SUPLEMEN UNTUK ANAK BIJAK & SOLEH/SOLEHAH

8/05/2017 nurul husna 0 Comments

Suplemen untuk anak bijak

Betul ke nak jadikan anak kita soleh & bijak kena bagi makan suplemen hari-hari?

Jawapannya YA dan TIDAK..

So yang mana 1 ek?

Sebenarnya 'suplemen' untuk anak bijak adalah doa daripada ibu nya sendiri..
Setuju tak?


Segala suplemen macam minyak ikan, makanan sunnah tu hanya sekadar tambahan seandainya doa dari seorang ibu dah diamalkan setiap hari..

Suplemen ni sekadar berfungsi untuk meningkatkan fokus dan menghubungkan sel-sel otak..
Kerana ianya mengandungi DHA.
Tapi seandainya anak ini kurang mendapat kasih sayang dan doa ibu..
Pun tak guna jugak kalau bagi segelen suplemen hari-hari..

Meh saya nak share 1 kisah..
Kisah anak bujang saya sendiri..

Percutian tidak dirancang kami ke Caneron Highland pada 29 Jun 2017


Anak bujang saya baru berusia 4 tahun..
So seawal 4 tahun ni saya dah hantarkan beliau sekolah di Pasti..
Apa yang merunsingkan saya..
Bila sampai je sekolah dia mula la berdrama..
Mengantuk la..
Pening la..
Sakit kaki..
So saya kena hantarkan masuk ke kelas..
Bila masuk kelas merengek-rengek cakap mengantuk..
So sementara belom mula kelas saya suruh dia tidur dulu...
Tapi bila dah dapat tidur tu..lagi sejam nak balik baru bangun..
Apa guna pergi sekolah..
Kalau setakat nak tidur..

Bila waktu cikgu ajar solat..
Dia mula la buat2 sakit..
Sampaikan cikgu paling garang dalam sekolah pun mati kutu dengan dia..

So sejak minggu lepas...
Suami minta saya sebagai ibu, guide anak2 baca
(Biasanya encik suamk yang bacakan)
🎀 doa tidur
🎀selawat
🎀istighfar
🎀2 kalimah syahadah
🎀al fatihah
🎀surah an-nas
🎀surah al-falaq
🎀surah al ikhlas
🎀surah al kafirun
🎀ayat kursi
🎀surah thoha (ayar 1-6)
🎀surah alam nasyrah
🎀zikir ya latif

Tak sampai 10 minit pun..
Lepas tu tiup kat ubun2 anak2..
Selepas dah sama2 baca surah-surah ni..

Saya berdoa..
Mohon Allah lembutkan hati anak2..
Terangkan hati mereka supaya mudah terima ilmu di sekolah..
Jadikan mereka anak yang soleh dan solehah..
Rajin solat & mengaji..
Mudah bangun pagi..
Bersemangat nak pergi sekolah hari2..
Dan macam2 lagi la..
Dah habis doa saya tiup kat ubun2 diorang sekali lagi..

Kemudian saya tinggalkan diorang kat bilik diorang..
Biar tidur sendiri..

Alhamdulillah walaupun tak tau la diorang lelap pukul berapa..
Tapi esoknya mudah bangun pagi..
Siap2 bersembang pot pet..pot pet lagi..
Sampai sekolah pun..
Saya cuma stop kereta depan pintu pagar..
Diorang turun sendiri dari kereta dab masuk kelas sendiri..
Tak perlu lagi nak turun hantar sampai kelas..

 Cikgu pun update dah tak tidur dalam kelas lagi dah..
Setiap hari cikgu buat game dialah yang 1st siap & menang..
Hari2 bawak balik RM1 hadiah dari guru..

So sharing saya hari ni..semoga dapat memberi manfaat kepada ibu2..
Stress jugak kalo pagi2 nak kena berperang dengan anak2..
Dah lah nak bersiap pergi kerja lagi..
Saya yang suri rumah ni pun boleh hilang mood kalau anak buat perangai..

Lagi bagus jika seawal dari kandungan ibu2 kerap baca quran surah
✔maryam
✔luqman
✔at taubah
✔an nahlu
✔al hujurat
✔yusuf (untuk anak comel)

Betul ke nak jadikan anak kita soleh & bijak kena bagi makan suplemen hari-hari? Jawapannya YA dan TIDAK.. So yang mana 1 ek? S...

0 comments: