Produk untuk elakkan serangan gastrik di bulan puasa paling mujarab

5/24/2018 unazack Husna 0 Comments

Gastrik ni dah macam penyakit paling biasa dialami oleh setiap orang. Sampaikan bila sakit perut sikit je terus kata gastrik. Serangan gastrik yang paling teruk boleh sampai masuk hospital

APA ITU GASTRIK?

Terbahagi kepada dua jenis:

1. Gastritis – keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut

2. Ulser perut atau peptic pada lapisan sel yang lebih dalam

Senang cerita, gastrik ni terjadi bila ada keradangan pada dinding perut atau bila terjadinya ulser

Secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai ph 1 hingga 2, yang berfungsi untuk pencernaan makanan. (Tinggi pH nya...nampak sang

Sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik yang sangat kuat ini

Kalau nak tahu, asid hidroklorik ni kalau terkena tangan boleh menyebabkan kulit terhakis

Asid hidroklorik (jus usus) akan dirembeskan apabila terdapat makanan untuk memulakan proses pencernaan

Gastrik terjadi apabila tiada keseimbangan di antara kuantiti rembesan asid dengan kekuatan lapisan mukosa

Jika lapisan mukosa tersangat lemah, ulser boleh berlaku kerana asid hidroklorik sampai ke sel dan menyebabkan keradangan

SIMPTOM

📌 ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan

Faktor Penyebab Gastrik

📌 Makanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak, seperti kafein, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan alcohol.

📌 Pengambilan ubat tahan sakit yang kerap dalam tempoh masa yang lama, termasuklah aspirin.

📌 Asap rokok boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan mukosa.

📌 Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori) yang berupaya melemahkan lapisan mukosa.

📌 Tekanan kerja atau stress yang melampau, termasuklah tekanan peribadi dan sosial.

RAWATAN GASTRIK

Doktor akan memberikan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus, selain daripada ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.

ADAKAH PESAKIT GASTRIK BOLEH BERPUASA?

Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadhan kerana tak makan dan ini menyebabkan tahap asid dalam badan meningkat.

Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun. Jadi masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.

Melainkan jika pesakit diserang gastrik akibat jangkitan bakteria Helikobakter pilori.

Sebabnya gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.

Mereka yang ada gastrik tetap boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana

BAGAIMANA MENCEGAH GASTRIK BERLAKU ATAU BERULANG?

✔ Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan atau berhenti merokok.

✔ Tidak mengambil minuman beralkohol dan berkarbonat.

✔ Hindari stress yang melampau.

✔ Kurangkan makanan yang berempah dan pedas.

✔ Minum air kosong dengan banyak.

✔ Jaga waktu makan, elakkan makan lambat atau biarkan perut kosong terlalu lama.

✔Supplement dapat membantu untuk membetulkan fungsi tubuh badan kita yang banyak terjejas dan terganggu akibat gaya hidup kita yang tidak sihat selama ini, dan menampung kekurangan zat dan nutrisi di dalam badan.



Fungsi Set Gastrik Shaklee

1. Vivix
- Bertindak dgn 4 mekanisma utama penuaan selular. Membantu membina sel-sel di dalam badan dan organ supaya kesihatan menjadi optimum.

2. ESP

Perut orang yang gastrik adalah disebabkan oleh asid hidroklorik yang menghakis dinding-dinding perut, selalu juga ia memeritkan perut. Kandungan protein yang tinggi didalam ESP sangat-sangat membantu dalam membaiki sel-sel yang telah rosak pada dinding-dinding perut . Tiada lagi hakisan berlaku lantas ia akan memberi keselesaan pada perut anda.

Penghidap gastrik tidak digalakkan meminum susu. Namun, memerlukan sumber makanan tambahan yang mudah hadam dan mengenyangkan serta dalam masa yang sama memberikan tenaga untuk berpuasa. ESP mampu 'melapik' perut agar kenyang dalam jangkamasa yang lama.

3. Ostematrix

Kandungan kalsium , magnesium dan vitamin D mampu meneutralkan asid yang terkandung didalam perut. Apabila perut sudah di neutralkan maka rasa pedih hulu hati akan hilang dan memberi keselesaan pada perut.

4. Peppermint Ginger Plus

Membuang angin yang berada didalam badan secara berkesan disebabkan dengan kehadiran halia yang terkandung didalam peppermint complex shaklee ini. Ia akan memberi kelegaan pada badan.

5. Bcomplex

Selalunya sel saraf pada perut akan alami ketegangan. Maka dengan pengambilan Bcomplex ia akan mengurangkan ketegangan saraf tersebut.

6. Omega Guard

Membantu mengelakkan saluran perut & usus daripada terkena ulser atau keradangan

7. Alfalfa complex

Mengurangkan kadar keasidan & inflamasi bagi mengelakkan rasa pedih perut.

Kena ingat, kita amal supplement dari sekarang untuk elak dari jadi lagi teruk.

Jika kita jaga makan, jaga lifestyle, amal supplement, insyaAllah gastrik nak datang pun takut.

Gastrik ni dah macam penyakit paling biasa dialami oleh setiap orang. Sampaikan bila sakit perut sikit je terus kata gastrik. Serangan gastr...

0 comments: