Langkah Demi Langkah Berhenti Merokok

7/13/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Rokok sudah difatwakan haram. Ini kerana ia bukan sahaja membahaykan kesihatan anda tapi juga insan di sekeliling anda. Jadi bagi perokok tegar kenalah berusaha untuk berhenti merokok.

berhenti merokok dengan shaklee

Sebenarnya terdapat pelbagai cara berhenti merokok. Tapi apa yang penting ialah semangat yang kental. Pertama sekali anda perlu set minda anda dengan betul. Tiada yang mustahil. Bermujahadahlah wahai perokok semua. Masih ramai yang sayangkan kamu. Takkan sanggup mati awal, tinggalkan isteri dan anak. Takkanlah sanggup menderita sakit kanser yang kejam memakan diri. Dan takkanlah takde sedikit pun rasa bersalah waktu rokok disedut dan kembuskan pulak kat persekitaran pastu orang lain sedut pulak udara yang penuh dengan asap rokok anda. Sememangnya berhenti merokok bukan suatu benda yang benda. Tapi anda harus kuatkan azam dan berusahalah untuk cuba berhenti.


Jadi kali ini saya akan berkongsi cara-cara untuk berhenti merokok yang paling Berkesan. Kalau tak berkesan maknanya anda tak betul-betul berdisiplin melakukannya.

#1. LENGAHKAN

Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok. 

#2. PADAMKAN DALAM HATI 'SEBATANG JE'

Jangan terperdaya dengan ala 'sebatang je' tapi sebutkan dalam hati tak payah hisap langsung sekiranya anda telah tanamkan niat untuk berhenti merokok. Ini kerana bila dah hisap sebatang rokok akan menjadi dua batang dan akhirnya habis sekotak.

berhenti merokok dengan shaklee

#3. ELAKKAN DIRI DARI MENDEKATI PUNCA ANDA MEROKOK

Kenali apa punca anda merokok. Contohnya sebab nak setaraf dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk melepak atau terpengaruh apabila berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk tidak terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama. Atau pindah tempat melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid. Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa nak merokok. Ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.

berhenti merokok dengan shaklee

#4. BERSENAM

Bersenam adalah salah satu cara berhenti merokok yang sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok. Mahukah anda jika 'organ' paling penting lelaki, tak berfungsi?

#5. BELAJAR UNTUK BERTENANG DAN RELAX

Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa seseorang itu merokok. Jadi cubalah menjadi lebih tenang dan cool atau dalam kata lain lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah wuduk atau beristighfar jika anda sedang rasa marah atau tertekan. Anda juga boleh buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan anda rasa sejuk. 

#6. MINTA SOKONGAN DARIPADA AHLI KELUARGA / KAWAN-KAWAN

Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa anda mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat baik anda yang tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada isteri (jika beristeri). Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu. Jika masih bujang mohon sokongan dan doa daripada ibu anda. Doa seorang ibu kan termakbul.

#7. SENARAIKAN KEBURUKAN MEROKOK/ KEBAIKAN BERHENTI MEROKOK

Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh.  Menjimatkan duit dan seumpamanya. Apa sajalah asalkan boleh menambahkan semangat anda untuk tak merokok lagi.

berhenti merokok dengan shaklee

#8. GO ONLINE

Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak merokok. Ingatlah bahawa anda tidak keseorangan.

#9. MENGUNYAH SESUATU JIKA TERASA NAK MEROKOK

Mengunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kunyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

#10. GUNAKAN ALAT BANTUAN

Terdapat pelbagai alat bantuan dan suplemen untuk berhenti merokok yang dijual dipasaran seperti nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila. Anda juga boleh mencuba Vivix Shaklee, tonik nie akan membuatkan anda rasa tepu. Dan tak mahu dah hisap rokok. Bau rokok nie busuk, rasa pahit dan rasa mencucuk-cucuk masa menghisap rokok. Walaupun hanya 2, 3 kali sedut pun takkan lalu.

berhenti merokok dengan shaklee

berhenti merokok dengan shaklee



Paling menarik sepanjang Julai 2014, Shaklee membuat promosi beli 6 percuma 1 Vivix. Selain vivix anda boleh juga mencuba mengambil Vitamin E Shaklee.




vivix shaklee

Untuk tempahan Vivix secara online boleh klik pada icon di bawah.


TONIK AJAIB VIVIX SHAKLEE

Sebarang pertanyaan dan bantuan konsultasi boleh hubungi saya

call/sms/whatsapp 016 2222 531

Rokok sudah difatwakan haram. Ini kerana ia bukan sahaja membahaykan kesihatan anda tapi juga insan di sekeliling anda. Jadi bagi perokok te...

0 comments: