3 GAYA TIDUR VS 3 PERSONALITI

2/12/2018 nurul husna 0 Comments


Pakar motivasi cakap dengan mengetahui gaya tidur seseorang je dah boleh tau personaliti dia.

3 orang AAQ ni mempunyai gaya tidur yang berbeza.

💖Kakak
Tidur dengan berkubukan bantal
Semua koleksi bantal yang ada nak bawak tidur sekali
Time tidur nak suruh mami temankan
Tapi bantal dia je dah guna separuh ruang

Orang yang macam ni
Dikatakan manja
Tak pandai berdikari


Betul la tu
Time dia demam dah mengalahkan baby
Merengek je
Nak suruh picit kepala la
Ambil kan air la
Nak makan la

Tu part demam

Kalau kat sekolah mami suruh dia tanya cikgu balik sekolah jam bape
Sampai sudah tak ditanya
Dulu boleh la ada wassap
Sekarang dah tahun 1
Tak ada whatsapp dah
Semua kena alert dengan apa yang cikgu cakap
Last-last mami terpaksa kirim note kat cikgu
Kalau nak tanya apa2

💖Aisar @ Abang @ AAQ the second

Yang ni kalau mami tak suruh tidur atas bantal
Alamatnya sampai pagi la tidur tak berbantal
Abi offer nak beli bantal kat dia pun tak nak
Kakak pulak yang beriya nak bantal.

Memang nampak berdikari nya
Tapi tetap ada manjanya..manja dengan mami je la
Yelah dari kecik sampai besar
Mami jaga

Time dia demam
Paling senang jaga
Tak ek tak uk
Diam je
Tak banyak cakap
Tidur je
Nak kencing ke minum ke semua cari sendiri

Kalau tak demam pun sama
Nak makan ceduk sendiri
Mami yang risau dia dok memanjat
Sebab tu la meja makan kami ala ala meja jepun je
Buat masa ni sementara anak-anak tengah kecik dan melasak
Supaya anak-anak tak perlu panjat
Tak la mami risau kalau diorang nak makan

Disebabkan terlebih berani selalu kena marah dengan mami & abi
Berani sangat jalan sorang2 jauh dari abi & mami
Semata-mata nak dapat title pemenang sebab sampai dulu.

Dalam berani dan berdikari tu
Tetap nak kan lebih perhatian
Asal baby tak ada kat mami
Cepat-cepat dia main tidur kat mami

1 pesan mami
Nanti mami dah tua
Dah uzur
Abang kena jaga mami.

💖Baby Aaira

Time tidur
Tergedang tangan tu
Disebabkan kecik lagi
Mami tak dapat nak observe spesifik
Tunggu besar sikit
Maybe 5 tahun akan datang.

Pakar motivasi cakap dengan mengetahui gaya tidur seseorang je dah boleh tau personaliti dia. 3 orang AAQ ni mempunyai gaya tidur yang...

0 comments: