jika sering melakukannya, rezeki lebih besar akan datang kerana kita sudah pandai mensyukuri nikmat nikmat yg kecil.


2. Latih diri mudah ucapkan terima kasih


Nampak mudah tapi amat berat untuk dilakukan.

Jika diperhatikan, isi solat dhuha mengajar kita kunci mendapatkan rezeki halal, berkat, berganda dan sebagainya.


Cuba latih diri berterima kasih kepada allah dgn dialog:


- Terima kasih Ya Allah, pagi ni Engkau bangunkan saya dengan anak anak yg sihat dan sempat memeluk anak sebelum keluar bekerja.


- terima kasih ya allah, Kau bangunkan saya disebelah bidadari/bidadara, isteri/suami tercinta


-terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah anugerahkan saya dengan berjuta rezeki walaupun saya tidak berdoa memintanya.


Banyakkan berterima kasih dan bersyukur, nescaya Allah datangkan nikmat yg tidak terhitung dari sumber yang tidak disangka sangka.


3. Latih diri untuk mudah memberi

Bersedekah, berkongsi ilmu (bukan setakat wang tapi masa, tenaga serta apa pun), bermaksud kita sedang melatih diri utk bersyukur dgn apa saja yg Allah kurniakan.


Memberi tak perlu tunggu kaya. Yang miskin juga digalakkan memberi sebagai latihan mengungkapkan rasa syukur.


Jangan jadikan bersedekah hanya sebagai amalan "bila ada duit lebih". Jadikan habit. Kerana formula sedekah bukan 1-1=0 tetapi 1-1=10.


Karakter "berfikir kaya" dengan bersedekah terhasil daripada perasaan syukur pd Allah.


Akhir kata.. banyakkanlah bersyukur

The Power of Syukur Dan ingatlah pesan Tuhanmu "Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku padamu. Dan jika ka...

0 comments: