Cara membuat badan langsing dan sihat tanpa menggunakan produk

4/21/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Rasanya semua orang sanggup buat apa je untuk langsing kan...maunya tak bila dah langsing senang nak cari baju. Pastu boleh pulak demand untuk cari baju yang lebih memenuhi citarasa. Tul tak?

Walaupun korang tengah berdiet, ambil pil/produk untuk kurus dan juga gigih bersenam kesihatan badan jangan pulak diabaikan. Sebabnya tak guna juga kalau kurus tapi asyik sakit-sakit.

Semoga 12 tips ini boleh dijadikan panduan untuk korang..


#1 Untuk hidangan tengahari jangan makan lebih daripada sesenduk nasi. Nasi ni mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi. Jika korang terlebih ambil maknanya korang tengah meningkatkan paras gula dalam darah.

#2 Elakkan lauk yang meningkatkan selera korang, tapi utamakan dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Kata nak kurus, so haruslah jauhkan diri daripada makanan seperti ayam goreng, kari daging, dan masak lemak. Kalau tak sia-sia je usaha korang. Tapi pilihlah makanan seperti ulam-ulaman, sayur rebus, ikan bakar dan buah-buahan.


#3 Mesti ambil buah. Mengikut sunnah pengambilan buah-buahan mestilah sebelum ambil makanan berat. Sebabnya buah kaya dengan serat jadi ia membantu proses penghadaman. Jika korang tak suka makan buah boleh gantikan dengan air kosong.

#4 Jangan tidur atau berbaring selepas makan. Dulu masa kecik2 saya selalu kena tipu...arwah mak cakap tak elok tidur lepas makan nanti leher besar. Hakikatnya usus perlu bergerak lancar...jadi untuk bantu semua makanan melalui lalulan yang sepatutnya, elakkan baring selepas makan. Kalau tak makanan akan tersekat-sekat di tengah-tengah so susahlah nak dicernakan. Korang mungkin tak gemuk tapi tang perut tu bakal membuncit.

#5 Elakkan makanan ringan..jangan makan asam-asam lagi..kedua-dua makanan ni terlalu bahan tambahan seperti bahan pengawet dan perisa tambahan yang memang tak bagus untuk kesihatan.

#6 Kunyah makanan perlahan-lahan. Mengikut sunnah pun kita harus kunyah makanan sehingga 40 kali. Sebabnya makanan yang dah hadam dapat memelihara perut daripada rosak seterusnya mengekalkan tubuh badan yang mantap.

#7 Pengambilan makanan tambahan..pastikan anda selidik dahulu kandungan makanan tambahan yang anda ambil atau dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana sesetengah makanan tambahan akan meningkatkan selera makanan. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.

#8 Bersenam sekurang-kurang 10 minit setiap hari atau lakukan sit-up 20 kali setiap sesi. Pilih senaman yang sesuai untuk kemampuan diri anda dan tingkatkan bilangan sedikit demi sedikit.


#9 Gantikan snek makanan ringan dengan makanan yang lebih berzat. Contohnya French fries boleh digantikan dengan snek sayur yang rendah lemak. Air berkarbonat digantikan dengan susu rendah lemak.

#10 Elakkan makanan yang berminyak. Minyak yang banyak akan meningkatkan kadar kolesterol dan lemak dalam badan. Kolesterol ni buatkan korang lebih berisiko diserang sakit jantung atau obesiti. Selain itu, boleh akibatkan tekanan di kepala dan rasa mual.


#11 Hentikan tabiat merokok dan minum alkohol. Actually mitos je tu kalau ada yang cakap merokok boleh kuruskan badan. Memanglah boleh kurangkan selera makan tapi tak ingat ke penyakit lain yang menanti? Untuk ketahui tips nak berhenti merokok boleh baca di sini.

#12 Jangan buat perkara lain semasa makan contohnya membaca buku atau tengok tv. Sebabnya korang akan kurang bagi tumpuan kat makanan tu..sedar2 dah terlebih makan.

Ok dah cukup 12 tips hari ini. Semoga korang berjaya untuk langsing di samping tetap sihat.

Rasanya semua orang sanggup buat apa je untuk langsing kan...maunya tak bila dah langsing senang nak cari baju. Pastu boleh pulak deman...

0 comments: