Resepi kek pisang bersama mealshakes shaklee guna blender je

5/31/2018 unazack Husna 0 Comments


Seumur hidup Una ini adalah first time Una buat kek pisang. Una ni jenis malas nak membaking sebab persediaan nya renyah sangat. Nak timbang la. Nak ayak la.

Lagi malas nak kemas peralatan yang penuh sinki tu balik. Tapi disebabkan dah berkali-kali anak sulong request buat kek pisang, so Unq buatkan jugaklah.

Rupanya senang sangat. Bahan-bahan pun yang memang ada kat dapur je. Dan kalau korang sejenis 'spesis' macam Una, korang wajib try resepi ni. Gerenti sekelip mata je anak dan suami habiskan.


So ini resepi yang korang wajib try. By the way sukatan resepi ini untuk 7 biji saiz cupcake.

Bahan-bahannya;


1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/3 cawan minyak masak
1/4 cawan mealshake shaklee
4 biji pisang berangan
1 bijik telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu baking powder


Cara-caranya;

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai sebati.

2. Masukkan ke dalam bekas cupcake sehingga 3/4 daripada bekas tu.

3. Ambil sebiji pisang, potong dan letak di atas sebagai hiasan seperti dalam gambar.

4. Bakar dengan suhu 160°C selama 15 minit. (Una bakar dalam air fryer)

SIAP !!!

Seumur hidup Una ini adalah first time Una buat kek pisang. Una ni jenis malas nak membaking sebab persediaan nya renyah sangat. Nak tim...

0 comments: