KENAPA IBU-IBU PERLU MENYUSUKAN BAYI MEREKA

9/29/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments



Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu mempunyai nutrisi yang lengkap dan sesuai untuk bayi dan paling penting mempunyai suhu yang sesuai untuk penerimaan si kecil.

Sebenamya, susu partama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari- hari pertama selepas lahir. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan saperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sabab tiada makanan lain yang dapat mambarikan khasiat yangsahabat ini.



MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING SESUAI UNTUK BAYI


set menyusu shaklee

Penyusuan ibu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda.


Antaranya:

#1 Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

#2 Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

#3 Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

#4 Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

#5 la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

#6 Susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa.

#7 Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.

#8 Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.




MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING BAlK UNTUK ANDA

set menyusu shaklee

Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu.


1) Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.

2) Berita baik! Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.

3) la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

4) la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.

5) Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.


Jom kita tengok jap video mengenai tips penyusuan bayi pramatang. Moga menjadi manfaat untuk kita bersama.




Shaklee juga ada menawarkan set PENYUSUAN IBU . Yang mana mungkin dapat membantu para ibu yang mempunyai masalah dalam penghasilan susu badan sepanjang tempoh berpantang. Jadi anda boleh merealisasikan impian anda untuk menyusukan bayi anda sehingga mereka berusia 2 tahun, di samping melaksanakan perintah agama.



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Nurul Husna
call/sms/whatsapp/telegram 016 2222 531

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu mempunya...

1 comment:

  1. Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu mempunyai nutrisi yang lengkap dan sesuai untuk bayi dan paling penting mempunyai suhu yang sesuai untuk penerimaan si kecil.

    Sebenamya, susu partama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari- hari pertama selepas lahir. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan saperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sabab tiada makanan lain yang dapat mambarikan khasiat yangsahabat ini.

    ReplyDelete