Kenapa saya memilih bisnes Shaklee? Hebat sangatkah bisnes Shaklee ini?

7/08/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Assalammualaikum. Setelah saya membaca ebook rahsia 9 bulan menjadi jutawan saya terpanggil untuk berkongsi mengapa saya memilih bisnes shaklee dengan pembaca semua.

Untuk pengetahuan anda dah lama saya tercari-cari untuk membuat bisnes secara online ini. Padahal saya sudah pun mempunyai sebuah bisnes pusat tuisyen sendiri dan sebuah lagi dibuka hasil perkongsian bersama rakan-rakan. Mungkin bagi anda kewangan saya dah kukuh. Saya bukan hanya memikirkan dalam masa terdekat tapi saya berfikir 10 tahun akan datang kerana taraf ekonomi hidup semakin bertambah. 

Tambahan pula beberapa tahun yang lalu diumumkan bahawa PMR dimansuhkan sejak itu saya kehilangan pelajar dari sekolah menengah rendah. Jadi saya rasakan bahawa bisnes ini bukan satu jaminan. Lebih-lebih lagi terlalu banyak pengusaha pusat tuisyen di kawasan Parit Raja walaupun kebanyakannya tidak berlesen. 

Jadi berniaga secara online adalah pilihan saya kerana saya ingin menjaga anak saya sendiri. Lagipun cukuplah pengalaman saya bekerja makan gaji. 

Atas sebab itu, hampir dua tahun lepas saya dah pun mula secara kecil-kecilan berniaga tudung secara online. Dengan modal yang kecil namun rugi jugak yang saya tanggung. Risiko berniaga tudung ini adalah pelanggan mempunyai pelbagai citarasa, nak warna ni la warna tu la, material ni la, design tu la. Belum lagi nak kena buat penghantaran di pejabat pos. Saya perlu membawa anak saya ke hulu ke hilir. 

Syukurla masa itu cuma anak seorang. Kalau sekarang dah ada dua tak terkejar saya jadinya. Untuk jadi ejen dropship bukan pilihan saya kerana setiap pelanggan bertanya susuah nak jawab sebab barang tak ada depan mata. Lagipun ianya bukan produk kita.

Pada mulanya ramai juga yang offer buat MLM dan jadi ejen insurans. Kedua-dua bisnes ni memerlukan kita bertemu pelanggan dan menghadiri kelas dan itu jugalah bukan yang saya cari selama. Saya dah pernah jadi ejen Etiqa dan join MLM DCL jadi saya tahu serba sedikit perjalanan bisnes ni.

Shaklee juga MLM, kenapa saya masih memilih Shaklee?

Ya memang betul shaklee MLM. Pada mulanya saya reject bila upline saya yang offer buat Shaklee. Setelah di bincang hati ke hati baru la saya tahu perjalanan bisnes Shaklee. Apa yang menarik saya adalah;

#1 Saya tidak perlu keluar modal untuk simpan stok.

#2 Saya tidak perlu ke pejabat pos untuk buat penghantaran kerana Shaklee uruskan semua. Saya cuma perlu duduk kat rumah sambil urus dan layan anak-anak.

#3 Saya tidak perlu bertemu pelanggan. Hanya bertemu untuk pelanggan COD sahaja.

#4 Saya tidak perlu menghadiri kelas bimbingan. Bimbingan diberikan secara di atas talian melalui Whatsapp dan facebook.

#5 Melalui Shaklee juga amalan rohani saya semakin bertambah. Dengan Shaklee saya diajar yakin bahawa reseki itu datang dari ALLAH. ALLAH yang memegang hati setiap manusia dan ALLAH yang membuk hati manusia untuk membeli dari kita. Kita hanya perlu meminta dari ALLAH dan betulkan niat untuk membantu menambahkan nilai hidup orang lain.

#6 Walaupun Shaklee MLM tapi ianya tidak bersifat menguntungkan UPLINE kerana di Shaklee tiada istilah goyang kaki. Anda berpeluang menjana income atau naik rank lebih daripada UPLINE anda kerana apabila sampai satu tahap hubungan anda dan UPLINE anda akan terputus, jadi UPLINE tidak terima apa insentif daripada anda.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan bisnes Shaklee ini. Mungkin buat masa ini saya tak terfikir lagi untuk saya kongsikan di sini. Jika anda seperti saya masih tercari-cari cara untuk mendapatkan SIDE INCOME saya cadangkan anda sertai keluarga SHAKLEE saya. Saya akan membimbing anda sehingga berjaya. Jika masih tidak yakin atau faham sistem shaklee boleh menghubungi saya secara SMS/WHATSAPP 016 2222 531. Saya sudi mendengar hati ke hati. 

Assalammualaikum. Setelah saya membaca ebook rahsia 9 bulan menjadi jutawan saya terpanggil untuk berkongsi mengapa saya memilih bisnes sha...

0 comments: