STRESS NYA !!! Sejak ambil suntikan perancang Depo Provera muka naik jerawat non stop.

4/20/2015 nurul husna 0 Comments

Actually inilah yang saya alami sejak ambil suntikan pencegah kehamilan Depo Provera. Jerawat naik silih berganti kat muka. Parut jerawat pun apa lagi memang banyak la..

muka berjerawat

Actually ini ada sebahagian daripada kesan pengambilan suntikan pencegah kehamilan.

KENAPA HAL INI BERLAKU ?


Penggunaan suntikan Depo Provera yang diambil setiap tiga bulan adalah salah satu cara untuk menjarakkan anak. Sakit kepala adalah salah satu kesan sampingan penggunaan suntikan Depo Provera.

suntikan depo

Kesan sampingan lain adalah keletihan, murung, susah tidur, jerawat, loya, gemuk, sakit payu dara dan ketulan darah.

Bagi ibu yang sedang menyusu bayi, suntikan ini tidak memberi kesan pada kuantiti susu yang dikeluarkan.
Bagi sesetengah wanita yang agak sensitif kepada kadar perubahan dan ketidak stabilan hormon yang tinggi dalam badan, mereka lebih senang mendapat kesan sampingan seperti sakit kepala.

Begitu juga dengan pengambilan pil perancang yang boleh membuatkan sesetengah wanita jadi mabuk seperti keadaan pada awal hamil. Kadar hormon dalam pil atau suntikan untuk mencegah kehamilan adalah lebih tinggi daripada dalam badan.

Tujuan ketinggian hormon ini adalah untuk menghalang pengeluaran ovum. Oleh itu, tiada benih wanita yang dapat disenyawakan.

Penggunaan hormon progestogen saja boleh menyebabkan pengaliran darah haid menjadi tidak menentu. Penggunaan ini boleh diambil secara makan, suntikan dalam otot, suntikan bawah kulit sebagai susuk dan hormon yang ada pada intra uterine device (IUD).

Dengan menggunakan mana-mana cara pun, permasalahan pengaliran darah haid yang tidak menentu atau lama pendarahannya tetapi tidak banyak yang keluar adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Adakalanya tiada langsung pendarahan haid berlaku ketika pengambilan hormon ini. Permasalahan haid yang tidak menentu ini tidak membawa kesan pada wanita tetapi ia menyusahkan sedikit terutama bagi wanita Islam.

Lazimnya selepas berhenti mengambil hormon ini, kebanyakan wanita akan menjadi subur kembali seperti sedia kala. Bagi mereka yang mempunyai permasalahan dengan kitaran haid sebelum menggunakannya, kesuburan akan berlaku pada masa yang lewat sedikit disebabkan oleh masalah yang dialami sebelumnya dan bukan disebabkan oleh hormon yang diambilnya.


Sumber Dari : Berita Harian Online

suntikan depo

Actually selain daripada kaedah suntikan depo untuk mencegah kehamilan ada lagi kaedah lain seperti,
- pengambilan pil perancang.
- implan
- IUD (lebih sesuai dijalankan selepas bersalin atau keguguran)

Anda boleh pilih mengikut kesesuaian tubuh badan anda atau bajet masing-masing. Ikuti entri saya berikutnya untuk kaedah pencegahan kehamilan yang lain nanti.

Cop!! Nak tau tak macam mana saya hilangkan parut jerawat yang sedang berleluasa di wajah saya. KLIK DI SINI.

Actually inilah yang saya alami sejak ambil suntikan pencegah kehamilan Depo Provera. Jerawat naik silih berganti kat muka. Parut jerawat p...

0 comments: