5 Tips Hadapi Perjalanan Panjang Balik Kampung Bersama Anak Kecil

5/30/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Lagi 2 minggu, seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Bagi perantau macam Una mesti akan balik pulang ke kampung.

Perjalanan sekurang-kurang nya 7 jam dari Johor ke Perak bukan 1 jangka masa yang pendek. Ada anak kecik lagi berdouble-double lama la rasa perjalanan nya. Kalau jem lebih 12 jam perjalanan pun tak mustahil.

Bila anak-anak bosan sebab terlalu lama dalam kereta, mula la diorang hilang sabar dan buat kerenah dengan bergaduh, mengamuk. Bila anak-anak dah start buat kerenah mula la mak boleh bertukar jadi The Hulk. Akhirnya suasana excited nak balik kampung bertukar jadi perang dunia ketiga.

Bila anak teruna dah bosan, mula la memanjat, bergayut.



Apa kata kita tukarkan perjalanan yang panjang ni kepada sesuatu yang enjoy untuk dilalui.

Oleh itu Una share kan 5 Tips  Hadapi Perjalanan Panjang Balik Kampung Bersama Anak Kecil Supaya Mak Tak Jadi Hijau.

1. Mulakan perjalanan awal pagi

Sebaiknya mulakan perjalanan anda di awal pagi. Sebaik je lepas subuh. Masa ni anak-anak tidur lagi. Yang kecik tu angkat je terus masuk kereta.

Kalau diorang tersedar nanti dah pun separuh perjalanan (jika tidak jem).

2. Bawak bekal makanan

Sekiranya jem di highway atau di hentian, dah tak perlu berhenti singgah di hentian untuk beli makanan untuk anak-anak jika anak mengadu lapar or dahaga.

Atleast dapat kurangkan masa untuk beratur cari parking di hentian rnr.

Perhatian : Jangan bekalkan dengan jajan atau makanan/minuman manis. Ini akan menyebabkan anak anda jadi terlebih aktif.

3. Ambil masa untuk refreshing

Berhentilah untuk berehat. Jika pagi tadi anak belum mandi. Ambil masa ni untuk mandi membersihkan diri, makan. Dan kalau sempat boleh solat siap-siap. Biasanya akan ambil masa sekurang-kurang 1 jam.
Jika ada taman permainan, luangkan masa seketika untuk mereka enjoy masa mereka dengan bermain.

Jangan biarkan anak bermain tanpa pengawasan !!

4. Bonding time

Ambil masa di dalam kenderaan ini dengan bina bonding time dengan anak-anak. Ajak mereka berbual-bual. Tanyakan tentang perkembangan di sekolah. Dengarkan luahan hati mereka.

Bagi anak-anak yang baru nak belajar membaca, boleh uji bacaan mereka dengan tulisan di signboard di sepanjang perjalanan.

5. Jangan sogok dengan gadget

Elakkan berikan gadget kepada anak-anak untuk mereka penuhi masa di sepanjang perjalanan. Kalau terpaksa pun ianya hanya last choice untuk sogok/pujuk anak-anak jika anda dah habis ikhtiar atau untuk atasi mereka buat kerenah @ protes. Dan kalau terpaksa beri mesti bersyarat.

Samada boleh tengok 1 video je di youtube. Atau boleh bermain games dalam masa 15 minit sahaja.

Love 💝
Una Zack

Lagi 2 minggu, seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Bagi perantau macam Una mesti akan balik pulang ke kampung. Per...

0 comments: