Kenapa orang yang sama je LIKE & COMMENT status facebook saya

9/20/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments

Pelik tak kalau kita ada 3000 orang kawan tapi yang nampak posting kita tak lebih dari 30?
Rugi tak kalau kita dah tulis baik punya posting (marketing ke, sharing ke) tapi yang nampak hanya 30 orang.

Dah la tu, 30 orang tu semuanya buat bisnes yang sama dengan kita. Hmm.. sadis.
Jadi kenapa jadi macam ni? Jawapan nya anda kurang social engagement (ya boleh start Google kalau nak baca sambil minum kopi).

Apa itu social engagement


Social engagement lazimnya diperkatakan untuk Facebook Page, sebab sepatutnya bisnes anda berjalan di sana. Di Page, kita boleh tengok beberapa statistik yang menunjukkan sejauh mana posting kita berkesan.

Tetapi di Malaysia, apa yang saya perhatikan, ramai yang buat marketing dan positioning melalui personal account.

Saya tak nak komen banyak dari segi undang-undang Facebook nya, tetapi kalau untuk positioning dan hebahan, saya rasa tiada masalahnya.

Social engagement merujuk sejauh mana posting anda itu mendapat perhatian daripada pengguna facebook yang lain.

Antara bentuk perhatian:


  • Orang like posting anda
  • Orang comment posting anda
  • Orang share posting anda
  • Orang click (read more) posting anda.

Jenis Engagement
Jenis Engagement


Contoh mudah posting yang menarik engagement

Anda perasan tak, ada sesetengah orang dia post macam ni je…

“Man U lebih power dari Barcelona. Bincangkan”

Nah… lepas tu tengok lah, bersepah fan Man U dan Barcelona berperang keyboard. Saja je kan. Dia sengih tengok keyboard warrior berperang sambil makan pop corn.
Ada lagi contoh…

“Lelaki patut kahwin lebih tanpa persetujuan isteri.
Like jika setuju, Komen kalau tak setuju”

Mak ai..ini lagi ganas. Dua dua pun dia akan dapat. Si isteri mesti tak setuju..so komen dengan emosi nya. Si lelaki mungkin setuju, Like dalam diam-diam.
Jelas jelas? Simple je kan..but it works.

Walaupun demikian, kalau anda tak suka buat post yang kontraversi sebegini, anda boleh mewujudkan engagement dengan berkongsikan sesuautu yang bermanfaat. Yang apabila orang baca dia rasa ilmu nya bertambah. Ataupun posting yang menceriakan pembaca (humor dan sebagainya).

Malah, mengikut pengalaman saya, dengan like komen pembaca posting anda dan komen semula di posting, anda sebenarnya lebih menggalakan pembaca posting anda untuk komen dan like posting anda di masa mendatang.

Sebaiknya, cuba  elakkan dari bersifat defensif apabila orang yang komen tu tak kena dengan citarasa anda. Berterima kasih dah ‘agree to disagree’.

Amacam, mudah je kan
Amacam, mudah je kan

Kenapa perlu social engagement.


Kerana Facebook menapis apa yang terpapar di wall anda.
Bagi Facebook (atau algorithm dia), kalau anda suka like status si Ali, maka anda mungkin suka post2 dia yang lain. Justeru, nanti bila Ali post, Facebook akan paparkan post Ali pada anda. Tetapi selepas beberapa ketika satu post Ali pun anda tak like/comment  atau share dah, anda mungkin akan jarang sangat nampak post Ali.

Begitu juga lah yang berlaku pada posting anda. Facebook ‘terpaksa’ buat macam ni sebab dia nak elakkand dari news update di wall anda setiap 1 saat. Cuba bayangkan, kalau anda ada 3600 kawan, dan setiap kawan post 1 status sejam, memang setiap saat wall anda bertambah news update. Nak baca gerenti tak sempat.

Jadi, secara mudahnya, Facebook hanaya akan paparkan posting dari orang yang anda pernah like/share/komen dan baru add dia sebagai kawan.

Dibincangkan jua, Facebook turut melihat kekerapan anda engage dengan kawan tersebut. Sekiranya anda kerap engage dan even chat dengan kawan anda, kebarangkalian kawan anda lihat posting anda wujud di wall mereka adalah lebih tinggi.

Malah, secara psikologinya, jika anda suka komen dan like posting kawan anda, bukan kah kawan anda jua suka like dan komen posting anda. Apabila berlaku mutual engagement sebegini, maka Facebook melihat anda berkawan baik dan posting each other memang akan terpapar di wall masing-masing.

Jadi, kalau anda adalah STALKER (yang baca je, tapi tak pernah komen dan like), jangan pelik kalau posting anda orang tak nampak. Fair and square kan.

Ada pengecualian tak? Saya tak dek masa lah nak like like segala ni.

Ada. Mesti lah ada. Sebab tu saya tulis Facebook ‘terpaksa’ buat macam ni. Hakikatnya, tak lah terpaksa sangat sebab Facebook dah tambah fungsi ‘Promote’ Post.

Butang promote post di personal account.
Butang promote post di personal account.
Apabila anda tekan butang promote ni, dan anda bayar sejumlah wang ke Facebook, Facebook akan pastikan semua kawan anda akan nampak posting ni walaupun mereka login 3 bulan dari sekarang. Anda dijamin mendapat coverage yang anda nak. Tapi lagi banyak kawan anda, lagi mahal la bayaran yang diminta.

Kesimpulannya


Berinteraksi lah dengan prospek anda. Kalau anda setakat like rakan seperjuangan anda sahaja, memang posting rakan seperjuangan sahaja lah yang muncul di wall anda. Anda mesti kembangkan sayap pemasaran anda kepada prospek anda jua.

Bak kata bijak pandai, kalau anda letak mata kail di kolam yang tak ada ikan, letak 100 mata kail pun tak dapat ikannya. Tapi kalau anda letak di lubuk ikan, letak 10 pun insya-Allah dapat 7 atau 8.

Perniagaan di atas talian itu mudah jika kena caranya.

Yang penting kita kena sentiasa kemas kini ilmu kita kerana, ia sentiasa berubah. Ya, ilmu online marketing berubah jauh lebih cepat daripada ilmu pemasaran offline: paper and billboard marketing contohnya).

Saya kerap kongsikan tips-tips online marketing di Facebook dan blog ini.

Dan saya jemput anda ‘Add’ saya sebagai friend. I would be more than happy to be your friend kerana pada saya, dalam bisnes kita mesti dikelilingi oleh mereka yang hebat, berjaya, bercas positif dan bersemangat. Baru kita sama-sama terjangkit dan terpaksa lebih berjaya.

Bersama-sama kita berkongsi ilmu yang ada, semoga ini menjadi pencen kubur untuk kita bersama. Anda boleh sertai usaha saya dengan tekan butang LIKE atau SHARE di bawah.


SUMBER DARI : 
http://www.arhamzul.net/

Pelik tak kalau kita ada 3000 orang kawan tapi yang nampak posting kita tak lebih dari 30? Rugi tak kalau kita dah tulis baik punya posti...

1 comment:

  1. Pelik tak kalau kita ada 3000 orang kawan tapi yang nampak posting kita tak lebih dari 30?
    Rugi tak kalau kita dah tulis baik punya posting (marketing ke, sharing ke) tapi yang nampak hanya 30 orang.

    ReplyDelete