15 kelebihan memberikan susu ibu berbanding susu formula

5/08/2017 nurul husna 0 Comments

Kelebihan susu ibu kepada ibu dan bayi

Dah hampir setahun Una join group whatsapp Geng Ibu Menyusu.
Walaupun secara praktikal nya Alhamdulillah Una dah pun berjaya menyusukan kedua-dua anak (insyaAllah hujung tahun ni tambah lagi sorang..doakan yer kawan-kawan)...

Sepanjang 'duduk' dalam group tu baru la Una tau rupanya ada ramai ibu-ibu di luar sana diuji dengan tiada rezeki menyusukan anak.
Kerana air susu kering @ tiada walaupun dah macam2 ikhtiar dilakukan..
Tak kurang jugak yang tiada ilmu tentang penyusuan..maka usaha untuk berikhtiar memperbanyakkan susu tak dilakukan.


Alhamdulillah dengan perkongsian ilmu daripada group tu..
Ada sebahagian ibu-ibu yang nekad untuk menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun setelah pengalaman anak pertama mereka yang agak pahit.
Una betul-betul kagum dengan semangat diorang.

Beberapa hari lepas ada seorang ibu yang mengadu mendapat tentangan daripada keluarga sebelah suami apabila beliau beriya nak susukan anak sepenuhnya walaupun bekerjaya.
Diusung breast pam ke mana sahaja demi nak kumpulkan stok ebm untuk bayinya.
Tapi ada suara-suara sumbang;

"Tak menyusahkan ke?"
"bagi jela susu tepung tu haa, anak lagi kenyang tak meragam".
"Senang nak kemana2".
"susu tepung tu sama je bagusnya dengan susu badan"
"tak leceh ke bawak ebm"
"tak sakit ke dok perah susu tu, tak sayang bentuk cik 'b' ke"
"ala zaman korang kecik2 pun nenek jaga bagi je susu tepung sihat je korang sampai sekarang" 

Disebabkan kata-kata macam ni la tak ramai ibu-ibu yang kuat untuk susukan sepenuhnya bayi mereka.
Waktu ni la encik suami kena mainkan peranan.
Tolong tenangkan hati si isteri.
Si isteri dah berkorban untuk kurangkan bebanan suami.

Una sendiri dengar pun rasa stress..
Apatah lagi kalau tuan badan sendiri.
Atas sebab itu Una ajak geng ibu untuk listkan apa manfaat yang diorang dapat selama diorang menyusukan bayi.
Atleast yang mana masih dalam proses rasa excited dan brsemangat nak teruskan misi.

Antara kelebihan yang mereka tolong listkan....

Menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya dapat;

1. Jimat masa & wang

2. Antibodi ank lagi kuat

3. Mengeratkan hubungan ibu & anak

4. Takde gaduh laki bini sapa kena bangun malam bancuh susu hee..

5. Tiada masalah susu tidak serasi

6.kl Kurangkan risiko kanser payudara

7. Kalau yang housewife menyusu direct je jimat tak payah beli botol, sabun cuci botol dan lain-lain.

8. Husband bantu buat kerja rumah, sebab wife busy berkepit menyusukan anak.

9. Boleh kuruskan badan sebab setiap kali menyusu 500kcal digunakan. Yang penting makan kene jaga.

10. Menggalakkan ibu makan yang seimbang demi anak.

11. Ibu tak boleh nak pakai baju ketat2 dah. So sekaligus Menggalakkan ibu pakai baju longgar dan tutup aurat

12. Ibu bole tumpang rehat masa baring susukan bayi.

13. Anak tak sembelit.

14. Cantikkan kulit anak.

15. Kurang kan ekzema anak.

Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak dapat tingkatkan semangat ibu-ibu sekalian.

Kelebihan susu ibu kepada ibu dan bayi

Dah hampir setahun Una join group whatsapp Geng Ibu Menyusu. Walaupun secara praktikal nya Alhamdulillah Una dah pun berjaya menyusukan ...

0 comments: