Cara bantu bayi menyusu inverted nipple

1/03/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Semakin hari apabila mami belajar tambah ilmu tentang penyusuan semakin mami kagum dengan ciptaan seorang wanita..secara tak langsung rasa beruntungnya jadi wanita.

Dahla diuji dengan penatnya mengandung selama lebih 9 bulan...belum lagi kira kena alahan & morning sickness..habis 9 bulan hamil kena hadapi sakitnya bersalin pulak..ada yang diuji sakit yang sekejap. Tak dan setengah jam menahan sakit baby pun dah keluar..ada yang berhari-hari kena tanggung sakit..ada yang langsung tak sakit..sedar-sedar baby dah keluar.

Dah setel bab bersalin kena pulak berpantang 40 hari..ada yang sampai 100 hari.. Diuji pulak dengan masalah susu badan yang sikit atau tak keluar langsung..ada pulak susu meriah sampai bengkak susu pulak.



Macam cara Allah nak bagi pahala pada kaum wanita..tapi wanita jugaklah yang paling ramai menghuni neraka.

Bila bercakap tentang masalah penyusuan bukan je isu susu badan sikit atau kering..ada jugak yang mengalami puting tenggelam..sampaikan boleh guna sebelah je sebab sebelah lagi puting tenggelam.. kalau yang alami dua2 belah tenggelam..macam mana pulak.. sudu badan banyak tapi baby tak boleh hisap..jenuhlah nak kena tahan sakit bengkak susu..

First time mami dapat tau pasal puting tenggelam @ inverted nipple..heran jugak mami..kesian pun ada..yelah susu badan ada tapi tak boleh menyusukan bayi..

Bagi yang kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu...mungkin akan ambil keputusan berikan bayi susu formula je..yelah ibu masa yang sanggup tengok anak menangis sebab lapar.

So untuk kali ni mami nak share sedikit ilmu yang mami dapat...bagaimana ibu yang mempunyai masalah 'inverted nipple' ni boleh bantu bayi anda menyusu susu badan selengkapnya.

Di bawah ni saya kongsikan 3 cara bantu bayi menyusu 'inverted nipple'

1) PASTIKAN LEKAPAN BETUL

Proses ni perlukan kesabaran yg tinggi. Sebab boleh jadi baby dah boleh latch dengan baik, tapi sebab tak ada puting so mulut dia "tergelincir" semula daripada breast.

Bila bayi dah start merengek, jangan paksa utk terus latch pada breast. Pujuk dulu supaya dia tenang. Sebab bila kita paksa, seolah-olah ibu buatkan dia fikir yg penyusuan ni susah. So that dia akan start mengamuk nanti.

Kalau ibu yang stress sebab dia susah nak hisap, ibu rest dulu dan tangguhkan dulu sesi penyusuan sampai ibu tenang semula. Banyakkan minum air suam supaya ibu lebih tenang.

Antara posisi utk lekapan yang betul seperti cross cradle, football hold.



Ataupun, buat cara ni:
✔letak anak atas lantai/tilam
✔ibu seperti posisi merangkak
✔rendahkan badan ibu supaya breast "jatuh" ke arah mulut bayi
✔dengan bantuan graviti, lebih banyak tisu payudara ibu dapat masuk mulut baby
✔bila bayi dah start hisap, betulkan posisi ibu perlahan2 supaya lebih selesa

Pegang breast dalam bentuk U atau bentuk C

Bentuk U

Bentuk C

Ibu kena ajar baby latch dalam keadaan ibu dan baby kedua-duanya bertenang.

Buat skin to skin. Ibu jangan pakai bra, manakala baby tak pkai baju. Then bagi baby melekap kat badan ibu...Explore breast ibu sendri..

2) MULAKAN PENYUSUAN SELEPAS BERSALIN DAN LAKUKAN SECARA KERAP

Start daripada hari 1st bersalin, dah perlu start ajar baby hisap sebab time ni breast masih lembut dan lebih mudah utk baby hisap.

Tempoh dlm pantang masih tempoh selamat utk cuba dan cuba. Sebab time ni la baby boleh tau nipple kita sebelum dia nipple confusing.

3. TIMBULKAN PUTING UTK LEKAPAN

1. Ransang puting sebelum menyusu

3.1) guna picagari (home made)


-guna syringe yg boleh isi 10 atau 50ml
-keluarkan pelocok (plunger) daripada picagari
-potong bahagian hujung supaya rata
-masukkan balik pelocok tu pada bahagian yang dah dipotong
-hujung yang satu lagi (yang tak dipotong) diletakkan kat puting yang tenggelam dan tarik pelocok tu
-so sedutan tu akan tarik puting yang tenggelam

2. Titiskan susu pd puting: supaya baby fokus pd nipple kita

3. Gunakan pam atau alat sedutan khas

3.1 Guna pam

-Gunakan electric double pam sebab suction dia sekata utk dua2 breast

3.2 Guna breast shell

-ada 2 bahagian, 1 ada lubang dan 1 bahagian lagi bentuk kubah separuh bulat
-letak pada breast, nipple kita masukkn ke dalam lubang bukaan tu
-bahagian kubah tu letak pada bahagian rata untuk elakkan puting kena bra
-pakai breast shell dalam bra. Tekanan pada nipple akan longgarkan tisu-tisu di sekeliling nipple dan bantu supaya timbul
-pakai tengah2 antara sesi penyusuan utk lebih berkesan

3.3 Guna nipple shield


-mudahkan baby hisap. Tapi kena carik nipple shield yang sesuai dengan saiz nipple kita. Kalau puting besar tapi nipple shield kecik pun tak boleh jugak.
-lepas dah letak, pastikan baby hisap dengan betul dan lekapan pun betul
-kalau baby dah pandai hisap, slowly tanggalkan nipple shield

*Baby's are breastfeed, not nipple-feed*

Ada kesan sampingan kalau guna nipple shield ni:
-bayi mungkin tak dapat cukup susu
-bayi mungkin tak nak menyusu kalau tak ada shield ni
-susu ibu boleh berkurang sebab ransangan melalui breast shield tak sebaik ransangan dengan kulit baby

Saya percaya, boleh boleh breastfeed dgn baik.

Cuma ianya sgt perlukan kesabaran yg tinggi, perlukan support dari suami dan family, then perlukan mind set yg positive and always positive!😘

Semoga berjaya...

Breast feed Support Team
Nurul Husna
0162222531

Semakin hari apabila mami belajar tambah ilmu tentang penyusuan semakin mami kagum dengan ciptaan seorang wanita..secara tak langsung ...

0 comments: