Susu badan saya sikit...FAKTA ATAU AUTA?

11/18/2016 nurul husna 0 Comments

Masalah susu badan sikit

Sejak mami dah ada anak 2 ni....mami agak sensitif kalau nampak ibu-ibu kat luar sana dah berikan bayi diorang susu formula seawal dalam pantang.. Bila ditanya..antara jawapan paling 'clise'...


"Susu badan saya sikit" 

"Susu badan dah kering"

Adoi.....dalam hati "yeker sikit? Ke ibu yang tak usaha or tak cukup usaha.."

Tak dinafikan masa awal2 selepas kelahiran...memang baby susah nak keluar especially kalau anak sulong..tapi kalau rajin usaha..guna teknik yang betul...time berpantang ni la tempoh susu badan paling banyak di produce..


Ibu-ibu tolong la usaha lebih sikit untuk menimba ilmu penyusuan..banyak kot blogger2 di luar sana yang share tips penyusuan..secara percuma pulak tu..

Memang tak dinafikan rezeki setiap orang tak sama...tapi kalau dah habis semua kaedah dan ikhtiar dah buat tapi still susu badan tak keluar atau sedikit...alasan tu barulah saya boleh terima..

Apa yang mami perhatikan...biasanya tanggapan orang sekeliling yang doknorovoke susu badan kita sikit..dan terus bagi cadangan "bagi je susu formula". Jadi, bila ibu-ibu ni kurang ilmu, of course lah terus setuju je nak campur susu formula..padahal belum pun ikhtiar apa-apa lagi.

Lagi sedih ada jugak ibu-ibu yang campurkan nestum dalam susu formula gara-gara ikut idea & cadangan orang yang lebih 'berpengalaman'. Padahal baby baru je sebulan..

Sedihnyaa bila tengok muka si comel tu...

By the way betulkah susu badan anda sikit?
FAKTA ATAU AUTA?

Kita diskus dulu KENAPA KITA ATAU ORANG SEKELILING ANGGAP BAYI TAK DAPAT CUKUP SUSU

ALASAN 1 : BAYI KERAP NANGIS

Asal baby nangis je kita cakap kurang susu.

Lepastu kena campur susu formula lah

Sedangkan, baby tu baru je lahir. Selama ni dia rasa selamat dalam rahim kita, so bila dia dah lahir, dia rasa asing dengan dunia luar.
Sebabtu dia nangis..dia nak kita dukung, peluk dia..dia nak rasa degupan jantung kita..

Nangis bukan penentu anak lapar..

Mungkin baby kembung, pampers penuh, tak selesa, macam2 lagi kan..

Nangis bukan semestinya sebab lapar. Ingat tau!

ALASAN 2 : BAYI TIDAK TIDUR DALAM TEMPOH YANG LAMA

Bayi tidur kejap sangat, asyik terjaga je. Nanti mula lah org sekeliling kita cakap,

"Baby tak kenyang tu"

Hehe jangan terpengaruh tau..

Sbb susu ibu ni sangat mudah dihadam, sebab tu baby akan kerap minum setiap 2-3 jam..

Layankan je..tu lah antara tanda nak increase kan supply..

Sebab demand makin tinggi..

Jangan pulak risau, "alaa anak jenis kuat minum, susu kita takut tak cukup lah"

Haaa yg ni nak kena cubit nih! Haha. Anak minum banyak lebih bagus! Just mind set kena betulkan yang susu kita mesti cukup untuk tampung keperluan anak kita..

Allah maha Adil, kalau dia bagi anak kuat minum, maknanya mak pun banyak susu..

Don't underestimate diri kita sendiri..

Ada yang bagi susu formula sebab nak anak tidur lama..

Tau tak, actually, sian usus dia bekerja keras nak hadamkan susu formula tu..susu tu lambat di hadam, klu salah susu, bagi dia sembelit pulak.

Kita bagi susu formula sebab kita anggap ia sebagai satu "alternatif"

So kita rileks lah walaupun susu ibu tak banyak sebab kita kan ade "alternatif"

Haaa cuba bayangkan kat dunia ni tak de susu formula langsung. Nak tak nak perah la kau sampai kuar susu. Hihi ha gitu la kiranya..

