8 LANGKAH ATUR KEWANGAN

7/10/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TETAPI DAPAT MEMBUATKAN HIDUP KITA TUNGGANG LANGGANG KALAU TAK DIURUSKAN DENGAN BETUL. DUIT JUGA BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TAPI KALAU TAK ADA DUIT TAK MUSTAHIL KITA AKAN BUAT SESUATU YANG TIDAK BAIK.

jana pendapatan dengn shaklee

Sebenarnya ramai di antara kita yang tidak ambil kisah mentadbir dan mengawal kewangan kerana percaya bahawa pekerjaan dengan gaji yang tinggi akan menyelesaikan semua masalah kewangan. Hakikatnya bukanlah seperti yang kita sangka. Cuba jawab soalan di bawah dengan jujur di dalam hati anda;



  • Adakah saat ini anda tidak mempunyai hutang?
  • Adakah anda mempunyai wang simpanan yang cukup?
  • Adakah simpanan anda mencukupi untuk 10 tahun hidup tanpa bekerja?
Sebelum anda merancang untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi, mengawal kewangan adalah pekerjaan yang wajib anda selesaikan terlebih dahulu. Di bawah ini  adalah 8 langkah untuk mengawal kewangan dengan lebih baik.

#1 Kenal pasti prinsip hidup anda

Apa yang penting bagi anda buat masa sekarang? Sebagai contoh, apa yang lebih penting antara gaji yang tinggi dengan masa yang berkualiti bersama keluarga? Kenal pasti keutamaan dalam hidup anda dengan jelas.

#2 Tetapkan tujuan kewangan

Tujuan anda harus mencerminkan nilai-nilai peribadi anda. Sebagai contoh, jika keselesaan kewangan adalah tujuan utama anda, maka anda harus berkorban perbelanjaan anda selama tiga bulan untuk membeli sebuah televisyen.

#3 Tuliskan sumber-sumber pendapatan

Kenal pasti jumlah pendapatan bulanan anda. Jika ada tambahan lain selain gaji bulanan, CATATKAN.

#4 Senaraikan perbelanjaan harian

Setiap satu sen yang anda belanjakan setiap hari seperti makanan, petrol, sewa atau ansuran kereta harus dicatatkan.

#5 Tinjau kembali hutang

Kumpulkan semua hutang, kira berapa jumlah setiap bulan. Ambil kalkulator, tarik nafas dalam-dalam dan kira dengan cermat.

#6 Buat perancangan

Lihat pengeluaran wang anda dan cuba untuk menentukan cara untuk menjimatkan wang. Jika anda memiliki hutang, atur perancangan untuk membayar hutang tersebut. Buat anggaran secara terperinci berapa banyak wang yang akan anda habiskan setiap bulan dan jangan pula untuk menetapkan jumlah wang untuk simpanan.

#7 Mengawal pengeluaran

Sekarang masanya untuk hidup dalam perancangan kewangan. Catat setiap pembayaran anda di dalam handphone atau buku catatan samada secara kredit, debit atau cek. 

#8 Nilai perancangan anda

Adakah anda mematuhi anggaran perbelanjaan anda atau melebihi had yang telah ditetapkan. Jika terlebih nilai semula anggaran perbelanjaan anda.

Jika anda ingin bebas dari belenggu kewangan dan keluar dari kelompok individu biasa menjadi individu luar biasa mari sertai kelurga Shaklee saya. Dalam keluarga ini kami akan membimbing anda sehingga dapat menjana kewangan 4 digit atau lebih. Untuk lebih lanjut baca iklan di bawah.


peluang jana pendapatan dengan shaklee

DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TETAPI DAPAT MEMBUATKAN HIDUP KITA TUNGGANG LANGGANG KALAU TAK DIURUSKAN DENGAN BETUL. DUIT JUGA BUKANLAH SEGA...

0 comments: