Kenapa ada Garisan Hitam di Perut Semasa Hamil

8/06/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 1 Comments


Garisan hitam ni atau nama khas nya ialah Linea Niagra.
Masa anak 1st, bila muncul garisan ni takut pun ada..
Dok fikir perut aku besar & tegang sangat ke..
Rupanya tak ada apa pun..
Lepas bersalin hilangla nanti..
Tak perlu nak sapu apa2 krim pemutih untuk bagi hilang..

Biasanya garisan muncul pada minggu ke 23 kandungan.
Dan hampir 70% wanita hamil akan muncul garisan hitam ni.
So mana2 mak yong yang dah 23 minggu boleh cek perut masing2.


💝Kenapa garisan tu wujud?

Disebabkan oleh hormon mengandung.
Kalau korang perasan kawasan sekeliling areola ibu juga akan lebih gelap.
Biasanya semakin seseorang tu berkulit semakin gelap garisan linea niagra ni.
Sebab ia dipengaruhi dengan kandungan melamin dalam badan.
Bagi yang berkulit cerah...garisan ni akan nampak lebih jelas..

💝Garisan Hitam ni tanda mudah bersalin?

Kata orang2 tua, garisan hitam ni tandanya mudah bersalin.
Wallahu alam..
Alhandulillah pengalaman 2x bersalin Una rasa sangat mudah kalau dibandingkan dengan orang lain..
Ada yang lebih teruk.

💝Betul ke bentuk garisan ni mempengaruhi jantina anak?

Ada yang cakap kalau kalau garisan ni sampai paras pusat je lepas tu stop kat situ, tanda nak dapat anak perempuan. Kalau garisan tu melebihi pusat sampai ke atas lagi maknanya mengandungkan anak lelaki.

Rasanya mitos je kot. 😂😂
Sebab 3x peknen ni garisan straight je sampai atas pusat.
1st dapat perempuan..
2nd lelaki..
Yang 3rd ni..we will see.

Garisan hitam ni atau nama khas nya ialah Linea Niagra. Masa anak 1st, bila muncul garisan ni takut pun ada.. Dok fikir perut aku besar...

1 comment:

  1. Assalamualaikum.saya nak tny kalau ada 2 garisan hitam ni kat perut mcm mna yer...adakah normal atau apakah tandanya?

    ReplyDelete