Tapi kalau mamu sendiri memang malas nak bagi susu formula..sebab lambat la nak bancuh..nak2 bila tengah malam. Bagi susu ibu je senang.

ALASAN 3 : BAYI SUKA MENGEMPENG

Baby mengempeng bukan sebab tak cukup susu, tapi Baby mengempeng bukan sbb x cukup susu, tapi sbb dia nak bau mak dia. Nak rasa selamat.

Jangan stress..nanti susu akan drop.

ALASAN 4 : Bayi sukar untuk disusukan

Baby susah nak disusukan samada dia confuse nipple, nipple kita flat, susu kita flow slow.

Ataupun teknik lekapan semasa penyusuan yang tak betul.

Biasanya dialami oleh ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama. Saya pun pernah alami perkara yang sama. Sampaikan nipple jadi luka.

ALASAN 5 : Saiz bayi KECIK

Lagi satu isu saiz baby,

"Baby kecik ni, mesti x cukup susu. Cuba bagi fm, mesti badan dia tembam nanti"

Niat bagi susu formula untuk badan tembam, adalah seolah2 kita nak bagi dia obes dgn kandungan gula dlm susu formula 😢

Tapi masyarakat kita bangga benar kalau anak diorang tembam. Kononnya kalau tembam cantik bila pakai kan gown..daripada pakai gown baiklah pakaikan seluar panjang dan tshirt..why not dari kecik kita ajarkan anak2 menutup aurat...sori ter'emo' jap.

Jangan tak tau...bayi yang fully bf badan lebih pejal walaupun kecik berbanding bayi yang diberikan fm. Even badan tembam tapi otot lembik.

Sape setuju?🙋

ALASAN 6 : BAYI SUKA HISAP JARI DAN TANGAN

Bayi yang hisap jari bukan sebab diorang lapar tapi sebenarnya diorang tengah explore tubuh diorang.

Tambahan pula tu salah 1 cara mereka sedang bermain. Atleast diorang ralik dengan buat macam tu. Tak ada lah asyik nangis je.

ALASAN 7: BILA BAGI SUSU FORMULA BAYI MINUM..BILA BAGI SUSU BADAN BAYI REJECT

Yang ni anggapan korang je..si comel tu tak reject sebenarnya. Mungkin kaedah lekapan yang tka betul jadi bayi anda tak hisap dengan betul..

Bila kaedah hisapan dan lekapan tak betul..ofkoslah susu tak keluar. Padahal susu ibu ni menggunakan konsep SUPPLY &DEMAND. Maksudnya lagi kerap baby menyusu lagi banyak susu badan dihasilkan. Lagi kerap anda pam lagi banyak susu badan.

Kadang-kadang tak paham pun ada dengan masyarakat kita ni..
Asyik nangis..kata lapar. Padahal tu je cari baby berkomunikasi.

Asyik mengempeng pun kata lapar jugak.

Kurang tidur pun lapar..

Hisap jari pun dikatakan lapar...

Agaknya kalau baby tu pun boleh cakap..dia pun stress..

Kalau dia boleh cakap...
"Saya tak lapar la!! Saya nak mami saya je!!"

😂😂


TANGGAPAN DIRI SENDIRI KENAPA ANAK MACAM TAK CUKUP SUSU

1) ibu rasa susu nampak cair

2) ibu tak rasa letdown reflex

Let down reflex tu bila mana ibu akan rasa kebas pada breast, pastu susu akan mancut2 keluar. Penah rasa cmtu tak?

3) bila pam, susu sikit je atau mungkin tak ada

4) breast lambat penuh dan rasa ringan je

5) saiz breast kecik

Ok setakat ni dah clear TANGGAPAN / MITOS / AUTA je yang mengatakan susu badan sikit.

Jangan lupa continue baca sambungan nya KETAHUI SIGNAL YANG MENUNJUKKAN BAYI ANDA MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

Health & Beauty Consultant
Nurul Husna
0162222531

Enjoy breastfeeding

Sejak mami dah ada anak 2 ni....mami agak sensitif kalau nampak ibu-ibu kat luar sana dah berikan bayi diorang susu formula seawal dalam ...

0 comments: