Macam mana cara nak detoks tubuh yang paling berkesan & selamat

5/03/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

detok untuk kurus

Sejak bulan lepas saya selalu je post mengenai Detoks Tubuh dan kelebihan melakukan detoks ni di Wall Facebook saya (untuk follow saya boleh klik Nurul Husna ye). Di bawah ini antara testimoni mereka yang telah berjaya melakukan detoks tubuh.












Body Age lebih muda daripada usia sebenar



Daripada koleksi testimoni ini dapat kita simpulkan yang dapat memberikan kesan2 yang berikut.




Ternyata detoks sangat bermanfaat kepada tubuh badan kita semua.

Apa itu detoks?

Detoks adalah proses mengeluarkan toksin dalam tubuh melalui urin, pernapasan, tinja, dan keringat dengan menggunakan empat organ utama yaitu, hati, ginjal, saluran pencernaan, dan kulit.

Kenapa kita perlu lakukan detoks?


1. Singkirkan logam berat terutama plumbum & merkuri dari badan.

2. Sucikan organ dalaman dari bahan toksin terutama hati, ginjal dan otak.

3. Perkuatkan bakteria baik dalam usus.

4. Recaj sistem imun.

5. Buang parasit (cacing) yang dah lama menumpang dan serap zat dari badan.



Macam mana cara nak detoks?


Sebenarnya ada pelbagai pilihan untuk detoks. Dan setiap jenis berbeza caranya. Antara pilihan detoks yang boleh anda lakukan ialah;
1. Detoks logam
2. Detoks Parasit
3. Detoks Usus
4. Detoks Hati
5. Detoks Seluruh Badan


1. Detoks Logam


Kita sering terdedah kepada logam berat dalam setiap aspek kehidupan kita;


  • Logam PLUMBUM dari cat rumah, sistem perpaipan dan tanah pertanian.
  • MERKURI dari makanan laut yang sering dicemari merkuri.
  • KADMIUM dari perokok, barang-barang berkadmium seperti bateri dan makanan yang dicemari kadmium.
Sebab itulah kita sering diingatkan untuk membersihkan diri, tangan dan kaki setiap kali pulang ke rumah selepas beraktiviti di luar rumah. Namun apabila logam ini mencemari makanan, tanpa kita sedar logam itu telah pun memasuki tubuh kita. 

Pendedahan terhadap logam boleh memberi kesan kepada;
  1. Sistem saraf utama
  2. Organ dalaman
  3. Sistem endoktrin
  4. Tulang
Cara untuk detoks logam

Ubah gaya hidup

  • Amalkan diet yang tinggi nutrisi dan tinggi kandungan mineral untuk singkirkan logam dari badan.
  • Kurangkan makan ikan yang tinggi merkuri seperti ikan bawal, sebelah dan pari.

Pengambilan suplemen

  • Selenium menghalang pengumpulan merkuri dan menyingkir keluar merkuri dan arsenik.
  • Vitamin C & bawang putih mengurangkan kadar kadmium dan merkuri.
  • Asid folik merendahkan kadar kadmium dan merkuri.
  • ALA membersihkan darah dari logam berat.

2. Detoks Parasit


Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita terdedah kepada parasit yang masuk ke dalam badan kita dengan pelbagai cara.

Parasit memberi kesan buruk kepada kesihatan kita dan simptomnya biasanya sama seperti simptom penyakit-penyakit lain.

Antara simptom jangkitan parasit adalah sering LETIH, LESU, MOODY, SUGAR CRAVING, BLUR dan sebagainya.


  • Cuci buah dan sayur sebersih-bersihnya sebelum dimakan, terutama buah & sayur organik.
  • Elakkan memakan makanan yang diragui kebersihannya.
  • Cuci tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum mengendalikan makanan.
  • Mandi dan cuci anggota badan dengan bersih terutama selepas menggunakan kolam mandi awam.
  • Berhenti atau kurangkan makan makanan pembiak parasit seperti:
  1. Gula putih
  2. Gandum & sumber gluten
  3. Makanan yang diproses
  4. Makanan yang tidak dimasak dengan baik
  5. Makanan ringan
  6. Makanan bergula.

3. Detoks Usus


Usus adalah organ yang terpenting dalam penyerapan zat makanan. Ini kerana zat makanan kita diserap di bahagian usus.

Usus kecil terdiri daripada rerambut halus yang bekerja menyerap nutrien dari makanan kita.

Bayangkan macam mana kalau usus kita kotor? Kerja-kerja penyerapan pun terganggu kan. Oleh itu kita perlu membuat detoks usus agar karat-karat dalam usus boleh dibuang dan zat makanan kita dapat diserap dengan optimum.

Bukan itu sahaja, usus yang kotor menjadikan badan kita tidak sihat.

4. Detoks Hati


Hati merupakan kalenjar terbesar dalam tubuh manusia dan menjalankan pelbagai fungsi. Salah satu fungsi penting hati ialah meneutralkan racun atau zat-zat asing yang masuk ke dalam tubuh kita.

Tubuh kita mengenali keperluannya sahaja - nutrien dan menganggap benda-benda lain termasuk ubat sebagai bendasing dan mungkin 'racun'.

5. Detoks Seluruh Badan


Toksin-toksin bukan je berkumpul dalam organ-organ tertentu bahkan di mana-mana sahaja tubuh badan kita mengandungi toksin. Oleh itu, kita kena juga buat detoks secara berskala untuk buang semua toksin yang bersarang dalam badan kita.

Now, anda dah clear kan keperluan kita melakukan detoks. Kenal pasti di mana permasalahan anda dan kaedah detoks yang manakah yang sesuai untuk anda.

Tandakan checklist di bawah ini untuk membantu anda membuat pilihan terhadap kaedah detoks yang mana harus di beri keutamaan. Klik pada setiap jenis detoks untuk mengetahui jenis lanjut cara untuk melaksanakan detoks tersebut.

Senarai semak detox

Kalau nak lakukan program detoks ni saya cadangkan agar anda lakukan secara berkumpulan sebab barulah ada disiplin yang tinggi di samping dapat berkongsi pengalaman masing- masing. Saya juga membuka peluang kepada 30 orang peserta program detoks setiap bulan.

Jika anda berminat untuk menyertainya anda boleh mendaftarkan nama dengan menghubungi 

0162222531 (SMS/Whatsapp/Telegram) 


Selamat Mencuba & Menuju ke arah Gaya Hidup yang Sihat.

Sejak bulan lepas saya selalu je post mengenai Detoks Tubuh dan kelebihan melakukan detoks ni di Wall Facebook saya (untuk follow saya b...

0 comments: