Soal Jawab Tentang Omega-3; Kenapa kita memerlukan Omega-3
1. Apakah itu Omega 3?Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak poli tak tepu. Asid lemak mempunyai minyak-minyak yang penting yang diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah ia juga boleh menyebabkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini diambil bersama makanan.
Asid lemak boleh ditemui di dalam ikan. Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega-3. Asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan ketika berada di lautan paling sejuk. Ikan-ikan semestinya mati kebekuan sekiranya tiada asid lemak ini.
2. Adakah asid lemak Omega yang lain?
Ya. Terdapat kumpulan asid lemak Omega-6 dan Omega-9. Minyak Omega-6 selalunya ditemui di dalam minyak sayuran seperti minyak bunga matahari, kacang soya dan bunga saf. Minyak ini selalunya digunakan sebagai minyak masak.
Sementara Omega-9 pula banyak didapati daripada buah zitun, badam, avocado dan minyak kacang.
3. Adakah kita mengambil Omega-3 yang cukup?
Kemnungkinan tidak. Penemuan penting telah menunjukkan bahawa tubuh kita berfungsi dengan baik sekiranya diet yang diambil mempunyai nisbah asid lemak penting (EFA) yang seimbang. Walau bagaimanapun diet kita selalunya mempunyai lebihan asid lemak Omega-6 berbanding Omega-3.
Asid lemak Omega-3 telah terbukti penting dalam mengurangkan serangan penyakit jantung, angin ahmar, kanser, kegemukan, penentangan insulin, kencing manis, asthma, arthritis, SLE, kemurungan, skizofrenia (penyakit mental), gila meroyan, Alzheimer dan perlakuan hiperaktif serta autisme di kalangan kanak-kanak.
4. Apakah itu lemak ikan?
Jangan risau dengan terma minyak ikan. Walaupun sesetengah jenis minyak ikan mengandungi lebih 10 kali lebih lemak daripada ikan yang lain, minyak ikan ini sebenarnya masih kurang lemak jika dibandingkan dengan lemak haiwan yang lain. Ikan yang mempunyai kandungan lemak paling tinggi pun sebenarnya mempunyai kandungan lemak yang sama dengan isi ikan yang dipotong nipis.
5. Apakah kepentingan minyak ikan Omega?
Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan boleh membawa maut jika tubuh kita tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim ibu, Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.
6. Apakah kandungan minyak ikan Omega-3?
2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 yan diaktifkan secara biologikal - asid eicosopentanoic (EPA) dan asid docosahexanoic (DHA).
EPA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit kardiak dan peredaran, manakala DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia.
DHA juga amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu hamil dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental. Ia amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
7. Adakah ikan menghasilkan asid lemak Omega-3?
Tidak. Ikan tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 dengan sendiri. Hanya mikro alga di dalam lautan yang boleh menghasilkan asid lemak ini. Ikan-ikan kecil yang memakan alga ini akan mengembangkan khasiatnya apabila di makan oleh ikan-ikan yang besar. Minyak yang berkhasiat ini akhirnya terkumpul di dalam ikan yang besar.
8. Adakah asid lemak Omega-3 terkandung dalam minyak ikan kod?
Tidak semestinya. Tetapi sekarang semakin ramai pengeluar minyak ikan kod yang menambahkan asid lemak Omega-3 di dalam produk mereka.
9. Adakah fungsi minyak ikan Omega-3 di dalam penjagaan kesihatan telah disahkan?
Kajian tentang fungsi dan kebaikan Omega-3 dan minyak ikan semakin pesat dijalankan semenjak semakin ramai yang sedar bahawa jumlah kematian masyarakat eskimo dan Jepun yang gemar memakan ikan adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat dunia yang lain. Ini adalah kerana minyak ikan mempunyai banyak khasiat.
10. Apakah yang membuatkan asid lemak Onega-3 begitu berharga?
Asid lemak Omega-3 mempunyai kandungan kimia yang istimewa:
- Ia berupaya menarik molekul oksigen dengan berkesan kerana mempunyai struktur yang unik. Terma saintifik menerangkan keupayaan ini sebagai kecenderungan untuk menyebar. Ini membolehkannya mengangkut bahan-bahan seperti toksin ke atas permukaan kulit serta perkumuhan oleh usus, buah pinggang dan paru-paru.
- asid lemak Omega-3 adalah sedikit beralkali, di mana ia berupaya menghasilkan ikatan lemak yang membolehkan berlakunya pergerakan sehala elektron, menyeberangi membran sel.
11. Mengapa perlu mengambil kapsul Omega-3 sebagai makanan tambahan?
Kajian terkini mencadangkan agar kita mengambil sejumlah minimum 1500 mg setiap hari. Dos ini adalah lebih kurang sama dengan 32 auns minyak ikan salmon.
Oleh itu saya mencadangkan anda untuk mengambil 2-4 kapsul Omega Guard Shaklee untuk penjagaan kesihatan yang optimum. Kandungan Omega-3 yang hampir 99% dalam setiap kapsul memberikan anda manfaat sepenuhnya Omega-3 untuk tubuh anda.
ika ada sebarang pertanyaan dan rundingan, boleh tinggalkan di ruang komen atau menghubungi saya terus,
Nurul Husna
016 2222 531
call/sms/whatsapp/telegram
Apakah itu lemak ikan?
ReplyDeleteJangan risau dengan terma minyak ikan. Walaupun sesetengah jenis minyak ikan mengandungi lebih 10 kali lebih lemak daripada ikan yang lain, minyak ikan ini sebenarnya masih kurang lemak jika dibandingkan dengan lemak haiwan yang lain. Ikan yang mempunyai kandungan lemak paling tinggi pun sebenarnya mempunyai kandungan lemak yang sama dengan isi ikan yang dipotong nipis.
5. Apakah kepentingan minyak ikan Omega?
Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting. Tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan boleh membawa maut jika tubuh kita tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim ibu, Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu.