10 SIKAP AGAR KERJAYA SUKSES
Pelbagai faktor boleh mempengaruhi seseorang individu untuk memperoleh kejayaan dalam dunia kerja dan karier. Namun jika faktor-faktor tersebut dapat diatasi dan kita dapat mencari penyelesaian terbaik dan tepat maka kejayaan itu sendiri akan datang kepada kita. MENGAPA sebahagian orang dengan mudah mencapai posisi tertinggi, sementar sebahagian lagi begitu sukar untuk mendapatkan promosi? Apakah kecerdasan, bakat, serta kekuasaan orang-orang tertentu menjadi penyebab utama?1. PEKERJAAN APA PUN HARUS DILAKUKAN DENGAN BAIK
Anda tidak pernah tahu saat anda diperhatikan atau dinilai. Bila anda terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka anda tidak akan rasa sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar. Jangan lupa, apa pun yang kita lakukan, pasti diperhatikan oleh atasan.
2. JANGAN PERNAH BERHENTI MENCARI PELUANG
Tentu sahaja ada ketika di mana anda puas dengan pekerjaan yang sedang anda ceburi. Tetapi jangan lupa, profesional yang sukses selalu mencari kesempatan untuk maju dan berkembang. Pasang mata, buka telinga, dan buka wawasan untuk tantangan dan kesempatan baru. Anda tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah karier anda menjadi lebih cemerlang.
3. NASIB SAYA BERGANTUNG PADA DIRI SAYA
Bila anda menghabiskan waktu hanya untuk menunggu datangnya mukjizat, maka anda mungkin akan menunggu terlalu lama, malah barangkali sia-sia. Seseorang yang sukses selalu melakukan sesuatu, secara baik dan tepat untuk mewujudkan keinginannya. Anda sebaiknya bergerak dan melakukan sesuatu, cari cara yang baik dan tepat, jangan hanya menunggu. Anda pasti akan berhasil dan berhak untuk mewujudkan impian.
4. SEGALA SESUATU MUNGKIN SAHAJA TERJADI
Anda berfikir tidak mungkin menjadi pegawai atasan atau pengurus apatah lagi pengarah. Jika demikian, maka anda memang tidak akan dapat menduduki posisi tersebut. Ingat, jika anda berfikir tidak mampu, maka anda tidak pernah mampu. Tetapi bila berfikir anda boleh, maka anda pasti boleh.
5. KEGAGALAN MERUPAKAN KUNCI SUKSES
Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan dari waktu ke waktu. Perbezaan antara orang yang sukses dan orang yang gagal adalah bagaiman mereka menghadapi kegagalan yang dialami. Pegawai yang sukses selalu belajar dari kesalahan yang mereka lakukan dan tetap maju.
6. PERLIHATKAN KEMAMPUAN
Adakah anda hanya menunggu sampai seseorang melihat bakat dan kemampuan anda? Mungkin sudah tiba masanya anda memperlihatkan kemampuan anda.
7. MILIKI JARINGAN YANG KUAT
Pegawai yang sukses memahami dengan baik pentingnya suatu jaringan, baik di dalam mahupun di luar pejabat. Anda perlu bersikap proaktif untuk mengembangkan hubungan profesional. Ajak dan undang rakan sekerja untuk makan tengahari di luar. Sesekali, pergilah ke kafe bila habis waktu kerja.
8. TIDAK TERPENGARUH DENGAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Bila selalu merasa bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai latar belakang pendidikan, maka anda akan menghasilkan prestasi kerja yang buruk. Sebagai seorang yang sukses anda akan melakukan setiap pekerjaan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
9. MENGANGGAP SETIAP ORANG PENTING
Bila anda ingin bersikap agresif, anda perlu berbaik-baik dengan setiap rakan sekerja dan orang di sekeliling. Bersopan dan ramah dengan semua orang kerana kita tidak tahu mungkin ianya bermanfaat di masa hadapan.
10. TIDAK HANYA BERGANTUNG KEPADA WAKTU KERJA
Oleh kerana anda bertanggungjawab ke atas masa depan anda, maka sudah menjadi kewajipan anda untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki profesionalisme anda. Bersikap sukarela dalam melakukan kerja tambahan, berminat belajar sesuatu yang baru, serta bersedia untuk melakukan O.T. Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja mengikut jam tetapi berusaha untuk melakukan yang lebih agar dirinya dilihat.
JIKA ANDA INGIN MEMBINA KERJAYA YANG CEMERLANG DALAM PERNIAGAAN ANDA SENDIRI BACA SKROL DAN BACA IKLAN DI BAWAH. SAYA AKAN MEMBIMBING ANDA MENJADI INSAN LUAR BIASA YANG KELUAR DARI KELOMPOK BIASA-BIASA SAHAJA.
0 comments: