3 tips memilih skincare untuk mereka yang berkulit sensitif

8/03/2017 nurul husna 0 Comments

Tips untuk kulit sensitif

Rentetan daripada kisah lipstik yang mengandungi plumbum dalam posting di fb sebelum ni...(refer sini http://bit.ly/2woGH84)
Ramai lak yang pm tanya skincare diorang selamat or tak..

Adoi...susah nak jawab..
Sebab akak tak tau kandungan dalam skincare korang..
Sebab katanya orang lain pakai elok je..
Dia pakai macam tak sesuai..

Akak cuma dapat simpulkan..
Setengah orang kulit diorang resistance dengan bahan kimia @ logam berat ni..
So sebab tu tak ada kesan sampingan lagi buat masa ni..


Kalau korang jenis kulit sensitif better ambil produk organik & natural macam nutriwhite shaklee..

Tapi berita buruk nya..
Produk nutriwhite & enfuselle (produk skincare keluaran shaklee) bakal diberhentikan tak lama..
Dan mungkin digantikan dengan skincare shaklee yang lain..
Dengar kata range baru ni lagi best dan mesra kulit wanita asia..



Nantikan yer..
Untuk pertanyaan lanjut
www.wasap.my/60162222531

Call /SMS
0162222531
Nurul Husna

By the bagi yang masih dalam dilema untuk memilih produk skincare disebabkan masalah kulit yang sensitif...
Saya share kan beberapa tips untuk anda.

Tips memilih skincare untuk produk 

1. Elakkan produk yang mengandungi alkohol

Seeloknya sebelum nak beli tu cek dulu kandungan dalam setiap botol @ tiub skincare anda.
Biasanya mereka yang berkulit sensitif ni sangat cepat bertindak balas dengan alkohol.
Kulit akan terasa pedih, panas & kemerahan jika kandungan nya tak sesuai dengan kulit.

2. Guna dalam kuantiti yang sedikit

Di awal penggunaan jangan terus beli 1 set.
Cuba dulu salah 1 produk nya sebagai contoh untuk permulaan guna pencuci muka dulu.
Kemudian guna dulu dengan kuantiti yang sedikit. (Separuh daripada yang biasa anda guna)
Boleh praktikkan kaedah '4 DAYS RULES'..
Biasanya kaedah ni kitap praktikkan kepada baby untuk perkenalkan solid food kepada mereka.
Tapi kaedah ni kita olah sikit.
Caranya..

1. Guna skincare tu untuk hari pertama.
Kemudian stop sehari.

2. Kalau tak ada apa2 kesan sampingan. Guna pulak selama 2 hari.
Kemudian rehat sehari.

3. Jika tiada sebarang reaksi.
Guna pulak untuk 3 berturut-turut.
Kemudian stop sehari.

4. Jika masih tiada rasa yang kurang menyenangkan gunakan pulak selama 4 hari.

Biasanya kalau kulit anda benar2 tak sesuai produk tersebut.
Anda dah mulai rasa rengsa..gatal2 dan lain2..
Jika tak boleh teruskan penggunaan.

3. Ambil masa untuk TEMPOH BERTENANG

Sebelum anda mula menggunakan sebarang produk/skincare yang baru...seeloknya ambil masa untuk tempoh bertenang sekurang-kurang dalam masa seminggu.
Sepanjang tempoh seminggu ni jangan guna sebarang produk.
Mekap or bedak pun jangan pakai.
Sekadar cuci wajah dengan air suam je..
Kalau tak tahan sangat pun anda hanya boleh menggunakan produk natural sahaja.
Contoh hasilkan masker daripada bedak sejuk + kunyit hidup + asam jawa.
Atau boleh juga tampal aloe vera dan timun di wajah bagi mengembalikan kesegaran di wajah.
Atau pun buat masker daripada putih telur.

InsyaAllah nanti saya share kan 'resepi' menghasilkan masker & skincare menggunakan barang semulajadi di sekeliling rumah sahaja.

Sekian sahaja 3 tips daripada saya.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh teruskan follow blog or facebook saya dari masa ke semasa.

Rentetan daripada kisah lipstik yang mengandungi plumbum dalam posting di fb sebelum ni...(refer sini http://bit.ly/2woGH84) Ramai lak y...

0 comments: