Siapakah Ainul Mardhiah?

5/21/2017 nurul husna 0 Comments

Bidadari syurga paling cantik


Alang2 dalam mood gema gegar vaganza...
Terexcited lak nak cite kisah pasal ainul mardhiah.
Tadi UNIC cerita versi ringkas sangat sebab kejar masa kot..

Cite ni pun Una dengar dalam tanyalah Ustazah yang disampaikan oleh Ustazah Nor Arbaayah..

Kisah nya lebih kurang macam ni la.
Kalau ada terkurang or terlebih minta maaf siap2 yer..
Sekadar nak naikkan semangat wanita2 untuk jadi ketua bidadari syurga..

Pada suatu hari. Rasulullah bercerita tentang ganjaran untuk mereka yang mati syahid.
Salah satunya mereka akan duikurniakan seorang bidadari syurga yang bernama Ainul Mardhiah.
Si pemuda teringin nak tau pasal Ainul Mardhiah ni..
Tapi beliau malu..


Sementara menunggu zohor..
Rasulullah bersama-sama para sahabat tidur sebentar (qaillullah)..
Dalam tidur tu si pemuda bermimpi bertemu ainul mardhiah di syurga...

Dalam syurga tu si pemuda nampak seorang gadis di bawah sepohon pokok..
Kecantikan gadis tu berkali-kali ganda lebih cantik daripada mana2 gadis yang pernah beliau lihat di dunia..

Beliau mendekati gadis..
"kamu ke ainul mardhiah?."

"Bukan..saya qadam nya..ainul mardhiah ada di atas singgah sana"

Si oemuda pun berjalan ke arah singgah sana yang di perkatakan...
Di situ beliau bertemu dengan seorang..
Kecantikan gadis tu berkali-kali ganda lebih cantik dari gadis yang tadi..

Beliau mendekati gadis..
"kamu kah ainul mardhiah?.."

"Bukan..saya pembantu nya..ainul mardhiah ada di sana" sambil tunjuk ke arah sebuah istana.

Si pemuda berjalan ke arah istana tersebut.
(saya tak tau nak elobrate macam mana..sebab tak dapat nak bayangkan macam mana istana di syurga..

Di dalam istana tersebut si pemuda bertemu seorang gadis yang berpuluh-puluh kali ganda lagi cantik dari gadis pertama dan berkali-kali ganda dari gadis yang kedua.

"Kamukah ainul mardhiah?"

"Ya..sayalah ainul mardhiah.."

Si pemuda sangat gembira..lalu cuba nak mendekati gadis tersebut..

"Kamu tak boleh sentuh saya selagi kamu belum syahid"

Terus si pemuda terjaga dari mimpi..

Si pemuda bercerita kepada para sahabat..
Tapi para sahabat melarang si pemuda supaya bercerita kepada Rasulullah..

"Kamu jangan bagitau Rasulullah selagi belum shahid.."

(Kalau dah syahid baru nak cerita macam mana tu..­čśä)

Dipendekkan cerita si pemuda telah mati syahid..
Jadi para sahabat pun menceritakan kisah mimpi pemuda tersebut kepada Rasulullah..

"Semua yang diceritakan pemuda tu adalah benar2 belaka..sekarang si pemuda sedang santap dengan di layan oleh ainul mardhiah dan bidadari syurga yang lain..

Tapi sahabat jangan susah hati..
Sebagai wanita kita boleh jadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga..dengan syarat patuh dengan suami selagi tak bertentangan dengan suruhan Allah..

Pesanan untuk Una sendiri jugak..

Meh kita hayati bait lirik dalam lagu Ainul Mardhiah..





Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Alang2 dalam mood gema gegar vaganza... Terexcited lak nak cite kisah pasal ainul mardhiah. Tadi UNIC cerita versi ringkas sangat seba...

0 comments: