Tips penjagaan rambut bagi wanita bekerjaya yang bertudung

5/26/2015 nurul husna 1 Comments

produk penjagaan rambut


Sekarang dah macam-macam gaya bertudung ada dijual di pasaran. Jadi dah ramai wanita Malaysia yang dah berhijrah daripada free hair kini dan mula bertudung. Tapi kebanyakannya selalu abaikan penjagaan rambut.

Sepatutnya bertudung atau tidak perlulah tetap menjaga kecantikan dan kesihatan rambut. Jangan ingat kalau dah bertudung tak perlu berambut hebat.

Sebenarnya wanita bertudunglah yang kena jaga rambut dengan lebih rapi dan menyeluruh. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut.

Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula membasuh rambut tetapi tidak mengeringkan dengan sempurna dan kemudian terus mengikatnya.

Berikut adalah panduan yang bolh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

#1 Tidak perlu mencuci setiap hari


Sebagai wanita bertudung, tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda suka mencuci pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja.


Tak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak kering dengan sempurna dan menyeluruh.

Anda boleh ubah kepada sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan sebaiknya cucilah pada waktu petang sebaik pulang dari kerja. Selebihnya boleh cuci pada hujung minggu. Kemudian biarkan je rambut bebas lepas dan kering secara semula jadi. Tak perlu membungkus.


#2 Pilih kain tudung berfabrik lembut


Cuba bayangkan jika anda bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, berapa lama rambut anda terperap di dalam tudung. Oleh itu, pemilihan tudung dari fabrik yang lembut, contoh seperti bawal dan chiffon.

Elakkan pakai daripada jenis cotton kerana ia memerangkap haba. Jika selesa elakkn memakai serkup. Pastikan anda pin betul-betul supaya rambut tak terkeluar.

#3 Sentiasa merawat rambut


Sebulan sekali periksa jika ada rambut yang bercabang. Kalau anda biarkan rambut akan jadi lebih rosak dan gugur. Jangan sampai nanti merungut pulak rambut makin nipis.
Sebaiknya kalau nampak rambut bercabang, potong sikit bahagian hujung. Nanti rambut akan tumbuh lebih subur dan sihat. Selain itu, boleh gunakan produk khas untuk penjagaan rambut.

#4 Atasi masalah rambut jika ada


Apa pun masalah jangan pandang remeh dan berharap ia akan pulih sendiri. Kalau tak ada bajet yang cukup boleh guna produk yang dijual di farmasi ataupun guna kaedah tradisional yang lebih semulajadi dan organik.
Kadang-kadang masalah rambut bukan sebab tak jaga dengan betul tapi lebih kepada petanda anda ada masalah lain.

Kalau dah selesa dengan sesuatu syampu, teruskan. Semasa mencuci urut kulit kepala, cuci dengan bersih dan keringkan dengan sempurna. Pastikan ia tidak bersimpul-simpul kerana ianya akan menyebabkan rambut mudah rosak.


#5 Berehat dahulu sebelum membersihkan diri


Sebaik sahaja pulang dari bekerja atau beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas. Berehat sekejap dalam setengah jam supaya peluh di kulit kepala betul-betul kering. Seeloknya buka ikatan rambut tu jugak supaya angin boleh meresap dalam kepala.

Sekian 5 tips hasil rujukan saya daripada majalah rapi. Seterusnya ada sedikit rahsia yang ingin saya kongsikan kepada anda.


tips penjagaan rambut
Penyelesaian kepada masalah kelemumur

tips penjagaan rambut
Penyelesaian kepada masalah kelemumur

tips penjagaan rambut
Penyelesaian kepada masalah rambut gugur
tips penjagaan rambut
Penyelesaian kepada masalah rambut gugur

Apakah rahsia kepada penyelesaian masalah mereka ?



produk penjagaan rambut
Set penjagaan kulit kepala dan rambut dari Shaklee

Vitamin untuk masalah rambut


Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi saya;

cara buat bisnes dari rumah


call/sms/whatsapp 016 2222 531

NURUL HUSNA (follow saya FB)

Sekarang dah macam-macam gaya bertudung ada dijual di pasaran. Jadi dah ramai wanita Malaysia yang dah berhijrah daripada free hair ki...

1 comment: