Cara buang kahak baby dengan bawang putih

6/04/2018 unazack Husna 0 Comments



Bila tiba musim demam, jangan kata budak-budak, bayi dan orang dewasa pun tak terkecuali dijangkiti sama. Paling kesian bila si kecil kena selesema dan batuk..alamatnya mami pun ikut sama tak boleh tidur lena la.

Sebelum ni, semasa anak pertama & kedua Una masih baby...seingat Una diorang tak pernah demam, batuk atau selesema.

Tapi sekecik ni habis pantang terus kena demam, batuk & selesema. Full package !!

Tapi disebabkan tiada ubat untuk bayi, maka kaedah tradisional adalah salah 1 ikhtiarnya.

Teringat Una, arwah mak dulu pernah ajar. Kalau baby kena selesema;

Ambil ibu kunyit.
Sagat di batu lesung.
Dan sapukan batang hidung.

Jika baby batuk dan selesema boleh pulak diamalkan cara ni.

1. Steam & Percussion

Wapkan muka baby dengan bawang putih yang dimasukkan ke dalam air panas.
Hati-hati dengan tangan baby ya. Pegang elok-elok supaya tak terkena air panas tu.

Ada baby yang relaks je bila di steam. Rasa selesa kot. Tapi ada yang menangis.
Sebenarnya lagi bagus kalau baby menangis. Supaya keluar kahaknya.


2. Sapu dengan minyak bawang putih.



Caranya :

Bakar 2 ulas bawang putih hingga nampak tertanggal kulitnya. Tak perlu sampai hangus tau. Biasanya bau bawang putih akan naik bila bakar ni.

Cincang halus ataupun boleh ketuk je.

Letakkan ke dalam bekas dan masukkan olive oil. (Boleh jugak gunakan massage oil shaklee. Campuran beberapa jenis minyak.)



Sapu ke bahagian dada, betis dan tapak kaki.

CHOPPP!
Sebelum tu cuba dulu letak kat bahagian pelipat untuk setengah jam. Nak cek baby allergik tak dengan bawang putih.

Kalau baby ok je, boleh sapu minyak ni kerap-kerap kat baby selepas mandi atau sebelum tidur.

Nota : Kalau masih berkahak juga, jumpa doktor ya. Cara ni bukan menggantikan rawatan doktor ya.

Kena cek dengan doktor jika berterusan.

Kongsikan dengan kawan-kawan korang yang ada anak kecil. Moga membantu.

Love 💖
Una Zack
Mommy of 3 little children

Bila tiba musim demam, jangan kata budak-budak, bayi dan orang dewasa pun tak terkecuali dijangkiti sama. Paling kesian bila si kecil ke...

0 comments: