Tips hilangkan rasa lapar agar misi menurunkan berat badan berjaya dalam masa yang singkat

4/18/2015 nurul husna 0 Comments

menurunkan berat badan

Korang mesti pernah rasa serba salah untuk makan padahal perut lapar sangat. Akhirnya terpaksa jugak pilih untuk tahan lapar masa baru-baru nak mulakan program diet untuk menurunkan berat badan. Kadang-kadang, bukan lapar pun cuma nafsu nak makan tu dah menguasai diri. Especially kalau tengah stress, memang asyik rasa lapar je dan mulut tu rasa nak mengunyah je.

Untuk elakkan korang terlebih makan, mungkin korang boleh praktikkan tips yang dicadangkan di bawah;

Baca DOA sebelum makan


Sebelum nak makan apa-apa make sure baca doa sebelum makan. Sebabnya arwah mak cakap kalau tak baca doa seolah-olah kita makan dengan syaitan. Tu yang tak kenyang-kenyang tu.

Makan hanya ketika lapar 

Tips kedua, make sure korang betul-betul lapar tau bukan sebab nak hentikan nafsu makan atau nak buat exercise mulut yang suka mengunyah.

Selepas, dah berhenti makan jangan lupa baca doa lepas makan. Lepas tu elakkan diri daripada makan dalam tempoh 4 jam berikutnya.

Kalau nafsu nak makan datang jugak cuba busy kan diri dengan aktiviti berfaedah macam berkebun, kemas rumah, membaca (setengah orang time membaca lagi laju mengunyahnya)...senang cakap buat apa je aktiviti yang boleh buat korang ralik dan lupa jap untuk makan.

Kenalpasti pola pemakanan anda

Rasa kenyang biasanya akan timbul selepas 20 minit habis makan. Kalau korang jenis makan laju, biasanya susah nak turunkan berat badan. Sebab orang yang makan laju ni biasanya akan ambil makanan dalam jumlah yang lebih daripada yang badan perlukan. Sebab itulah sunnah pun ada ajar kita untuk kunyah makanan lebih 40 kali.

Jadi sebelum makan, minum segelas air kosong dulu. Lagi digalakkan kalau makan sayur dulu sebelum ambil makanan yang lain supaya waktu makan jadi lebih panjang so kurangla kebarangkalian terambil makanan yang berlebihan.

Minum minuman panas


Minuman panas sebenarnya dapat beri kita rasa kenyang. Jadi semasa lapar, minumlah teh panas tanpa gula. Teh ini bukan sahaja rendah kalorinya bahkan dapat mengusir rasa lapar.

Sediakan makanan serat


tips hilangkan rasa lapar

Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan atau roti gandum/bijirin penuh. Ini kerana, badan kita perlukan masa yang lama untuk cerna makanan berserat tinggi ni. Jadi, bolehlah kita tahan lapar untuk tempoh yang lama.

Ambil sarapan

Sarapan bukan sahaja membekalkan khasiat sepanjang hari kepada badan, tapi kalau tak ambil sarapan nanti korang akan ambil berlebih-lebih pulak time lunch.

Saya ada 1 resepi breakfast yang boleh bantu anda jimatkan duit poket secara tak langsung bantu anda kekal ramping. Klik di sini untuk reveal rahsia besar ni.

tips hilangkan rasa lapar


Jika anda rasakan entri ini memberi manfaat kepada insan tersayang di sekeliling anda, jangan malu-malu untuk share entri ni.

Korang mesti pernah rasa serba salah untuk makan padahal perut lapar sangat. Akhirnya terpaksa jugak pilih untuk tahan lapar masa baru-ba...

0 comments: