Kempen 'Back to School 2015' bantu kumpul dana untuk 70 orang anak-anak yatim

11/19/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

kempen back to school
Flower girl dress tak ada yang ni pun jadila untuk si kakak yang demam frozen

kempen back to school
Adik anak abi penyokong JDT. Anak jati Johor


Semalam semasa bawak anak-anak keluar window shopping, nak cari flower girl dress untuk anak dara, tengok green point, ten ten dan semua pasaraya di seluruh Parit Raja dah pakat naikkan banner Back to School. Padahal cuti belum mula pn lagi. Tapi ada bagus nya jugak promosi awal-awal ni boleh bantu ibu bapa kurangkan kos perbelanjaan nak start sekolah nanti sebab boleh start beli dari sekarang secara sikit-sikit.

promosi baju sekolah

Jadi sempena kempen tu jugak saya nak ambil peluang untuk war-war kan yang family besar shaklee saya iaitu Rich Family sedang mengadakan kempen BACK TO SCHOOL bagi mengumpulkan dana untuk menyediakan keperluan persekolahan bagi 70 orang anak-anak yatim di Rumah Kanak-kanak Tunku Budriah, Cheras (RKKTBC).


derma anak yatim


Latar belakang Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras


Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. Kanak-kanak yang diperintah masuk ke Rumah ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan yang terabai.

Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sessi persekolahan 2015 nanti. Dengan ini, Kempen Back To School 2015 yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita. Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka. Kami juga telah mendapatkan kerjasama dari pihak Mydin untuk mendapatkan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan .

Anda yang dermawan dapat memberikan sumbangan mengikut kategori yang dikehendaki seperti dibawah;

1)Tajaan Kelengkapan Sekolah : RM150
2)Tajaan Set Pakaian Sekolah: Rm100
3)Tajaan Sepasang Kasut : RM30
4)Tajaan Korporat : RM1500 (minima 10 orang)


Ataupun anda boleh menderma dengan cara membeli sebarang vitamin/produk shaklee daripada saya Nurul Husna. Setiap 10% daripada keuntungan jualan akan disalurkan ke yayasan tersebut. Sambil membeli, sambil kita menjaga kesihatan dan kecantikan sambil kita beramal.


Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun Master Norliza Rusman (CIMB 7602390876 notify ke lydzar@gmail.com). Mohon tuan/puan mengisikan GoogleForm ini : 

http://bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC.


Selain dari keperluan persekolahan, pihak RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. Jika kutipan Tabung Back To School mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.


Kerjasama dan keprihatinan semua pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang boleh membalas jasa baik tuan/puan.

Surah Al-An’am : Ayat 152 –

“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

Jika ada sebarang pertanyaan dan rundingan, boleh tinggalkan di ruang komen atau menghubungi saya terus,

Nurul Husna

016 2222 531
call/sms/whatsapp/telegram 

Flower girl dress tak ada yang ni pun jadila untuk si kakak yang demam frozen Adik anak abi penyokong JDT. Anak jati Johor Sema...

1 comment:

  1. Anda yang dermawan dapat memberikan sumbangan mengikut kategori yang dikehendaki seperti dibawah;

    1)Tajaan Kelengkapan Sekolah : RM150
    2)Tajaan Set Pakaian Sekolah: Rm100
    3)Tajaan Sepasang Kasut : RM30
    4)Tajaan Korporat : RM1500 (minima 10 orang)


    Ataupun anda boleh menderma dengan cara membeli sebarang vitamin/produk shaklee daripada saya Nurul Husna. Setiap 10% daripada keuntungan jualan akan disalurkan ke yayasan tersebut. Sambil membeli, sambil kita menjaga kesihatan dan kecantikan sambil kita beramal.

    ReplyDelete