Kenapa Rahim Bengkak?

9/20/2014 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments


SUMBER : Dr. Malinda Health & Beauty Clinic



Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'.


hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok. 

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so 


mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada 


doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu 


diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan 


kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor 

ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : 

Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.



Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang 


menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding 

jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, 

produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan 


beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon 


estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk 

mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang 


boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen 


dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, 


kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau 


mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)

- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 


'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan 

juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai 


jenis kanser.

4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga 


boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam 


badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms 

tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan

- sakit perut

-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak 


membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu 

melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan 


tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein 

dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini 

membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam 

badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih 

stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil 


soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen 

aktiviti.



Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan 


pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang 

sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak 


sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid 

dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. 

Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai 

kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber 

soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan 


antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - 

melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu 


kestabilan hormon.

-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.


-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak 

sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang 

dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan 


cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 

Luv,

Dr. Malinda

SUMBER : Dr. Malinda Health & Beauty Clinic Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conf...

1 comment:

  1. Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'.

    hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

    Ok.

    Basically,

    Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

    Kilang telur = Ovari.

    Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so

    mereka akan just kata 'rahim'.

    So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada

    doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

    Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu

    diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

    Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan

    kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor

    ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book :

    Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

    ReplyDelete