Tempat makan best di Port Dickson yang mesti anda singgah
Jumaat lepas saya sekeluarga telah bercuti di Port Dickson, PD. Alang-alang ada Family Day pada hari Sabtu lepas 23 November 2014 saya dan suami mengambil keputusan untuk ke sana lebih awal iaitu hari jumaat 22 November.
Sekitar pemandangan Lexis Water Chalet
Pada hari jumaat tu, kami stay di Hotel Lexis PD. Saya sangat berpuas hati dengan servis dan environment hotel tu. Apa yang menarik hotel ni ada menyediakan aktiviti outdoor seperti segway, berbasikal, sumo dan lain-lain lagi.
Litar Segway. Anda boleh dapatkan latihan di sini daripada instructor berpengalaman
Keesokkannya, selepas check out dan sementara menunggu rakan family bintang tiba ke lokasi program Family Day saya dan suami mencari lokasi untuk makan tengahari.
Akhirnya kami tertarik dengan gerai yang menjadi tumpuan dan persinggahan pengunjung. Apa yang menarik terdapat pelbagai pilihan makan di situ.
Rupa-rupanya mereka tertarik dengan cendol bakar yang sangat establish di Kuala Selangor. Tapi memang take dinafikan cendolnya yang terdapat dalam pelbagai pilihan sememangnya antara yang paling sedap saya pernah rasa.
Selain itu juga, terdapat gerai ABC. Apa yang menarik ABC kat situ dicampurkan juga dengan cempedak. Memang lain daripada yang lain. Sori take sempat nak snap sebab anak dah ngap dulu.
Gerai cempedak goreng
Selain itu, ada juga gerai yang provide laksa, pasembor, keropok lekor, cempedak goreng. Dan tak lupa juga nasik campur dengan hidangan spesel nye gulai kawah. Boleh dikategorikan sebagai syurga makanan melayu.
Ops lupa pulak nak share lokasi gerai ni. Bagi yang tak tahu boleh drive ke Teluk Kemang. Tak salah saya berhadapan Hotel Marina PD. Sori kalau salah sebab tak tergerak nak share pun. Tapi disebabkan bila dah balik Johor asyik teringat je tu yang nak share dengan anda yang kaki makan dan kaki bercuti.
0 comments: