Atasi Masalah Kencing Manis Semasa Hamil dengan Shaklee

7/23/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Majoriti ibu hamil akan menghidap kencing manis tambah-tambah kalau umur meningkat 3 siries ke atas. Bila nurse declare kita ada kencing manis je semasa 1st check up rasa macam failed SPM je dah rasanya. Kalau boleh kita tak nak lah kencing manis masa preggy ni. Tapi alhamdulillah semasa mengandung kedua-dua anak saya, saya tiada masalah kencing manis.

Mengapa kita nak elakkan daripada kencing manis? Sebabnya ia akan memudaratkan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan dan boleh berterusan hingga bersalin dan hingga bayi itu membesar! Kemungkinan besar kita tak dapat bersalin secara normal. Susah la kan..Kita ni kalau boleh nak yang paling selamat dan sempurna bukan??

Sebab tu masa mengandung ibu-ibu yang berusia 25 tahun ke atas kene minum AIR GULA! Sebab doktor nak tau toleransi tubuh kita terhadap gula. Itu salah satu cara nak kesan penyakit kencing manis supaya senang nak mengawal dan merawatnya.


kencing manis

Jom tengok antara kesan penyakit kencing manis semasa hamil pada ibu dan bayi ~~~

Kesan pada ibu hamil;

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan pada bayi;
  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.


Sebelum saya berkongsi cara untuk mengatasinya, jom kita kenali dahulu tambah ilmu macam mana kencing manis semasa hamil (Diabetes Gestasi) boleh berlaku.

Semasa hamil, tubuh sepatutnya akan menghasilkan insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutamanya pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Jika gagal menghasilkan insulin tambahan ini, tubuh akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah. Itu lah yang menyebabkan kencing manis.

Ni dia camana bayi boleh membesar jika ibu hamil menghidap kencing manis.

kencing manis ketika mengandung


Apak sebenarnya insulin ni?????
Insulin merupakan sejenis hormon yang mengawal dan memetabolisme dan gula dalam darah (blood glucose). 

Dalam kebanyakan kes, kencing manis semasa hamil ni akan hilang selepas bersalin. Tapi jangan terlalu sedap hati ye, sebab anda berisiko untuk menghidap kencing manis tahap 2 pula selepas bersalin nanti.

Siapa yang berisiko
  • Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan. Makan untuk 2 orang katanya.
  • Pernah melahirkan bayi seberat 4kg atau lebih.
  • Sejarah penyakit kencing manis dalam keturunan.
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu yang hamil ketika berusia lebih 35 tahun.

Tanda-tanda
  • Sering keletihan
  • Kerap membuang air kecil
  • Dahaga yang melampau
  • Penglihatan yang kabur
  • Luka atau lebam yang lambat sembuh
kencing manis

Cara untuk mengawalnya ialah dengan mengawal diet dan lakukan senaman. Diet yang disarankan ialah kurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik iaitu Lipoprotein Berketumpatan Tinggi (HDL). 


Dalam sesetengah kes, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu perlu ambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah atau dengan cara menyuntik insulin ke dalam badan.

kencing manis

Vitamin Shaklee juga boleh membantu ibu-ibu hamil yang menghidap kencing manis dengan Set Hamil. Namun jika ibu-ibu inginkan yang lebih penjimatan, boleh lah ambil vitamin seperti dibawah sahaja;



ESP ~ Minuman protin rendah indeks glisemik (GI) yang membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu mengawal paras gula.

B Complex ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga. Menukarkan makanan kedalam bentuk tenaga.

Vitalea ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka.

Klik di sini untuk tempahan

016 2222 531

Jika anda ingin mendapatkan potongan harga dan menikmati bonus bulanan dengan shaklee anda boleh mendaftar sebagai ahli shaklee.

Majoriti ibu hamil akan menghidap kencing manis tambah-tambah kalau umur meningkat 3 siries ke atas. Bila nurse declare kita ada kencing man...

0 comments: