10 Petanda Anda Perlu Lakukan Detox Tubuh Segera

5/07/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Cara detoks tubuh

Pembersihan usus dan tubuh daripada toksin dan radikal bebas adalah langkah pertama menangani penyakit kronik. Kadang kala kita pelik kenapa badan kita cepat LETIH, PENAT dan sentiasa LESU dan kadang kala kerap mengantuk walaupun sudah terlebih tidur.

Apabila kita dah tahu apa yang berlaku kepada tubuh kita, mungkin kita boleh mula ambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan dari awal sebelum kesihatan terjejas dan menjadi lebih kronik. Walaupun badan yang banyak toksin ini bukan kes yang serius tapi ianya pencetus kepada masalah yang lebih serius.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT


10 TANDA TUBUH PENUH TOKSIN



1. SEMBELIT


Setiap orang perlu membuang sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak sepatutnya disimpan terlalu lama dalam badan kerana ianya mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, batu karang dan batu hempedu.



2. KEMBUNG PERUT


Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.



3. PERUT BUNCIT


Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan masih normal.

4. SAKIT KEPALA


Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, malah boleh menyerang anda setiap hari. Hal ini disebakan peredaran darah ke seluruh tubuh yang tidak mengalir dengan lancar.



5. LETIH & LESU


Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan, menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.
  


6. MULUT BERBAU


Usus yang kotor dan tidak bersih secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.


7. KULIT KUSAM


Jika masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan, cuba ambil langkah untuk DETOKS bagi membersihkan toksin yang berkumpul di dalam badan terlebih dahulu.



8. KEMARUK MAKAN


Apabila toksin penuh di dalam badan, ia akan menyerap segala nutrien yang anda ambil daripada makanan dan ini akan menyebabkan keinginan makan anda meruap-ruap terutama terhadap makanan yang manis dan bergula.


9. BERAT BADAN BERLEBIHAN


Jika anda dapati berat badan anda melebihi berat badan yang ideal seperti paras GEMUK atau OBESITI, jangan berlengah lagi untuk melakukan DETOKS dengan segera, Jika anda memandang remeh ianya bakal mengundang kepada masalah DIABETES, DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG dan lain-lain lagi. DETOKS segera dan amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat dan merancanglah untuk menurunkan berat badan dengan segera.


10. KURANG BERAT BADAN


Selain obesiti dan kegemukkan, berat badan yang di bawah berat badan ideal juga memberikan petanda bahawa tubuh anda telah menyimpan dan memelihara toksin. Tambahan pula jika keinginan makan yang meningkat tetapi berat badan tidak juga naik Hal ini kerana toksin tersebut telah menyerap segala nutrien dalam badan anda. Dan golongan ini juga tidak terlepas daripada masalah kesihatan yang kronik seperti TEKANAN DARAH RENDAH.

Jika anda mengalami sekurang-kurangnya 5 petanda di atas sudah tiba masanya untuk anda merancang untuk PROGRAM DETOKS. Jika anda masih blur dan tidak pasti tentang CARA UNTUK DETOKS boleh teruskan membaca LINK DI SINI atau hubungi saya 016 2222 531 untuk bantuan dan konsultasi.

KLIK DI SINI UNTUK TEMPAHAN


Pembersihan usus dan tubuh daripada toksin dan radikal bebas adalah langkah pertama menangani penyakit kronik. Kadang kala kita pelik ken...

0 comments: