Epidural vs Entonox (Ubat pelali untuk kurangkan sakit bersalin)

5/27/2018 unazack Husna 0 Comments

Sakit bersalin adalah sakit kedua paling sakit selepas sakit ketika dicabut nyawa semasa mati.

Katanya sakit bersalin di ibaratkan seperti 20 tulang patah serentak. Tapi bagi Una biarlah rasa sakit bersalin berbanding sakit tulang patah. Sebab sakit bersalin seketika je. Lepas baby keluar hilang la semua sakit.

Nak dibandingkan dengan sakit patah tulang atau sakit gigi...ianya berlarutan. Dah la diluar kawalan..tak ada sebarang cara boleh dilakukan untuk hilangkan sakit tu melainkan dengan ubat tahan sakit je.

Tapi tak semua orang mampu menghadapi rasa sakit contraction semasa bersalin.


CARA MENGURANGKAN RASA SAKIT CONTRACTION TANPA SUNTIKAN EPIDURAL

Sebab itulah ada ramai yang memilih untuk mengambil ubat pelali.
Biasanya epidural dan entonox la yang biasa diberikan kepada ibu-ibu untuk bantu kurangkan rasa sakit bersalin tu.

Apa beza epidural dan entonox ni?

🌻Epidural

Suntikan ubat pelali disuntik ke kawasan tulang belakang ketika melalui proses bersalin normal dan secara czer jugak.

Cara yang paling berkesan untuk hilangkan rasa sakit.

Kesan sampingan;

Ramai ibu yang berkongsi mengalami sakit pinggang/belakang yang berkekalan walaupun baby dah pun besar.
Tapi bukan semua. Ada yang tak alami kesan sampingan pun.

CARA MENGHILANGKAN SAKIT PINGGANG KESAN EPIDURAL

Menurut kata salah seorang ibu yang berpengalaman diberikan epidural, semasa suntikan epidural diberikan ibu hendaklah duduk dalam keadaan diam. Jangan bergerak !! Barulah tiada sebarang kesan sampingan.

Lagipun epidural memang tiada kesan sampingan pun.

🌻Entonox

Merupakan gas pelali atau ada yang panggil gas ketawa.
Tapi tak la lepas ambil gas ni terus akan ketawa terbahak-bahak. 😂😂

Merupakan campuran gas oksigen dan nitrous oksida.

Nama pun gas jadi kena sedut guna topeng muka la.
Kesannya sementara je..dalam 10-15 saat.
Lepas tu bila tak tahan sakit contraction
Sedut lagi.

Kesan sampingan;
❌masalah loya
❌pening
❌mengantuk

Tapi masalah nya bila lali @ lalok..tak rasa sakit contaction..ibu-ibu akan kurang meneran.

Bagi ibu-ibu yang berpengalaman, ramai yang memilih epidural berbanding entonox kerana ia memberikan kesan ubat pelali dalam tempoh yang lama. Ini kerana entonox kena sedut berulang kali. Kesannya menyebabkan rasa loya dan nak muntah.

So yang mana pilihan anda?

Sakit bersalin adalah sakit kedua paling sakit selepas sakit ketika dicabut nyawa semasa mati. Katanya sakit bersalin di ibaratkan seperti...

0 comments: