Petua kurangkan kolesterol dalam darah supaya boleh melantak ayam goreng lagi

4/25/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Menyebut tentang kolesterol dalam darah, makanan adalah penyumbang terbesar kepada masalah ini. Lebih teruk lagi apabila ia menjadi punca kepada kegemukan dan obesiti dan berisiko tinggi kepada penyakit kronik lain seperti darah tinggi, kencing manis, strok, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Jadi saya ingin berkongsi petua paling mudah untuk kurangkan kolesterol dalam darah dengan pengambilan 10 makanan antikolesterol di bawah...actually senang je nak dapatkan makanan-makanan ni.

Apa makanan-makanan tu?

#1 SOYA


Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan susunya yang berkhasiat. Kacang soya mengandungi 48% protein, lecithin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolesterol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Soya juga kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecahkan lemak. Ia membantu menurunkan lemak jahat (LDL) dan meningkatkan lemak baik (HDL).

#2 KUACI

Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan boleh menaikkan kadar kolesterol LDL sekaligus menghadkan kolesterol HDL. Mulakan dengan mengambil kuaci jenis tawar seperti dari jenis biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.

#3 BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

#4 EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk mengekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrien yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang menyebabkan risiko sakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

#5 IKAN TUNA

Merupakan sumber asid lemak omega-3 yang paling popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.

#6 KACANG TANAH

Kacang tanah berkulit yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

#7 MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain: belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolesterol LDL dalam tubuh.

#8 KISMIS

Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darahnya sebanyak 8%. 400 kalori bersamaan 1/5 daripada jumlah kalori yang diperlukan oleh seorang wanita dalam sehari untuk mempertahankan berat badannya.

#9 OAT

Lebih daripada 40 kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolesterol anda.

#10 JAMBU BATU

Jambu batu sebenarnya mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400 gram sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu juga adalah pilihan yang sesuai.

Selain daripada #10 pilihan makanan ini anda boleh juga yang mendapatkan vitamin shaklee yang berikut yang juga merupakan antikolesterol dan berasaskan sebahagian daripada makanan di atas.



Phytocol ST- berasaskan fitosterol tumbuhan

ESP - minuman tinggi protein yang berasaskan soya non GMO.

Sustained Released Vitamin C Plus- antioksidan yang tinggi berasaskan buah citrus bioflavanoid

Omega Guard - minyak ikan laut beku yang kaya dengan omega 3

Jika anda memerlukan bantuan rundingan dan pertanyaan mengenai produk-produk ini, anda boleh menghubungi saya segera. Untuk pengetahuan anda 10 pelanggan terpilih berpeluang mendapatkan tips untuk kurus secara percuma beserta hadiah misteri daripada saya. Jadi tunggu apa lagi mungkin anda antara 10 pelanggan tersebut.

Caranya bagaimana?

call/sms/whatsapp 016 2222 531


pengedar shaklee
NURUL HUSNA (follow saya FB)

Menyebut tentang kolesterol dalam darah, makanan adalah penyumbang terbesar kepada masalah ini. Lebih teruk lagi apabila ia menjadi punca k...

0 comments: