Panduan dan teknik bercerai susu yang tepat dan berkesan

11/22/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 5 Comments

Bercerai susu badan

Alhamdulillah kedua-dua anak mami...mami berjaya berikan susu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun..kalau ikutkan tak lah genap 2 tahun..sebab belum pun genap 2 tahun mereka dah bercerai susu dengan jayanya. So mami nak share beberapa langkah yang boleh ibu-ibu guna pakai.

Sebelum tu mami nak share sikit la apa mami buat semasa proses bercerai susu berlaku.


Semasa anak sulong mami sedang mengandung anak yang ke2 jadi..atas sebab nasihat doktor mami terpaksa wean off lebih awal. Katanya semasa menyusukan anak rahim akan mengecut...jadi boleh berlaku risiko keguguran. Yang ni mami tak sure sangat la.. Nanti mami dah habis study mami share yer.

Kakak dan adik 2 tahun yang lepas.

Bayangkan si kecil tak pernah di ajar susu botol...tiba2 mami minta dia minum susu formula dalam botol. Pada asalnya mami berikan susu badan yang dah diperah tapi dia reject..tu yang cuba berikan susu formula.

Situasi paling mencabar bila nak tidur malam. Mengamuk-ngamuk la si kecil tu nak mengempeng. Pernah suatu ketika mami pergi kursus seharian...seharian la dia tak minum susu..sanggup tunggu mami balik baru minum.

Macam cara mami buat untuk bagi dia reject susu badan..letak kopi pekat la..sampai akhirnya mami try slow talk dengan dia.."kakak, dalam perut mami ni ada baby..kalau kakak nenen macam mana baby nak makan..baby pun lapar jugak..tak kesian kat baby ke?"

Magiknya setelah 2,3 kali saya guna dialog tu terus berjaya. Dengan rela dia minum susu botol. Mungkin kasih sayang seorang kakak kot.

Pengalaman anak kedua..sama jugak saya try letak kopi pekat..mula-mula dia reject..tapi bila try & error rasa pahit kopi tu lama-lama hilang..dia dah tak heran dah rasa pahit kopi tu. Kesannya sekarang ni jadi penggemar kopi sudahnya. 😅

Last-last saya ambil keputusan untuk guna kaedah slow talk..saya cakap "adik...adik tak kesian kat mami ke? Tengok mami kurus je..tak sihat je bila adik asyik nenen je..adik kan dah besar..dah kena minum botol.."

Alhamdulillah berjaya..lebih awal dari masa jangkaan.

Sebenarnya penggunaan pewarna dan perasa ni amatlah tidak digalakkan. Ini kerana ibu telah meninggalkan pengalaman 'pahit' buat si manja. Dah la kita perkenalkan yang menyusu badan sesuatu yang menyeronokkan buat si manja..tetapi kita akhiri dengan pengalaman yang pahit pulak buat mereka.

Lagi pula anak2 kita jauh lebih bijak daripada yang ibu2 sangkakan.. Sebab itu ibu dilarang berbohong kepada anak2.

Ok now..saya nak kongsi 4 panduan tepat bercerai susu...

1. Ibu boleh menggunakan kaedah 'tidak offer dan tak pulak menolak'..

2. Luahkan rasa sayang melalui sentuhan dan katakan "mami saaayang adik" setiap kali bersama-samanya. Ini untuk mengelakkan si manja rasa tersisih atau tidak di sayangi setelah bercerai susu.

3. Jika usaha masih gagal...berikan sedikit masa kepadanya..perbanyakkan berdoa agar Allah permudahkan usaha keras ibu2.. Amalkan bercakap di telinga anak2 semasa mereka sedang tidur. Terangkan kenapa mereka tak boleh 'nenen' dah.

4. Jika si manja sakit semasa proses bercerai susu..stop dulu dan teruskan penyusuan sehingga si manja kembali sihat dan ceria macam biasa.

Kesan sampingan proses bercerau susu kepada ibu. Tapi pengalaman mami dulu tak alami sebarang masalah.

1. Bengkak susu.
2. Emosi jadi tak stabil disebabkan hormon prolaktin (memberikan rasa tenang)tidak lagi dirembeskan.

Akhir kata..mami doakan semoga ibh-ibu berjaya dalam proses bercerai susu dengan si manja anda.

Alhamdulillah kedua-dua anak mami...mami berjaya berikan susu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun..kalau ikutkan tak lah genap 2 tahun..seb...

5 comments:

  1. Thank you kak husna...sekarang dalam proses...sedih mlm tadi tengok bagi jugak...slow2

    ReplyDelete
  2. Anak saya umur dah dekat 2 taun, bukan main susah nak bercerai susu.. dah beli susu kambing dan susu dutch lady, minum sikit je.. tp kalau susu badan, sampai setengah jam duk minum.. sabo jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia main je tu....cuba la ckp dgn dia time dia tidor..bgtau dia dh besar..kena minum botol..pujuk dia elok2 dlm tidur dia tu..

      Delete