KELEMUMUR: Biasa atau Masalah Kulit yang Kronik
Adakah kelemumur itu biasa dialami oleh semua orang atau ia hanya berlaku isu kepada sesetengah orang sahaja? Kala begitu adakah kepingan halus ini dianggap masalah kulit yang kronik?Masalah kelumur sememangnya merungsingkan dan menyebabkan ketidakselesaan. |
Kulit sebagai organ terbesar badan memainkan peranan penting dalam melindungi tisu-tisu lembut di sebelah lapisan bawah, sambil menyatukan kesemua tisu-tisu dan organ-organ dalaman badan. Sebab itulah anda harus menjaga kesihatan kulit termasuk kulit kepala sepanjang masa.
Kulit boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu lapisan atas epidermis, lapisan tengah dermis dan lapisan paling bawah iaitu subcuaneous. Di antara lapisan dermis dan epidermis terdapat satu lapisan tunggal yang dinamakan lapisan Malphigin. Lapisan ini berfungsi untuk menghasilkan sel-sel baru secara berterusan.
Sel-sel kulit akan naik ke lapisan atas permukaan kulit kepala sebelum kehilangan pelembap, menjadi leper sebelum akhirnya tertanggal daripada kulit kepala. Sel-sel kulit kepala anda sentiasa diperbaharui setiap 90 hari. Maka, ini bermakna anda memiliki lapisan kulit baru setiap suku tahun...satu perkara baik untuk direnungkan.
Mengapa kulit kepala rasa gatal dan terdapat kepingan keputihan sebaik sahaja mencuci rambut?
Adakalanya, keadaan fizikal (kesihatan) atau tekanan perasaan boleh merangsang penghasilan sel-sel kulit baru dengan pantas. Ini mengakibatkan pengumpulan lapisan-lapisan yang bertindih lagi tebal atas permukaan kulit kepala. Keadaan sel bertindih inilah yang dikatakan kelemumur. Contoh apabila seseorang itu kurang tidur untuk jangka masa yang lama, amalan pemakanan yang tidak sihat atau tidak teratur, kebimbangan melampau ataupun keadaan yang lebih teruk lagi apabila perlu makan ubat. Keadaan ini boleh pulih, maknanya tiada kelemumur jika faktor-faktor yang saya nyatakan tadi dapat diatasi.
Dalam hal ini, mencuci rambut secara biasa menggunakan syampu sederhana lembut (kurang bahan kimia) dan kesabaran mampu perlahan-lahan memulih masalah kelumur.
Namun jika faktor-faktor di atas bersifat sistemik seperti ekzema ataupun keadaan kulit yang kronik secara genetik maka, ia memerlukan rawatan profesional bagi mengurus keadaan untuk mengelak ia menjadi lebih teruk.
Penggunaan syampu anti-kelemumur perlu atas nasihat pakar kerana penggunaan berterusan boleh mengakibatkan kekeringan melampau pada kulit kepala. Akibatnya ialah rasa kulit gatal. Selain itu, syampu anti-kelemumur juga boleh mengurangkan minyak secara semula jadi kulit kepala yang berfungsi untuk membantu mengekalkan keadaan pH kulit iaitu 5.5.
Menggaru kulit kepala boleh menyebabkan kecederaan permukaan kulit dan apabila anda berpeluh, kandungan garam dalam peluh boleh mencetuskan rasa 'perit' pada kecederaan tersebut.
Dan tanpa disedari, dengan anggapan rambut anda kotor, anda akan mencuci rambut sekali lagi menggunakan syampu anti-kelemumur dengan kesan dingin di mana kulit kepala anda rasa begitu menyejukkan. Tapi perasaan tersebut cuma sementara sahaja. Dan akhirnya masalah kelemumur ini tidak pernah diatasi.
Petikan daripada; Majalah hijab fesyen
Set penjagaan rambut dan kulit kepala pro sante sememangnya organik dan bebas kimia
Ketahui cara saya mengatasi masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala DI SINI.
|
Adakah kelemumur itu biasa dialami oleh semua orang atau ia hanya berlaku isu kepada sesetengah orang sahaja? Kala begitu adakah kepingan halus ini dianggap masalah kulit yang kronik?
ReplyDeleteset penjagaan rambut
Masalah kelumur sememangnya merungsingkan dan menyebabkan ketidakselesaan.
Kulit sebagai organ terbesar badan memainkan peranan penting dalam melindungi tisu-tisu lembut di sebelah lapisan bawah, sambil menyatukan kesemua tisu-tisu dan organ-organ dalaman badan. Sebab itulah anda harus menjaga kesihatan kulit termasuk kulit kepala sepanjang masa.
Kulit boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu lapisan atas epidermis, lapisan tengah dermis dan lapisan paling bawah iaitu subcuaneous. Di antara lapisan dermis dan epidermis terdapat satu lapisan tunggal yang dinamakan lapisan Malphigin. Lapisan ini berfungsi untuk menghasilkan sel-sel baru secara berterusan.
Sel-sel kulit akan naik ke lapisan atas permukaan kulit kepala sebelum kehilangan pelembap, menjadi leper sebelum akhirnya tertanggal daripada kulit kepala. Sel-sel kulit kepala anda sentiasa diperbaharui setiap 90 hari. Maka, ini bermakna anda memiliki lapisan kulit baru setiap suku tahun...satu perkara baik untuk direnungkan.
Adakalanya, keadaan fizikal (kesihatan) atau tekanan perasaan boleh merangsang penghasilan sel-sel kulit baru dengan pantas. Ini mengakibatkan pengumpulan lapisan-lapisan yang bertindih lagi tebal atas permukaan kulit kepala. Keadaan sel bertindih inilah yang dikatakan kelemumur. Contoh apabila seseorang itu kurang tidur untuk jangka masa yang lama, amalan pemakanan yang tidak sihat atau tidak teratur, kebimbangan melampau ataupun keadaan yang lebih teruk lagi apabila perlu makan ubat. Keadaan ini boleh pulih, maknanya tiada kelemumur jika faktor-faktor yang saya nyatakan tadi dapat diatasi. Dalam hal ini, mencuci rambut secara biasa menggunakan syampu sederhana lembut (kurang bahan kimia) dan kesabaran mampu perlahan-lahan memulih masalah kelumur.
ReplyDeleteDulu kelemumur saya sangat teruk tp selepas gune set ini,alhamdulilah..memang semakin kurang
ReplyDelete