UBAT VS SUPLEMEN. Perlukah lagi saya ambil suplemen?

10/11/2016 nurul husna 0 Comments


Ramai yang beranggapan kalau sakit makan je UBAT. Boleh sembuh jugak apa. Buat apa nak makan suplemen2 lagi ni?

Oh silap tu...

Ramai yang sebenarnya tak apa beza antara UBAT & SUPLEMEN. Jadi untuk clearkan fahaman ramai tentang UBAT & SUPLEMEN, saya listkan 3 perbezaan BESAR antara UBAT & SUPLEMEN supaya anda lebih jelas tentang peranan dan bagaimana kedua2 nya bertindak.

Perbezaan Pertama

UBAT          

➡Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit.


SUPPLEMENT

➡Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit.

Kalau dulu-dulu memang saya berfikiran negatif sedikit tentang suplemen nie. Buat apa perlu kita makan suplemen kan kalau badan sihat. Kita kan muda lagi untuk telan macam-macam pil tu. Lebih baik jumpa doktor je, cepat sikit sembuh kan. Tu la saya dulu-dulu.

Contohnya, bila kita tak sihat cepat-cepat kita pergi jumpa doktor kan supaya cepat sembuh. Dan semestinya doktor akan kasi UBAT mengikut penyakit kita. Tapi itu dulu...

Sekarang semenjak saya mengamalkan pengambilan suplemen shaklee nie, jarang dah saya nak dapat demam, selesema dan batuk. Kalau demam atau batuk pun, cepat je sembuh sendiri.

Dan yang paling ketara, saya menyusukan sepenuhnya kedua-dua anak saya sehingga 2 tahun. Anak yang sulong saya tidak mengamalkan sebarang suplemen manakala anak yang kedua saya amalkan suplemen shaklee sejak beliau dalam kandungan.

Sememangnya kedua2 nya memang susah untuk dijangkiti demam kalau nak dibandingkan dengan sepupu-sepupu dia yang lain. Tapi si adik sangat jarang sakit dan lebih cepat kebah berbanding kakak jika terkena demam.

Perbezaan Kedua

UBAT

➡Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!

SUPPLEMENT

➡Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita terutama sekali suplemen keluaran Shaklee.

TAPI AWAS!! Ada juga supplement di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang.

Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan ia dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Haa, inilah yang paling membimbangkan apabila kita ambil ubat. Banyak kesan sampingan buruk bila kita ambil ubat kerana dalam ubat mengandungi dadah & bahan kimia berbahaya yang berfungsi untuk melegakan sakit sahaja.

Sebenarnya ubat ada banyak peringkat. Kalau badan kita dah imune dengan ubat yang selalu kita ambil, doktor akan naikkan dosnya pula untuk kesan yang lebih cepat.

Tanpa disedari, ia akan memberi kesan jangka panjang seperti:-

❎kita mudah dapat sakit
❎buah pinggang akan rosak akibat memproses lebihan ubat yang tidak digunakan
❎otak menjadi lembab dan lambat menerima arahan atau penerimaan arahan sukar diikuti

Tetapi kebanyakan suplemen diperbuat daripada bahan semulajadi yang boleh diterima oleh badan kita.

Jadi, ia tidak memudaratkan dan tidak memberi kesan sampingan yang buruk. Terutamanya suplemen dari Shaklee, memang terbukti diperbuat daripada bahan semualajadi dan tidak mengandungi dadah dan bahan kimia berbahaya.

 Telah banyak penyelidikan dari Shaklee untuk menjadikan vitamin dari Shaklee selamat dan terbukti berkesan.

Keputusan daripada LANDMARK STUDY menujukkan tahap kesihatan pengguna vitamin shaklee jauh lebih baik daripada pengguna vitamin jenama lain & mereka yang tak mengamalkan sebarang suplemen.

Contohnya Vivix daripada Anggur Muscadine, Collagen dari sisik ikan merah, ESP daripada kacang soya, Herblax daripada Daun Senna, Omegaguard daripada minyak ikan laut dalam, dan lain-lain lagi.


Perbezaan Ketiga

UBAT

➡Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit.

SUPPLEMENT

➡Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari.

Ubat berasaskan dadah kebanyakkannya hanya untuk menutup kesan penyakit. Ini kerana fungsi dadah dalam ubat tersebut hanya sebagai ubat tahan sakit (pain killer).

Contohnya bila kita demam, kita akan ambil paracetamol. Kalau kita selidik, punca kita demam adalah disebabkan imunisasi badan kita yang lemah, dan paracetamol bukan untuk meningkatkan imunusasi kita tetapi hanya mengawal penyakit kita sahaja.

Tapi berbeza dengan supplement, ia mengandungi segala protein, vitamin, minerals yang PERLU ADA DALAM SEL BADAN kita untuk berfungsi dengan baik. Kalau badan kurang vitamin, kita boleh sakit atau kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

 Bila kita ambil suplemen, kebarangkalian untuk mendapat penyakit yang sama adalah rendah kerana kita dibekalkan dengan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Akan tetapi, suplemen bukanlah pengganti makanan, suplemen adalah pelengkap makanan. Jangan nanti bila dah ambil suplemen, xmakan nasi bagai pulak kan.

Suplemen akan mengisi lompang-lompang nutrien di dalam badan kita yang mana kita tidak perolehi daripada akibat pengambilan makanan yang tak sihat dan seimbang.

Saya berharap agar 3 point ni cukup untuk mengubah pandangan anda terhadap betapa pentingnya mengamal suplemen walau siapa & berapa usia kita.


Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee atau ingin mendapatkan sebarang produk shaklee , anda boleh menghubungi saya;

call/sms/whatsapp 016 2222 531

NURUL HUSNA (follow saya FB)

Ramai yang beranggapan kalau sakit makan je UBAT. Boleh sembuh jugak apa. Buat apa nak makan suplemen2 lagi ni? Oh silap tu... Ramai ...

0 comments: