Panduan persediaan untuk berpantang sendiri supaya tak susahkan ibu di kampung

10/19/2015 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 2 Comments



Pengalaman berpantang di kampung dijaga oleh ayah dan kakak ipar selepas bersalin anak sulong rasanya sudah cukup untuk dijadikan panduan buat saya. Jadi selepas bersalin anak kedua saya memilih untuk berpantang sendiri. Selain daripada faktor tak nak berjauhan dengan suami yang jauh di selatan manakala saya di utara, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya membuat keputusan untuk berpantang sendiri.

Dah namanya pun berpantang sendiri, jadi segalanya saya urus sendiri..daripada urusan diri sendiri, anak-anak dan rumah di samping mendapat bantuan suami pada awalnya selama seminggu. Alhamdulillah masa berpantang tu saya diberikan kesihatan yang baik jadi langkah saya tak lah terlalu terhad.

Walaupun berpantang sendiri saya tetap tak ngelat yer. Saya tetap mandi dengan air mandian daun herba (pilihan saya pek mandian keluaran TYT, ada dijual di toko jamu), saya bertungku sehari 2 kali (pagi dan petang), mengurut, berbengkung dan jaga pemakanan. Bab makan ni saya cuma elakkan makanan yang gatal seperti ayam, udang, sotong, ketam, ikan yang bermisai (contoh ikan keli dan ikan ..). Bab ikan bermisai ni mak sedara yang pesan. Jadi ikut jela pesan mak bidan berpengalaman ni.


Ini antara serba sedikit pengalaman saya berpantang sendiri. Walaupun agak kelam kabut sebab selama seminggu kebanyakan masa saya dan suami dihabiskan dengan berulang-alik ke hospital kerana masa tu bayi saya dimasukkan ke NICU.

Mungkin ada di antara 'mak yong' yang sedang membaca entri ini bercadang untuk berpantang sendiri seperti saya. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda beberapa panduan sebagai persediaan menghadapi tempoh berpantang selama 
44 hari.

Tip #1 Cepat dimasak, cepat juga dimakan

Sebelum bersalin, sediakan senarai lengkap menu makanan untuk anda selama tempoh 44 hari berpantang. Pastikan ianya ringkas, senang dimasak dan berkhasiat. Kumpul resepi ibu berpantang dari google atau beli buku khas resepi ibu berpantang.

Simpan barang basah yang sudah dibeli, disiang dan dipotong ke dalam peti ais. Lagi bagus jika disimpan mengikut hari. Jika ada 'mikrowave' lagi senang, kerana anda hanya perlu set je nak kukus atau panggang. Kemudian tinggalkan je.

#2 Peranan suami untuk saling membantu dan menyokong

Pastikan anda telah berbincang dengan suami terlebih dahulu berkenaan keputusan anda untuk berpantang sendiri. Ini kerana suami anda bakal menjadi orang paling penting dan paling kuat pada seminggu pertama selepas bersalin.

Ini kerana selepas bersalin agar sukar jugak nak bergerak, especially jadi suamilah yang bakal menjadi tangan dan kaki anda nanti.

#3 Sediakan jadual harian

Jadual harian semasa berpantang amat penting untuk memastikan anda mendapat rehat yang cukup. Apabila badan mendapat rehat yang cukup, badan akan cepat 'recharge', maka lebih cepat juga bertenaga. Secara tak langsung mempercepatkan luka sembuh dan menggalakkan pengeluaran susu badan.

Jadi anda boleh sediakan jadual untuk mandi, bertungku, mengurut, menguruskan rumah, memasak dan makan. Walaupun kadang kala jadual akan sedikit 'lari' jika si comel anda mula meragam. Namun jadual tersebut boleh dijadikan sebagai panduan. Apa yang penting pastikan anda dapat rehat secukupnya.

Ingat !!! Jangan sesekali pinggirkan anak-anak yang lain dengan kelahiran baru ni. Ajak mereka agar sama-sama mengambil bahagian dalam menguruskan adik baru ini. Contohnya, minta mereka tengokkan si kecil apabila anda sedang mandi, memasak atau bertungku. Tapi jangan lepaskan pandangan anda daripada mereka.

#4 Minta bantuan pengasuh atau jiran terdekat

Minta bantuan pengasuh atau jiran untuk meninggalkan anak sebentar sementara anda dan suami bergegas ke hospital. Bagi anak-anak yang telah bersekolah pastikan kenderaan telah ditempah untuk pengangkutan sementara semasa anda sedang berpantang (jika sebelum itu anda menguruskan segalanya).

Daripada pengalaman saya 2 tahun lalu, saya dan suami bawa je anak yang sulong ke hospital. Tapi saya kena korban sikitlah untuk deliver seorang diri tanpa suami di sisi. Ini kerana, kanak-kanak kan tak boleh masuk labor room jadi suami temankan si kakak di luar.

#5 Bidan atau tukang urut

Pastikan agak-agak sebulan sebelum tarikh deliver anda dah dapatkan tukang urut/bidan supaya tak adalah berlaku last minit baru nak cari. Nanti bidan pergi bercuti la, tak sihat la, jadual dah full la dan lain-lain lagi masalah. Jadi confirmkan siap-siap anggaran waktu supaya mereka pun boleh sediakan peralatan untuk anda.

Berdasarkan pengalaman saya, lagi lambat mengurut lagi sukar susu badan nak keluar. Tapi bila dah mengurut, susu keluar dengan sangat meriah. Siap boleh buat stok ebm lagi.


#6 Set berpantang



Bagi ibu hamil yang dah tunggu hari, selain daripda menyediakan kelengkapan bayi, pastikan anda juga sudah siap sedia dengan set berpantang pilihan anda. Set berpantang berfungsi untuk mengembalikan tenanga dengan PANTAS selain daripada membantu merawat luka dan kesihatan dari dalam.

[Nak tau tips untuk membeli set berpantang yang sesuai agar tidak membazir? Klik DI SINI untuk lebih lanjut.]

Jika anda masih tercari-cari set berpantang yng bersesuaian, saya cadangkan anda mengambil set berpantang shaklee kerana ianya berfungsi 3 dalam 1 (merawat luka, mengembalikan tenaga dan memperbanyakkan susu badan ). Ianya sangat sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun ceaser.

Apa yang terkandung dalam set berpantang ini?




set berpantang shaklee


Testimoni pengguna set berpantang shaklee

Testimoni pengguna set berpantang shaklee


Testimoni pengguna set berpantang shaklee
******************************************************

Rasanya 6 point di atas sudah cukup sebagai panduan persediaan kepada anda. Selain itu persiapkan juga dari segi mental dan fizikal dan juga pastikan emosi dalam keadaan stabil. Jika dalam tempoh berpantang anda tertekan atau stress, anda berisiko mengalami gejala batu meroyan. Jika ini berlaku tidak mustahil untuk anda lakukan perkara-perkara diluar kawalan especially ketika si comel menangis tanpa henti waktu malam. 

Nauzibillahi minzalik. Minta-minta dijauhkan la. 

Pastikan ayat Al Quran sentiasa dimainkan. Ini untuk mengelakkan gangguan syaitan yang boleh menguasai diri anda. Maklumlah pada ketika badan anda yang lemah, dalam keadaan tidak suci dan bersih daripada hadas, senang-senang je syaitan nak dekat.

Jika anda memerlukan sebarang konsultasi dan bantuan berkenaan masalah ketika berpantang, boleh menghubungi saya;

call/sms/whatsapp 016 2222 531

NURUL HUSNA (follow saya FB)

InsyaAllah saya akan membantu anda sebaiknya.

Pengalaman berpantang di kampung dijaga oleh ayah dan kakak ipar selepas bersalin anak sulong rasanya sudah cukup untuk dijadikan pan...

2 comments:

  1. Alhamdulillah terima kasih atas ilmu yang dikongsi,banyak memberi manfaat.

    ReplyDelete
  2. Perkhidmatan urut ibu bersalin normal/czer.
    sila hubungi
    Nur 013-2096836
    Nur 013-2096836
    Nur 013-2096836
    (*perkhidmatan kerumah pelanggan*)
    Area sentul,setapak dan seluruh kawasan kuala lumpur dan area gombak dan area selangor yang berdekatan kuala lumpur.

    ReplyDelete