Resepi kari ikan dan daging yang gerenti sampai hirup kuah

5/25/2018 unazack Husna 0 Comments

Resepi kari daging

Dah lama Una tak share resepi dengan readers semua. Kali ni Una nak share resepi yang masakan yang jadi feveret anak-anak dan suami.

Seminggu pertama puasa ni boleh dikatakan selang sehari diorang request nak kari.
Tak kari ikan, kari daging.
Tak daging, kari ayam.

Resepi kari ikan/daging dan ayam ni tak sama macam resepi biasa yang campuran rempah ratus.
Yang ni style Una sendiri.
Resepi kari bujang. Hahaha..

Apasal panggil kari bujang?

Sebab nya kari daging ke, ayam ke, ikan ke..
Sama je cara masaknya.
Bahan-bahan pun sama je.
Rempah pun sama.
Cuma hiasan je sedikit berbeza.
Tapi biasanya Una hias guna apa yang ada je.
Hahaha..

Kalau orang-orang tua baca ni gerenti diorang cakap resepi derhaka.

Derhaka ke tak derhaka ke tak tau la.
Sebab Una tak pernah belajar masak kari.
Selama ni belajar sendiri je.
Bila nampak betapa anak-anak dan suami suka bila buat macam ni.
So Una kekalkan resepi ni.

Ok..cukuplah membebel.

Kita proceed kepada resepinya;

Bahan-bahan diperlukan;


250 gram daging/ayam
(1 ekor ikan bawal atau kepala ikan merah)
2 tangkai daun kari
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia (untuk daging & ayam sahaja)
*3 sudu rempah kari daging (Una biasa guna brand adabi)
*3 sudu santan kotak
Air asam jawa (untuk kari ikan je)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan hiasan seperti bendi, kentang, tomato

(Bahan bertanda * biasanya Una agak-agak je)

Cara-caranya;

1. Sediakan bahan seperti dalam gambar. (Daun kari, kulit kayu manis & bunga lawang lupa nak masukkan sekali.


2. Panaskan kuali/periuk untuk menumis.
Bila minyak dah panas masukkan daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.



3. Bila daun kari dah naik bau, masukkan pulak bawang merah, putih dan halia.
Tumis sampai agak-agak nak garing. Jangan sampai hangit pulak.


4. Bancuh rempah kari dengan air. Jadikan pes. Masukkan dalam kuali tumisan tadi. Masak rempah sampai pecah minyak.



5. Masuk santan. Perlahankan minyak. Masak sampai santan jadi naik minyak. (Rupanya nanti macam ala-ala kerisik. Jadi ketul-ketul)


Masukkan air.
Untuk kari daging boleh letak banyak air. Sebab daging kan lambat empuk. Tapi kalau guna daging batang pinang jangan letak banyak air.

Bila daging dah empuk boleh masukkan kentang.
Untuk kari ayam boleh masukkan ayam sekali dengan kentang.

Kalau kari ikan boleh letak bendi sekali dengan ikan.



6. Agak-agak kuah dah pekat macam yang korang suka. Boleh masukkan tomato dan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.

Kari daging dengan kentang.

Kari ikan kosong.😊

Sedap sangat kalau cicah dengan lempeng, capati, jemput-jemput atau roti.

Kawan-kawan Una pun excited benar bila anak-anak diorang makan kari sampai licin.



Korang cubalah. Nanti share feedback kat komen yer.

SELAMAT MENCUBA !!

Dah lama Una tak share resepi dengan readers semua. Kali ni Una nak share resepi yang masakan yang jadi feveret anak-anak dan suami. Se...

0 comments: