RAHSIA ULAM-ULAMAN YANG MENJADI KEGEMARAN ORANG KAMPUNG

10/24/2014 nurul husna 1 Comments

SIAPA DI ANTARA ANDA YANG SUKA MAKAN ULAM-ULAMAN?


Sebenarnya zaman sekarang ulam-ulaman bukan je menjadi kegemaran orang kampung, mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Saya pun suka makan ulam. Orang bandar pun suka makan ulam. Dan bukan orang melayu je yang suka makan ulam tapi orang cina pun dah menggilai ulaman.

Bagi yang dah biasa makan ulaman seperti petai, jering, rebung, ulam raja, pegaga, pucuk ubi, timun, kacang botol, cekur manis dan pelbagai ulam lagi sure sedap kalau dapat cicah dengan sambal belacan, sambal tempoyak, cencaluk, ataupun budu pastu makan pulak dengan nasik panas.

kesihatan semual jadi


Untuk pengetahuan anda yang tak kenal atau belum cuba ulam, sayuran dipanggil ulam-ulaman ini terdiri daripada pelbagai bahagian tumbuhan bermula daripada pucuk, daun, batang, biji, buah, umbut dan sehinggalah ke bahagian bunga boleh dimanfaatkan dalam diet seharian.

Sudah pasti anda tahu bahawa ulam cukup sinonim dengan kesihatan kerana ianya mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat yang baik untuk kesihatan, bahkan kebaikannya turut mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar pemakanan antarabangsa.

Ulam-ulaman ini jika dimakan secara mentah, atau dicelur, stim dan rebus tidak terlalu lama demi mengekalkan kandungan galian seperti garam mineral dan vitamin iaitu natrium, zat besi, kalsium dan galium.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu akan kebaikan memakan ulam-ulaman atas faktor masyarakat yang hidup di zaman serba ringkas di mana semua perkara boleh diperoleh melalui jalan singkat termasuklah aspek kesihatan.

Ulam makanan segar dan semula jadi


Kita digalakkan untuk memakan makanan yang segar dan semula jadi kerana makanan yang tidak dicampur aduk dengan bahan-bahan lain akan mengekalkan zat yang terkandung di dalamnya.

Mempengaruhi kesihatan individu


kesihatan semulajadi
Secara tidak langsung, ulam-ulaman dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu selain memainkan peranan penting dalam perubatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf beberapa jenis ulam yang boleh menjana kecerdasan berfikir bagi membantu kanak-kanak selain membantu proses peredaran darah dan menambah baik kesihatan kulit atau awet muda.

Pembuka selera


Amalan memakan ulam-ulaman juga didapati mampu membantu membuka selera dan meningkatkan selera makan selain mudah diperoleh dan senang dimasak jika mahu memakannya secara mentah.

Nantikan kupasan saya berkaitan ulam-ulaman kampung dan manfaatnya untuk kesihatan dalam entri seterusnya.

SIAPA DI ANTARA ANDA YANG SUKA MAKAN ULAM-ULAMAN? Sebenarnya zaman sekarang ulam-ulaman bukan je menjadi kegemaran orang kampung, mak c...

1 comment:

  1. Sebenarnya zaman sekarang ulam-ulaman bukan je menjadi kegemaran orang kampung, mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Saya pun suka makan ulam. Orang bandar pun suka makan ulam. Dan bukan orang melayu je yang suka makan ulam tapi orang cina pun dah menggilai ulaman.

    Bagi yang dah biasa makan ulaman seperti petai, jering, rebung, ulam raja, pegaga, pucuk ubi, timun, kacang botol, cekur manis dan pelbagai ulam lagi sure sedap kalau dapat cicah dengan sambal belacan, sambal tempoyak, cencaluk, ataupun budu pastu makan pulak dengan nasik panas.

    ReplyDelete