Resepi roti bakar cheese leleh bersama seafood untuk bento anak-anak

5/23/2015 nurul husna 0 Comments

bento untuk anak

Perghh....nama resepi tak boleh belah..actually hari ni saya nak try buat resepi lain..tapi bila cek kat dapur ada bahan ni je so try olah daripada resepi asal dapatla resepi ni..

Bahan-bahan (resepi untuk 12 pcs)


3 keping roti sandwich
2 biji telur
2 keping keju (yang makan dengan sandwich tu)
4 batang crab stick
1/2 biji bawang holland
Sedikit serbuk black paper


Cara-caranya

1. Giliskan roti menjadi nipis. Kemudian potong bahagian tepi roti. Potong setiap keping roti menjadi 4 bahagian.

2. Sapukan sedikit marjerin pada acuan biskut raya. Masukkan setiap bahagian roti ke dalam acuan biskut raya.

3. Ambil kepingan keju..potong setiap keping keju kepada 6 bahagian. Letakkan setiap bahagian di atas roti dalam acuan tadi.

4. Potong setiap crab stick kepada 6 bahagian. Letakkan 2 potongan crab stik di atas keju dalam acuan.

5. Pecahkan telur..dan buat bancuhan seperti telur dadar..cara saya cuma masukkan 1/2 biji bawang holland yang dipotong dadu dan masukkan pula serbuk lada hitam. Kemudian pukul.

6. Tuangkan sesudu bancuhan telur tadi ke dalam acuan.

7. Bakar dalam mikrowave selama 4 minit.

8. Sedia untuk dingap. Makan panas-panas lagi sedap sebab cheese tu still cair lagi.

Selamat mencuba...

Perghh....nama resepi tak boleh belah..actually hari ni saya nak try buat resepi lain..tapi bila cek kat dapur ada bahan ni je so try o...

0 comments: