Kenali punca dan cara mengelakkan atau mengatasi BENTAN semasa berpantang

8/18/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 3 Comments

gejala bentan selepas bersalin

Tempoh berpantang adalah tempoh pemulihan buat ibu yang baru bersalin. Namun jika kesihatan tidak dijaga dengan baik, ibu-ibu berpantang mungkin terdedah kepada bentan. Mungkin ramai yang tak pasti apa sebenarnya bentan ni terutamanya ibu-ibu muda. 
Bentan terjadi apabila badan tiba- tiba berasa seram sejuk dan menggigil. Suhu badan meningkat seperti demam, segala sendi berasa sakit dan bisa- bisa urat berlaku.

Apa itu bentan?


Dari perspektif perubatan, tiada istilah bentan dan tiada maksud yang tepat mengenainya. Tetapi bentan merupakan sakit yang dialami semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin atau habis berpantang.

Sekiranya seseorang ibu itu mengambil ringan penjagaan diri semasa berpantang, dia berisiko untuk mengalami bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Simptom dan punca bentan:


*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis bentan:

#1 Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

#2 Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

#3 Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berjingkit-jingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

Cara mengelakkan diri daripada bentan;


#1 Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

#2 Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman. Pastikan kawasan jahitan sentiasa bersih dan kering.

#3 Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

#4 Elakkan daripada perasaan stress

Segelintir wanita selepas bersalin akan mengalami postpartum blues yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak. Jadi amat penting agar suami sentiasa menemani dan memberi sokongan moral sepanjang tempoh berpantang untuk mengelakkan daripada kekacauan perasaan dan emosi. Situasi ini kalau dibiarkan akan menyebabkan gejala meroyan.

#5 Pengambilan set berpantang shaklee

Sebab itulah shaklee sebagai shaklee nutrisi nombor 1 percaya dengan pengambilan makanan yang lengkap nutrisi yang seimbang, dapat menyediakan kehidupan yang lebih sihat.

Begitu juga dengan produk-produk di dalam set berpantang shaklee terdiri daripada nutrisi yang lengkap yang diperlukan oleh ibu berpantang dan bayi mereka. 


cara merawat bentan
Set berpantang shaklee

Ketahui pengalaman saya menggunakan set berpantang shaklee di sini.


testimoni vitalea shaklee
Testimoni vitalea dan zinc complex set berpantang shaklee

testimoni ostematrix shaklee
Testimoni ostematrix, set berpantang shaklee
*****************************************************

Jika anda ingin mendapatkan vitamin-vitamin di atas, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah. Setiap pembelian,anda akan diberikan konsultasi secara percuma.

call/sms/whatsapp 016 2222 531


NURUL HUSNA (follow saya FB)



Tempoh berpantang adalah tempoh pemulihan buat ibu yang baru bersalin. Namun jika kesihatan tidak dijaga dengan baik, ibu-ibu berpantang...

3 comments:

  1. Tq for the info. Boleh baca nie alang alang dah berpantang sendiri di rumah... boleh hati hati dan jaga jaga...

    ReplyDelete
  2. Urut tradisional
    untuk wanita dan ibu bersalin.
    area sentul dan seluruh kawasan kuala lumpur.
    Hubungi 013-2096836.

    ReplyDelete