MABUK DARAH; CARA MENGAWAL DIRI DARIPADA PITAM

11/14/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 4 Comments

Ada sebahagian daripada kita mesti pernah bercita-cita nak jadi doktor kan? Tapi saya terkecuali. Seingat saya, kalau dulu pernah bercita-cita nak jadi doktor pun sebab ikut kawan-kawan. Hahaha.


pitam tengok darah

Ada tak yang nak jadi doktor tapi cita-cita terkubur gara-gara takut tengok darah atau MABUK DARAH? Konon nak jadi penyelamat tapi dia lak yang PENGSAN  bila tengok DARAH banyak.

Sama lah jugak dengan situasi bila pergi interview jururawat SPA-8, bila ditanya "Adakah anda ALAH dengan DARAH?" Laju je jawab tak. Tapi bila dah masuk belajar atau bekerja macam-macam hal pula berlaku...tengok orang accident...jantung berdegup laju...tambah lagi bila tengok darah basah kat jalan...mata mula jadi gelap..PENGSAN..

Bagi sesetengah orang, pada awalnya mungkin mereka tak tahu yang mereka ada mabuk darah. Samalah macam saya. First time saya dapat kesan saya mabuk darah semasa FORM 3. Masa tu first time nak masakkan untuk arwah mak resepi RENDANG DENDENG. Tengah potong bawang tiba-tib hujan lebat kat luar. Mak panggil suruh angkat kain kat luar. Dengan tangan kelam kabut nak potong bawang dan hati dok teringat kain kat ampaian terus pisau terpotong jari manis sebelah kanan. Saya ni kidal orang nya, jadi saya pegang pisau sebelah kiri.

pitam



Agak dalam la jugak luka nya. Masa tu cool lagi pergi ambil kain nak balik sambil panggil mak minta tolong balutkan. Tengah mak tolong letakkan minyak gamat, mata mula gelap lepas tu tak sedar dah. Saya sedar bila arwah mak panggil nama. Untuk pengetahuan anda masa pitam tu seolah-olah saya bermimpi dan berada di 'alam lain'. Dengan persekitaran yang lapang, tak ada pokok, tak ada bangunan, keadaan panas terik dan terang sangat.

Dua tiga hari lepas tu, rasa benjol di kepala. Cam pelik pun ada. Bila cakap kat mak katanya masa saya pitam tu saya terhantuk kat kaki katil, dan mengejang macam orang kene sawan. Memang tak sangka macam tu sekali penangan MABUK DARAH.

Sejak itu saya cukup berhati-hati kalau ada anggota yang luka dan berdarah. Apa yang saya buat saya pergi mandi, sebab bila kita rasa gelap mata, badan akan berpeluh-peluh. Mungkin cara tu tak betul, tapi sebagai budak bawah umur tu je yang boleh difikirkan.


pengsan

Sebenarnya banyak lagi peristiwa MABUK DARAH berlaku pada saya. Semasa dalam tahun pertama di UPM, ketika sedang melakukan eksperimen untuk mengetahui jenis darah, peristiwa yang sama juga terjadi. Masa tu baru saya tahu yang saya tak boleh bau darah, sebabnya masa eksperimen tu hanya guna setitik darah setiap orang, jadi bila satu makmal keluarkan darah tak ke satu makmal bau darah.

Pernah saya pergi melawat kawan di hospital kerana accident, ada pesakit entah dari mana, sedang dicucikan darahnya, saya yang sedang melawat kawan tiba-tiba rasa gelap mata. Memang KRONIK jugak mabuk darah saya ni.

Tapi Alhamdulillah, semasa anak pertama dan kedua tak ada pulak masalah MABUK DARAH. Mungkin kandungan besi untuk darah nifas dan haid tak sama seperti darah normal. Entahla, mungkin anda yang lebih arif boleh jawab.

Sehingga kini saya pun tak pasti apa puncanya seseorang itu MABUK DARAH. Ada yang kata ianya sejenis fobia. Nanti saya akan share dengan anda yer.

Di sini saya ingin berkongsi cara untuk mengatasi MABUK DARAH yang saya perolehi daripada ENCIK GOOGLE;


KAEDAH 1;


1. Segeralah DUDUK bila anda tiba-tiba rasa pening lepas tengok darah.

2. Kemudian, "BONGKOK'kan badan anda ke depan sehinggalah kepala terletak di antara kedua lutut.

2. Kekalkan dalam posisi begitu dalam masa 10 - 15 saat atau sehingga rasa pening itu hilang.

ataupun boleh mencuba dengan...


KAEDAH 2:


Jika anda mengalami luka dan berasa nak pitam bila tengok darah sendiri, sapukan luka atau darah tersebut dengan kain berwarna MERAH. Rasa pitam itu akan hilang secara beransur-ansur.

Sekian, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda yang mengalami masalah MABUK DARAH.

Ada sebahagian daripada kita mesti pernah bercita-cita nak jadi doktor kan? Tapi saya terkecuali. Seingat saya, kalau dulu pernah bercita-ci...

4 comments:

  1. Ada sebahagian daripada kita mesti pernah bercita-cita nak jadi doktor kan? Tapi saya terkecuali. Seingat saya, kalau dulu pernah bercita-cita nak jadi doktor pun sebab ikut kawan-kawan. Hahaha.

    pitam tengok darah

    Ada tak yang nak jadi doktor tapi cita-cita terkubur gara-gara takut tengok darah atau MABUK DARAH? Konon nak jadi penyelamat tapi dia lak yang PENGSAN bila tengok DARAH banyak.

    Sama lah jugak dengan situasi bila pergi interview jururawat SPA-8, bila ditanya "Adakah anda ALAH dengan DARAH?" Laju je jawab tak. Tapi bila dah masuk belajar atau bekerja macam-macam hal pula berlaku...tengok orang accident...jantung berdegup laju...tambah lagi bila tengok darah basah kat jalan...mata mula jadi gelap..PENGSAN..

    ReplyDelete
  2. terima kasih. banyak membantu. saya pon mabuk darah

    ReplyDelete
  3. Thanks utk info yg sgt bermanfaat 🤗🙂

    ReplyDelete
  4. Hi assalamualaikum maaf . Nk tnya, kalau mabuk darah boleh truskan ke cita2 jdi misi ? Bnda tu boleh overcome ke bila lama2? Thank youu

    ReplyDelete